Geng-Geng

Tuesday, August 9, 2011

Entri pagi pagi

Salam dan selamat pagi kepada semua pembaca,

Alhamdulillah pagi-pagi lagi berita baik sudah kedengaran, walaupun tidaklah semewah atau sebanyak mana, tapi rezeki yang macam tu bukan senang nak bagi. Sekali lagi manusia memang aku tengok tak pernah nak bersyukur, bila bagi pun salah, bila tak bagi tak tahu lah. Salah orang memang selalunya nampak je tapi dia lupa, mereka-mereka juga manusia biasa. Dan aku pasti, bila orang yang tahu mengkomplen tu berada di tempat mereka-mereka itu, pasti ke mereka akan jadi lebih baik?? itu persoalannya yang perlu setiap orang tanya pada diri sendiri. Amboi pagi-pagi lagi aku dah merepek, aku bukanlah tuju pada sesiapa tapi siapa yang terasa tu, maafkanlah aku, aku sekadar meluahkan pendapat.
sumber:carian google
Kembali pada tajuk, sebenarnya pagi ini aku nak berterima kasih pada semua pembaca blog aku ni, tak kiralah yang tinggalkan jejak atau sebaliknya. Yang pertama sekali, ada yang mengatakan, entri aku yang semalam, SINI , kisah benar mengenai diri aku. Hmm bukan bermaksud salah, cuma ianya lebih kepada pengalaman aku. Mungkin ianya terjadi di sekeliling aku dan sebagainya. Aku cuma berkongsi. Kenapa aku berkata begini?? tidak ada pape sebenarnya, aku risau jika ada yang terasa dengan apa yang aku tulis. Biasalah kita hidup ini bermasyarakat, setiap individu ada hati dan perasaan. So kenalah jaga kan kan.

Yang keduanya, thanks pada yang sudi tinggalkan komen, aku tertarik pada komen Pn. Amylea Jolie dan En. Fariq fauzi di entri sebelum ini, SINI,. Memang benar kata-kata mereka. Aku setuju 100%. Di sini aku nak tekankan, apa yang aku maksudkan dengan mencari yang terbaik dalam terbaik. Memang kalau di lihat secara luaran, memang ianya bermaksud kita mencari yang terbaik, mungkin kearah perfect or sempurna. Tapi bila kita lihat secara dalaman, tersirat, ianya memberikan maksud yang agak berlainan. Ianya bergantung kepada setiap individu untuk menilai 'terbaik' itu bagaimana. Bagi aku terbaik bermaksud ianya cukup untuk menyempurnakan hidup aku. Mungkin aku sendiri banyak kekurangan tapi bila berpasangan, ianya akan menjadikan hidup aku lebih sempurna atau lengkap(dari pandangan aku). Bukan aku tak bersyukur, tapi berbalik pada kata-kata Incik Faridfauzi, kita dijadikan berpasang-pasangan. Dan ianya saling melengkapi. Itu yang aku cuba maksudkan dengan perkataan yang terbaik itu. 

ps: entri ini dibuat pagi tadi, tapi kena keluar bekerja, tak sempat nak post...keke selamat membaca.

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com