Dalam kita sibuk mengharungi masa, dugaan yang mendatang memang tak dapat di nafikan. Ada ke orang yang memang langsung tak ada dugaan? Rasanya macam tak logik pulak tapi siapa tahukan, itu semua terletak atas tanganNYA. Bak kata pepatah, lagi banyak dugaan yang kita lalui, makin dekat kita dengan kejayaan. Itu aku dapat dari seorang teman rapatku. Terima kasih padanya, dari aku mendengarnya, aku dah berpegang pada ayat itu. Bukan untuk apa, tapi untuk terus bersemangat menempuhi dugaan. Tapi perlu di ingat, setiap apa yang kita lakukan, perlu di sertakan dengan doa kepadaNYA, kita merancang, DIA yang menentukannya.
Bulan ni memang dugaannya lebih banyak dari biasa. Macam macam lagi yang akan kita tempuhi. Bagi aku, hari ni merupakan hari paling berdugaan. Yela hari cuti, masa rasa terlalu lambat. Biasanya jika hari kerja, kita tak sedar sebab sibuk bekerja. Sedar sedar je, hari dah petang. Jangan pula hari ni kita banyak habiskan masa dengan tido je, rugi nanti. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak berbuat apa apa tapi sebaliknya. Puasa bukan bermakna kita sepatutnya duduk diam je, cuba buat benda benda berfaedah. Oklah, setakat ini dulu dari aku, selamat mengharungi segala cabaran dan dugaan yang mendatang dengan jayanya.
Ps : pic sekadar hiasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 comment:
selamat berpuasa
hihi
dugaan ramadhan memang banyak
:)
Post a Comment