Entri ni aku buat khas untuk si dia. Tak perlu rasanya aku nak nyatakan siapa dia, tapi cukuplah aku mengatakan yang dia ni cukup penting dalam hidup aku. Banyak masa dan dugaan yang aku tempuhi untuk mendekatinya, untuk memperoleh kepercayaannya, dan seterusnya macam macam lagi. Aku cakap begini bukan bermakna aku menyesal, tapi aku bangga dan bersyukur sebab aku berpeluang untuk buat semua tu. Orang lain aku rasa belum tentu lagi boleh begitu.
Kenapa dia amat penting buat aku?
Bagi aku, walaupun usia kami bersama tidak se otai orang lain, ianya tetap memberi satu perubahan dalam hidup aku. Dalam tempoh itu, banyak kenangan manis dan pahit aku tempuhi bersama. Kalau nak di bukukan, memang tak habis sampai bila bila. Apa sahaja yang aku buat, pasti ada dia bersama. Dia umpama ikan dalam akuarium aku. Eh jap betul ke? Macam lawak je. Tak apa, paham paham sendiri sudah.
Dia semangat untuk aku. Semangat untuk aku teruskan segala apa yang bakal aku tempuhi. Cukuplah buat masa ini, tetiba pulak blur.
Sebelum aku mengakhiri entri ni, aku nak dia tahu satu perkara. Apa sahaja yang aku buat, aku tak pernah mengharapkan pape balasan dari dia. Kehadiran dia dalam hidup aku sudah cukup untuk bergembira. Ok selamat bersahur ye.
Ps: jangan salah tafsir ye, takut ada gosip lak...haha perasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
2 comments:
amboiii, along,, kata takmau post emo pnye entri.. hahaha... xD
Hehe..... Jiwang... I follow...
Post a Comment