Sebelum memulakan entri aku rasa aku nak ucapkan sekali lagi selamat berpuasa dan jangan lupa rebutlah segala peluang yang ada. Jangan pulak sibuk mengejar yang sunat sampaikan yang wajib lupa untuk di tunaikan ye. Hari ini aku bermula dengan sangat baik, harapan aku, biarlah ianya berlanjutan hingga ke akhir dan kalau boleh sehingga bila-bila pun.
sumber:carian google (sekadar hiasan)
Sebenarnya entri aku nak berkongsi mengenai wikipedia. Wah nampak macam educated gilakan, hahaha. Aku suka je baca apa-apa saje kat situ, ni ex.bos aku yang tunjuk ajarkan. Katanya bagus kalau rajin kesini, semua pun ada, lebih kurang macam kamus maya. Tengah dok godek-godek, aku jumpa artikel ni, terus post kat entri. Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah aku kongsi yang ini, nak lebih sila tengok dan godek-godek sendiri.
Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh jadi sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur.
Kebakaran liar ialah mana-mana kebakaran tidak terkawal dalam tumbuh-tumbuhan mudah terbakar yang terjadi di kawasan desa atau belantara. Nama lain termasuklah kebakaran belukar, kebakaran semak, kebakaran hutan dan kebakaran rumput, dan boleh digunakan untuk fenomena serupa bergantung kepada jenis tumbuhan yang terbakar. Kebakaran liar berbeza dengan kebakaran lain dari segi saiznya yang besar, kepantasanya merebak daripada sumber asal, kebarangkaliannya mengubah arah tanpa dijangka, dan kebolehannya melompat luang seperti jalan, sungai dan langkau api. Kebakaran liar dicirikan mengikut punca penyalaan, sifat fizikal seperti laju penyebaran, bahan mudah terbakar yang wujud, dan kesan cuaca terhadap api.Kebakaran liar berlaku di setiap benua kecuali Antartika.

ps: aku tak tahu nk letak tajuk apa, maaf ye
No comments:
Post a Comment