Selamat pagi semua
Ada ke yang dah bangun sahur? Mesti ada kan, aku biasanya makan sahur lewat sikit, maybe kul 4 lebih kot. Kan elok kita lewatkan bersahur dan cepatkn berbuka. Eh betul ke? Maaf kalau salah ye, tolong betulkn aku ye kalau salah.
Kawan, semua pun ada kan. Rasanya tanpa kawan hidup kita ni bagaikan kain putih tanpa corak. Mesti bosan yang amat. Dalam ramai ramai kawan tu, mesti ada yang rapat dan baik. Mungkin dialah tempat kita luahkan segalanya, mengadu domba dan sebagainya. Susah sebenarnya nak cari kawan baik yang betul betul boleh bertahan lama. Aku ada kenal ramai kawan yang ada kawan baik yang bertahan lama. Seronok je tengok diorang tu. Mungkin sebagai pendengar atau pemberi nasihat.
Serapat mana or seakrab mana sekalipun seseorang kawan baik tu, aku rasa itu mengikut definisi sendiri dan bukan orang lain. Apa orang lain nampak or kata tak penting sebenarnya, sebab mereka tak faham dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Biasalah manusia, semua pun ada mulut sendiri, biarlah mereka ber kata kata. Kekadang mungkin mereka bergurau atau sebagainya. Yang penting, kita dan kawan baik tu perlu saling percaya. Baru lah boleh bertahan sampai bila bila.
Macam aku, byk dah pengalaman. Ada manis dan ada juga yang pahit. Tapi itu semua dugaan dan kenangan buat aku. Biarlah aku simpan, dan mungkin juga satu hari aku akan ceritakan disini, sape tau kan. Buat masa sekarang, blog akulah kawan baik aku. Mungkin aku lebih selesa begitu. Aku boleh ceritakan apa sahaja, walaupun ianya tidak bernyawa, tapi sekurang kurang ia tempat luahan paling best. Tak banyak ragam, tak ada orang nak marah dan tak ada orang nak mengata. Bila bila masa pun aku boleh cari dia, siang malam. Kan macam tulah baru kawan baik, setiap masa pun ada. Oklah sampai sini sahaja dari aku buat masa ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment