Salam jumaat pada semua
Hari ini aku bermula dengan sangat berjaya walaupun awal pagi tadi aku tertido dalam kereta hampir-hampir mengakibatkan aku lambat untuk masuk bekerja. Kenapa aku cakap berjaya, sebenarnya sebab proses untuk mengesahkan jawatan aku telah di uruskan, cuma tinggal dua tiga step sahaja lagi. Itu perkara lain, entri hari ini aku nak kongsikan lagi pendapat aku mengenai cara kita nak membezakan diri kita sendiri untuk terus berjaya.
Korang semua mesti pernah dengar yang jika kita nak membezakan or membandingkan diri kita, cuba kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah supaya perasaaan bersyukur itu dapat di wujudkan. Contohnya jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, cuba kita bezakan dengan orang menaiki bas atau sebagainya. Yang kita dok sibuk dan bising-bising sebab jalan sesak, minyak mahal dan sebagainya. Kita perlu fikir, yang menaiki kenderaan awam tu lagi banyak dugaannya dari yang menaiki kereta. Sekurang-kurangnya kita tak perlu berjalan kaki or sebagainya. Di situ sebenarnya kita perlu bersyukur sebab mana ada benda yang senang tanpa dugaan dalam dunia ni. Lagi senang kita, lagi banyak dugaan yang kita akan terima cuma mungkin dugaan tu berbeza-beza.
Bagi aku kekadang tu tak salah kita membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya. Bukan sebab tidak bersyukur tapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Itu lebih kurang macam garis panduan cuma perlu betul caranya. Tak ada jalan singkat untuk terus berjaya.
Antara sifat yang aku rasa sangat tak perlu ialah bila membezakan diri dengan orang lain, bukan sebagai pembakar semangat tapi sekadar cemburu. Itu kita perlu elak sebabnya itulah asas kepada perkara-perkara yang tak elok. Oklah sekian sahaja dari aku tengah hari ini, kepada semua selamat hari jumaat dan selamat berhujung minggu. Dan pada yang lelaki, jangan lupa, solat jumaat jangan tak pergi. Jangan pula sibuk mengejar yang sunat sehinggakan melupakan yang wajib. Jom sama-sama mengingatkan diri sendiri.
1 comment:
so kita kena compare dgn org yg di bawah kita supaya....
baru lar kita tahu berapa untungnya hidup kita kan..huhuhu..
Alhamdulillah.. =)
Post a Comment