Geng-Geng

Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !


Nk Join klik SINI.

Kali ini aku join sebab bunyi macam seronok je, kata-kata beliau dalam blognya...

"ni segmen mudah .. Satu segmen khas buat blogger blogger baru ... Dan tugas blogger blogger lama untuk menilai blog mereka .. Tugas aku , yergh... kasi gegar !!"

dan 


"Sesudah itu , blogger blogger yang ada masuk sini , tugasnya gi jengok  blog mereka dan komen serta jadilah rakan kongsi di ruangan FOLLOWER mereka jika sudi ... ikhlas yer.. "

 itulah kata2 terakhir yang dipetik dari blog beliau.... menarikkan, terjatuh terus hati aku untuk join segmen ni.

Thursday, March 17, 2011

Debat mengenai blog : follow memolow

Salam petang pada semua, alhamdullilah hari ini aku dapat lagi menikmati satu lagi hidangan enak. Sedap betul nasi kukus ayam rempah yang aku beli kat pasar tadi. Korang nak rasa? meh la datang kat area ofis aku ni, setiap selasa dan kamis ada pasar tani, boleh shopping sini.
sumber:carian google

Masa aku berblogwalking dengan tekun dari pagi td, aku ada la terbaca mengenai isu follow memollow. Seronok baca dengan pendapat-pendapat mereka, nak baca, sila lah google ye, keke. Ada yang memang amalkan konsep bila orang follow dia akan terus follow orang tu balik. Dan ada jugak yang tak amalkan, xpalah itu terpulang pada setiap individu, blog masing-masing, cara pun masing-masinglah. Cuma aku harap xdalah yang saling merendah-rendahkan sesiapa. Entri hari ini aku pun tak nak kalah, nak jugak bagi pendapat.
Aku tertarik dengan entri Abg Ben Ashaari, mengenai isu istilah yang digunakan, nak baca sila melawat blog beliau. Tak perlu aku nak ulas panjang2 mengenai isu tu, pandai-pandailah berfikir. Apa yang beliau nasihat sepatutnya diamalkan oleh setiap blogger, so xdalah kes kecik hati or sakit hati ke pape. lagipun nampak sopan sikit, orang baca pun rasa macam seronok. Macam aku, memang aku amalkan untuk follow balik setiap orang yang dah follow blog aku. Kenapa? sila teruskan pembacaan.

Pendapat aku mengenai isu follow memollow, tak salah sebab bila kita follow orang tu balik, xkira dia femes or tidak, baru ke lama, kita akan memberi semangat kepada beliau. Aku dulu-dulu kalo  entri or blog tu xmenarik memang aku xfollow, tapi sekarang aku dah tukar sikit prinsip tu. Kalo blog tu xmenarik, xmengapa, sebab bila kita follow, kita akan bagi dia semangat untuk terus berblog. Aku setuju sangat bila orang kata banyak membaca dan berblogwalking akan tingkatkan kemenarikan blog kita, tapi apa salah bagi sikit semangat. Barulah kita akan sama-sama maju ke depan dan meriahkan dunia blog ni.


ps: hanya pendapat, kalo salah mohon betulkan ye..

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN



Latar Belakang
Kawan-kawan panggil DIM. Lahir di KL, sekolah di Perak dan KL. Penyokong pasukan bola sepak Selangor dan AC Milan. Sangat minat main game, bersukan dan makan.

Profesion

berblog mengikut mood, gomen staff  

Blog Feveret
www.islandofdim.blogspot.com.....kenapa? sebab ni blog aku, keke

Blog yang xnak masuk

Blog yang lambat nak loading dan semak dengan berbagai benda....

Impian terhadap blog

Blog yang diingati kerana kualiti. Femes?? boleh la kot sikit2. Blog nampak simple tapi padat dengan macam2

nak join: klik header

-End-

ps: kan best kalo owner segmen join skali segmen ni, boleh jugak kenal2 pada yang belum kenal.. (sekadar pendapat)

Friday, March 11, 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

 nak join, klik banner
kenapa berblog??
Mula-mula memang untuk mengisi kekosongan dan kelapangan. Lama lama jadi minat coz boleh belajar banyak benda, boleh kenal ramai orang, duit tu boleh la tapi tu bukan tujuan utama aku, x amek port sgt pun, janji ada orang yang sudi singgah blog aku ni, sorang ke setengah orang ke, janji ada. Tu pun aku dah berpuas hati dah, xpayah nak pening-pening pale. Tapi aku tersangat kagum dengan blogger yang sangat rajin dan femes, ada juga keinginan jadi macam diorang.

Pendapat kenapa blogger lelaki lebih kreatif.
Mungkin sudah semulajadi kot kreatif...keke lawak lawak. Kenapa lebih mudah dapat perhatian??/ kalo yang hensem2 tu mudah la, macam abg ben kita tu, keke yang aku ni lak apa pun xda....ok ok serius mungkin sebab lelaki ni kurang sikit malunya, so senang nak tarik perhatian kot. Bagi aku sebenarnya sama je la, memang dah dijadikan tertarik antara satu sama lain. Kreatif pun sama, nak jadi kreatif kena banyak belajar, lama lama insyaAllah akan jadi kreatif jugak.

Blog wanita yang aku suka baca
Tentu2 lah blog BenAshaari.com.....eh dia laki ye, silap2..kalo ikutkan jawapan standard, aku suka baca blog awek yang berupdate dan yang ada tinggalkan komen. Jawapan xstandard, hmmm belum fikir lagi nantilah aku buat satu entri ke macam na fikirkan, xjanji...keke

Thursday, March 3, 2011

Segmen:Disebalik tabir blog

Setelah diteliti, bagus jugak segmen ini. Memang ada aku terfikir untuk buat entri sebegini,tapi sebab terlalu lama sangat fikir tu yang tak jadi-jadi. Nasiblah Abg Ben kita ni tersangat hensem, telah anjurkan satu segmen yang boleh tahan hebat. Bak kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sambil-sambil kenalkan diri, dapat jugak kenalan baru. Ok xpayah nak merpek banyak sangat, kita terus ke segmen ini.

Macam biasa letak header BEN ASHAARI BLOG dan tajuk DI SEBALIK TABIR BLOG.Syarat yang kedua agak payah sebab sekarang aku di ofis, baru tukar pc so xda satu gambar aku. Tapi xpa rasanya boleh tengok kat header aku. Itu tanpa segan silu aku kata gambar tu gambar sebenar. Tak caya?? Kena juga percaya sebab aku xkan letak gambar orang lain kat header blog aku. kan kan


Sedikit latar belakang aku. Kebanyakan kawan-kawan aku panggil aku dim. Aku suka nama tu. Tapi sebab apa?? sebab nama tu merupakan nama singkatan dari nama penuh aku. D.I.M . Masih baru melangkah ke alam pekerjaan, sedang berusaha mengumpul harta. haha. Jumlah follower sekarang lebih kurang 179, thanks kepada yang menyokong.

Soalan yang Abg Ben tanya....???

1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ? Kalau xda blog, rasanya mesti duduk berejam di laman sosial. Tapi dulu aku still suka baca blog orang, just masa xda blog dulu, susah nak carik blog2 macam sekarang ni. Jenuh meng google.

2.Ceritakan kepentingan blog kepada anda 
Kepentingan blog?? penting sangat sebab ia merupakan medium untuk aku meluah dan berkongsi segalanya. Selain itu, untuk bersosial. Maksud aku dengan kawan-kawan blogger, aku dapat saling kenal-kenal  dan gurau-gurau.


3.Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
Yang ni nak cakap pun susah. Aku biasanya hari-hari aku akan terjah blog yang update. Kalau ada yang tingglkan komen, lagi laju aku terjah.

Sunday, February 20, 2011

Saya Seorang Blogger Yang Aktif!


Segmen baru dari Ben Ashaari bertajuk Saya Seorang Blogger Yang Aktif! Jom join, Klik sini.

Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

Segmen Abg Ben Ashaari. Kalao nak join klik je gambar header tu

Ini kata-kata dari tuan empunya segmen kalau nak join, mudah dan padat.

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. TAJUK :  SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau
Sebenarnya sejujurnya agak segan nak join sebab follower sikit je. Bila difikir balik, apa salahnya join, lgpun Abg ben buat segmen untuk sape lagi kan kan...keke

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Kali ini Abg Ben Ashaari buat segmen lagi. Jom kita support. Boleh kenal-kenal ngan blogger-blogger lain. Tapi kali ni lagi dasyat, 1000 blogger nk kumpul dalam 3 hari. Kali ni beliau mintak letak ayat yang kaler merah atas tu, sebabnya, itu aku belum tahu lagi....kena tanya beliau sendiri. Kalau nak join klik sini

Tuesday, February 1, 2011

Ben Ashaari : Suai kenal Blogger Baru : Edisi Februari

Kali kedua aku join segmen abg Ben ni. Rasanya sempat lagikan nak join. Lagipun syarat-syaratnya pun macam tak susah. Kalau nak tengok dengan lebih jelas mengenai segmen ni, jom tengok sini.

Tuu dia header Abg Ben kita.

Pendapat mengenai mengenai laman Web : www.1tube.my
Simple n nice. Suka sangat sebab Malaysia pun dah ada web yang macam ni. Mungkin masih baru or kurang expose. Aku pun baru tahu masa datang gathering Sahabat blogger hari tu. Malam ni baru boleh betul-betul godek web tu. Bak kata orang macam-macam ada.

Pendapat mengenai Dunia Blog Di Malaysia semakin menarik......
Pada pendapat aku, Dunia blog Di Malaysia semakin menarik kerana ianya dipelbagaikan. Bukan sahaja untuk informasi semata-mata tetapi hiburan dan lain-lain .Semakin hari aku tengok, dunia blog kita semakin meriah. Tambah pula sekarang ini semua golongan pun dah pandai berblog. Bagus sebenarnya sebab akan ada banyak idea yang bernas2. Kalau ikutkan masa aku masih belajar dulu, blog ni pun tak tahu apa kebendanya, tapi sekarang ni lain, semua pun tahu. 

Selain itu, kehadiran blogger-bloger otai yang peramah dan tidak lokek ilmu antara yang menjadikan dunia blog kita menarik. Bukan je boleh bertanyakan soalan, nak meluahkan isi hati pun tak pa, janji tahu batas-batasnya. Walaupun hanya kenal di alam maya, tapi keakrapan tu  dah macam lame kenal. Dulu aku pun malu-malu, tapi bila join gathering, mak aihh terkejut gak aku, semua mesra je.

Sekarang pun dah beribu-ribu blog yang ada, so bila BW memang sampai bila-bila pun tak akan habis. So boleh duduk depan pC 24jam. Kan seronok tu dunia blog kita. Kalau dulu mesti cepat boring sebab asyik-asyik jumpa blog orang luar, yang kita punya, punyalah susah nak carik.

Monday, January 31, 2011

Kes Jeles lagi, pening lah..

Kes jeles lagi, asyik-asyik kes ni je. Kita sebagai manusia memang tak lari dari sifat cemburu. Wah intro yang bersemnagat. Eh tapi bukan aku nak kata pada sesiapa yang tak dapat join gathering SB semalam. Yang tu memang diorang patut jeles sebab happening sangat time tu. Kredit lagi skali pada penganjur. Aku yang tak dapat dok lame kat situ pun rasa rugi, inikan pulak yang tak dapat datang langsung.

Semalam adalah aku bersembang dengan Miss Z, wah dah macam miss nina pulak. Tetiba dia ada gitau yang seorang kawan dia rasa kecewa dan malas nak tegur dia sebab dia takut aku cemburu. Hello tolong ye!!. hah amek ko. Ceritanya macam ni, adalah satu hari tu, aku n miss z jejalan kat shopping kompleks, terserempak dengan seorang teman lama. Lama jugak tak jumpa dia, tapi di alam maya memang saling membalas komen dan masej. Aku macam biasa je la, tegur je macam biasa. Kalau di alam maya, bila tengok banyak je orang komen, aku pun menyibuk je la skali, setiap kali pun aku macam tu. Hari tu berakhir macam tu je. Sehinggalah masa Gathering SB semalam, eh apa kena mengena ni, hmm tak apa la, aku terdengar beliau kata aku ni jelez sebab dia slalu beron9 di alam maya dengan miss z. Korang rasa panas tak bila dengar orang tuduh macam tu?? pandai-pandai je buat andaian tak betul??  satu lagi kejadian pelik yang berlaku. ataupun mungkin dia yang tak bagi aku join dia mengomen dan bermsg di alam maya? konfius jugak ni

Kepada sesiapa yang pikir aku macam tu, mintak-mintak la tarik balik. Aku sebenarnya bukan macam tu, tak kisah pun sebenarnya, tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Kalau takat komen or msg di alam maya, apa la sangat, tak ada luak pape pun.....

ps: mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, bukan untuk menuduh atau merendah-rendahkan sesiapa, tapi untuk menegakkan benang yang basah. Ok

Friday, January 21, 2011

Jom Gegar Blog....

 Hari ini aku terperasaan satu entri terbaru dari Abg ben bertajuk panggilan akhir. Aku pun dengan sepantas kilat terus mengjoin segmen ni. Ri2 ingat nak join tapi sebab ingat dh lambat, so decide tuk join lain kali je. 

Korang semua kalau nak join segmen Abg Ben, Klik je SINI,  selamat mengjoin ye






Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Monday, January 17, 2011

Kena dendalah pulak

Salam semua kawan-kawan, Hari ini aku akan kembali merepek dalam blog aku ini. Dari malam semalam aku mencari idea untuk blog ni, siap tanya-tanya member lagi apa yang menarik tapi last-last apa pun tak ada. Masuk tido je. Minggu ini, aku terpaksa menjaga adik-adik laki aku, coz parent aku pergi langkawi, bawa adik aku, YanaClyne pergi jalan-jalan. Yela dia kan dok kat asrama dalam 'hutan', dah lame tak bawak jalan-jalan. keke jangan marah ye.
Sumber : carian google
Adehh kena dendalah pulak, sebenarnya tak ada pape pun. Idea ni aku dapat bila aku dengar radio pagi td. Diorang bukak topic denda, so ramai la pendengar-pendengar yang call dan hantar masej menceritakan denda-denda yang diorg pernah kena ketika dulu-dulu. Secara tak langsung, aku terjadi minat pulak nak cerita mengenai perkara ni memandangkan perkara ni ada terngiang-ngiang dalam fikiran aku selepas aku buat segmen anjuran Abg Ben : Masih ingatkah kau. Klik sini kalau nak baca.

Sebut mengenai denda td, sebenarnya aku terkenang balik masa sekolah dulu, macam-macam denda yang aku telah merasa. Rotan tu tak payah ceritalakan, memang banyak, kat tangan la, kat betis la dan macam-macam la. Tapi bukan bermaksud aku ni nakal ye, just aku ni suka mencuba benda yang tak pernah aku cuba je. 

Yang paling aku teringat, ada lah masa tu aku masih di sekolah rendah, Sek. Keb. Dato' Ahmad Said. Tamb. 2, (hasil carian dalam google, aku jumpa blog ni, syabas kepada pemilik blog), masa itu aku terlupa nak buat kerja sekolah.  Cikgu itu mintak semua murid pun hantar kerja tu, then aku pun hantarlah. Aku pun buat hantam je la, janji bertulis. Keesokkan harinya, aku diminta untuk pergi ke kelas darjah 5(masa itu aku darjah 6), iaitu kelas adik laki aku. Memang di sekolah itu ,cikgu ni merupakan cikgu yang hebat, so subjek matematik memang byk kelas yang dia ajar. Malu betul aku sebab kena pergi ke kelas adik aku sebab tak siap kerja sekolah. Hasilnya, subjek dia menjadi subjek kegemaran aku dan menjadi subjek yang selalu aku score. Banyak lagi sebenarnya tapi tak kan nak cerita semua, mau je panjang berjela entri kali ini.

Masa aku form 5 di Sekolah Menengah Teknik Slim River, ada satu cikgu ni namanya Cikgu Robinson kot, xberapa ingat sudah, dia dalam kelas memang garang. Kalau nampak orang menguap dalam kelas, dan dan tu kena denda, ikutlah dia nak bagi apa, pumping ke, ketuk ketampi ke. Kalau tak bagi perhatian pun kena denda, macam-macam la, kalau tak siap kerja lagi la teruk kena. Pernah sekali aku mintak tukar kelas matematik *** lupa lak nak cita, kat sana, kelas matematik dan add maths akan di asingkan mengikut gred. Masa tu aku dalam kelas kedua. Tapi dia tak bagi aku tukar, dia sampai carik aku dalam kelas then ajak aku masuk kelas dia. Malu besar aku time tu...hasilnya, spm aku dapat 1A dalam subjek matematik (alamak maaflah kalau entri ni berbunyi macam berlagak). Lepas aku fikir balik, bagus cara dia ajar, sebab boleh kata majoriti dalam kelas dia semua pun dapat 1A. 

Cikgu yang paling aku rasa bersalah ialah cikgu Kimia aku masa kt Teknik dulu. Dia ni sangatlah garang, so ramailah yang tak berapa suka dia. Kerja rumah dia semua pun aku tak pernah buat, semua pun tiru je. Ada skali tu, aku ponteng kelas dia (kelas dia buat di makmal), aku lepak kt kelas, last2 kantoi sebab dia datang carik kt kelas. Dah la ramai, dalam 6 ke 7 orang masa tu. Jawabnya hari tu kena denda berdiri la selama 2 jam. Sejak hari tu, memang kami tidak dilayannya. Jenuh kami memintak maaf, sampai ke tahap tahan kereta dia. Last-last dia maafkan jugak, tp yang buat aku sedih coz sampai menangis dia marahkan kami. Hasilnya....agak mengecewakan jugak la. Itulah dia, susah kalau dh sakitkan hati cikgu ni, tak berkat. Sejak dari hari itu, aku mula rajin masuk kelas dia dan belajar. 

Pengajaran : Cikgu garang ada sebabnya, sebab nak mendidik kita, denda tu hanyalah medium untuk menyedarkan kita. Percayalah tidak ada seorang cikgu pun yang hendak anak muridnya tak berjaya. Kepada yang masih belajar, hormati cikgu anda sebab dialah salah satu asas untuk kita berjaya.

ps : terima kasih kepad semua cikgu2 yang mendidikku sehingga sekarang...kredit pada sekolah semua sekolah aku
Sek. Keb. Manjoi (Darjah 1-2) , Ipoh, Perak
Sek. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (Darjah 2-6)
Sek. Men. Keb. Dato' Ahmad Said Tambahan II, Ipoh, Perak (form1)
Sek. Men. Keb. Batu 5, Jalan Ipoh, KL (form1-form3)
Sek. Men. Teknik Slim River, Perak

Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah Sini

Saturday, January 15, 2011

Pentas pilih kasih

Kalau diikutkan dengan tajuk entri, itulah tajuk rancangan kt televisyen malam-malam ni. Aku ni bukannya berseni sangat. Bila tengok diorang berlakon memang real dan bersahaja, tapi juri kata tak bagus. Kalau nak diikutkan pebezaan dengan lakonan aku, kayu lagi aku.Pening-pening, apalah yang juri tengok. Susah dengan orang yang berseni ni, keke

Salam semua blogger, entri aku kali ini bukanlah hendak menceritakan psal cerita realiti tu,tak ada kena mengena pun,  tapi sekadar ingin bermonolog. kekeke bahasa seni pulak. Pilih kasih, rasanya semua pun biasa dengan keadaan ini. Kenapa mesti ada pilih kasih?? bukan ke tidak adil begitu??

Boleh dikatakan disetiap keadaan ada pilih kasih ni, tak kira ketika belajar, kerja, ataupun di rumah. Kalau masa belajar, selalunya orang-orang yang pandai mesti di beri perhatian lebih oleh pihak sekolah, macam mana pulak dengan pelajar-pelajar biasa? or kelas bawahan??Bukan ke orang2 begini harus diberi perhatian lebih supaya tidak menjadi lagi teruk?? Ketika kerja pulak, yang kuat bodek mesti di beri layanan lebih sedangkan yang buat kerja secara ikhlas tidak pulak diberi pengiktirafan? Kalau di rumah, kenapa mesti ada perbezaan di antara anak-anak? ada anak yang mintak apa saje pun dapat, dan begitu juga sebaliknya. Adehh pelik la pulak kan, kenapa mesti ada pilih kasih?? rasanya semua persoalan ini diri sendiri je yang boleh jawab.

ps : thank kepada Abg Ben Ashaari sebab letak url blog ini dekat blog dia,

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Hari ini pertama kali aku nak join segmen Abg Ben ni. Memandangkan aku pun bukan buat apa- apa pun kan so tak salah kalau aku menyibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah macam ini. Segmen ini dari pagi lagi sebenarnya aku cuba nak buat, cari idea punya pasal sampai ke petang pun tak siap-siap. Ok kita jangan membuang masa lagi terus kepada keperluan-keperluan segmen ni. Seingat aku dulu semasa mula-mula mengcreate akaun blog ni, banyak yang bermain dalam fikiran aku. Yela kita ini bukannya pandai sangat dalam dunia IT ni. Disebabkan perkara ini aku menjadi takut untuk berblog. Selalu menangguhkannya, dalam fikiran aku masa itu "tak pa lambat sikit buat, kita baca dulu blog-blog orang, tengok dulu macam mana diorang buat" .Last -last sampai kesudah pun aku tak buat. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman yang juga ada buat blog, cik3zza. Dia ini menjadi tempat rujukan aku yang pertama. Akhirnya setelah sekian lama aku bertanya dan membaca blog-blog orang lain terhasillah blog aku sendiri.Entri pertama aku yang aku buat bertajuk sengaje. Itupun takut-takut nak publish. Masa hari pertama entri aku, aku sangatlah teruja, setiap masa pun aku cek, kot-kot akan ada komen dan ada orang follow blog aku. Tapi hampa je, apa pun tak ada. Sehinggalah ada sorang akak ni yang follow aku. Aku memang gembira habis waktu. Terasa dah femes pulak, lawakkan padahal baru sorang follower. Selepas aku rasa macam femes, aku pun pergi la jumpa dengan cik3zza. Beria aku bagitau dia yang aku dah ada blog.

Bermula hari itu, aku pun dah semakin rajin untuk berblogwalking. Banyak jugak blog yang aku follow sebab aku rasa dia sangat kreatif dan bergaya. Tapi satu je masalah aku masa tu, aku takut untuk tinggalkan komen(sampai sekarang pun still segan-segan lagi). Aku baca je dan berharap orang akan follow blog aku. Bila aku jumpa blog yang buat entri psal tutorial, semua pun aku try. Sengaje nak mencantikkan blog. Kalau boleh masa tu semua widget pun aku nak letak. Habis coding-coding pun aku try n error tuk ubah.Setiap masa pun aku mencari templete baru untuk tukar. Masa tu,(berapa banyak masa tu da), aku ingatkan hanya boleh update satu entri/ day je. keke kolotkan.

Perkara pahit yang tak dapat aku lupakan, bila ada orang yang aku kenal tegur cara aku berblog. Katanya " apa la blog ko ni, cerita pasal diri sendiri je, boring gila nak membaca" katanya lagi "cuba buat cerita macam blog-blog lain, macam resepi ke? tempat jalan-jalan ke?, ini tak cerita pasal dia main bola pulak, sapa nak baca" .Hati sape yang tak remuk ketika itu aku masih lagi tengah berkobar-kobar untuk buat blog. Lame jugak aku memikirkan perkara ni. Aku kuatkan semangat, aku banyakkan lagi membaca. Last-last baru aku tau, blog ini banyak jenisnya, ada yang personel, ada info dan macam-macam lagi. Bermula dari hari itu, aku kuatkan pendirian dan teruskan berblogging. Pendek kata, dengan berblogwalking, bukan saje boleh tambah kenalan, kita juga boleh tambahkan ilmu. Komen pertama yang aku terima ialah dari teman aku ini, cik3zza. Sampaikan cara-cara nak daftar nuffnang pun dia sanggup wat entry untuk aku. keke

Nasihat, hmm walaupun aku pun masih lagi baru dan banyak lagi yang perlu aku belajar, aku nak cakap sikit pada sesiapa yang nak buat blog, kena banyak try n error, explore selagi boleh, membaca sebanyak boleh. Senang cerita kena ada keberanian dan jangan sesekali katakan tidak kepada rokok perkara yang belum kita cuba. Kalau nampak bloger-blogger femes, tegur dan komen je entri dia, dia pun manusia, paling-paling kalau dia tak suka, dia wat xtau je ngan komen kita. dan aku rasa sape2 yang dah femes tu sebab dia tak sombong la.

Blog terkini yang aku follow ialah blog tice su @ cikgu sue. Ini URL penuh blog dia, http://suzanalelawatty.blogspot.com/ .Nape aku follow blog dia. Blog dia mengingatkan aku kepada zaman ketika aku belajar dulu. Selain itu, ia juga memberi tunjuk ajar yang berguna. Tak percaya, terjah blog dia dulu..

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com