Geng-Geng

Saturday, January 15, 2011

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Hari ini pertama kali aku nak join segmen Abg Ben ni. Memandangkan aku pun bukan buat apa- apa pun kan so tak salah kalau aku menyibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah macam ini. Segmen ini dari pagi lagi sebenarnya aku cuba nak buat, cari idea punya pasal sampai ke petang pun tak siap-siap. Ok kita jangan membuang masa lagi terus kepada keperluan-keperluan segmen ni. Seingat aku dulu semasa mula-mula mengcreate akaun blog ni, banyak yang bermain dalam fikiran aku. Yela kita ini bukannya pandai sangat dalam dunia IT ni. Disebabkan perkara ini aku menjadi takut untuk berblog. Selalu menangguhkannya, dalam fikiran aku masa itu "tak pa lambat sikit buat, kita baca dulu blog-blog orang, tengok dulu macam mana diorang buat" .Last -last sampai kesudah pun aku tak buat. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang teman yang juga ada buat blog, cik3zza. Dia ini menjadi tempat rujukan aku yang pertama. Akhirnya setelah sekian lama aku bertanya dan membaca blog-blog orang lain terhasillah blog aku sendiri.Entri pertama aku yang aku buat bertajuk sengaje. Itupun takut-takut nak publish. Masa hari pertama entri aku, aku sangatlah teruja, setiap masa pun aku cek, kot-kot akan ada komen dan ada orang follow blog aku. Tapi hampa je, apa pun tak ada. Sehinggalah ada sorang akak ni yang follow aku. Aku memang gembira habis waktu. Terasa dah femes pulak, lawakkan padahal baru sorang follower. Selepas aku rasa macam femes, aku pun pergi la jumpa dengan cik3zza. Beria aku bagitau dia yang aku dah ada blog.

Bermula hari itu, aku pun dah semakin rajin untuk berblogwalking. Banyak jugak blog yang aku follow sebab aku rasa dia sangat kreatif dan bergaya. Tapi satu je masalah aku masa tu, aku takut untuk tinggalkan komen(sampai sekarang pun still segan-segan lagi). Aku baca je dan berharap orang akan follow blog aku. Bila aku jumpa blog yang buat entri psal tutorial, semua pun aku try. Sengaje nak mencantikkan blog. Kalau boleh masa tu semua widget pun aku nak letak. Habis coding-coding pun aku try n error tuk ubah.Setiap masa pun aku mencari templete baru untuk tukar. Masa tu,(berapa banyak masa tu da), aku ingatkan hanya boleh update satu entri/ day je. keke kolotkan.

Perkara pahit yang tak dapat aku lupakan, bila ada orang yang aku kenal tegur cara aku berblog. Katanya " apa la blog ko ni, cerita pasal diri sendiri je, boring gila nak membaca" katanya lagi "cuba buat cerita macam blog-blog lain, macam resepi ke? tempat jalan-jalan ke?, ini tak cerita pasal dia main bola pulak, sapa nak baca" .Hati sape yang tak remuk ketika itu aku masih lagi tengah berkobar-kobar untuk buat blog. Lame jugak aku memikirkan perkara ni. Aku kuatkan semangat, aku banyakkan lagi membaca. Last-last baru aku tau, blog ini banyak jenisnya, ada yang personel, ada info dan macam-macam lagi. Bermula dari hari itu, aku kuatkan pendirian dan teruskan berblogging. Pendek kata, dengan berblogwalking, bukan saje boleh tambah kenalan, kita juga boleh tambahkan ilmu. Komen pertama yang aku terima ialah dari teman aku ini, cik3zza. Sampaikan cara-cara nak daftar nuffnang pun dia sanggup wat entry untuk aku. keke

Nasihat, hmm walaupun aku pun masih lagi baru dan banyak lagi yang perlu aku belajar, aku nak cakap sikit pada sesiapa yang nak buat blog, kena banyak try n error, explore selagi boleh, membaca sebanyak boleh. Senang cerita kena ada keberanian dan jangan sesekali katakan tidak kepada rokok perkara yang belum kita cuba. Kalau nampak bloger-blogger femes, tegur dan komen je entri dia, dia pun manusia, paling-paling kalau dia tak suka, dia wat xtau je ngan komen kita. dan aku rasa sape2 yang dah femes tu sebab dia tak sombong la.

Blog terkini yang aku follow ialah blog tice su @ cikgu sue. Ini URL penuh blog dia, http://suzanalelawatty.blogspot.com/ .Nape aku follow blog dia. Blog dia mengingatkan aku kepada zaman ketika aku belajar dulu. Selain itu, ia juga memberi tunjuk ajar yang berguna. Tak percaya, terjah blog dia dulu..

5 comments:

Browacana said...

Berblog walking..:)

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu slm perkenalan dr geng jelingan ku BA.nk support kwn2 ni.free sggh ye..nice pglmn trskan bkongsi n3 utk kitorg ye!

Danial Marzuki said...

P_W : thanks sebab sudi singgah

aleasara : salam perkenalan, thanks sebab sudi baca, sama2 kita support kawan2

Udin said...

terjah sini jugak..

keep on blogging k.. haha! :D

Lulu Caldina said...

yeah...semoga terus maju jaya dalam dunia blog...

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com