Geng-Geng

Wednesday, January 5, 2011

Hari Rabu yang biasa

Hari ni aku bermula dengan tenang. Segala masalah dan perkara semalam sudah aku tinggalkan. Lantaklah segala masalah ditinggal berseorangan kat belakang, apa yang aku nampak sekarang, aku akan terus ke depan biar apa halangan sekalipun.
 Nampaknya intro entri kali ni agak bersemangat sesemangat aku. Eh apa la pulak ayat ni. Hari aku bermula dengan menempuh jalan yang penuh sesak. Aku melalui jalan yg bukan kebiasaan, jalan yang agak jauh. Bukan apa hari ini aku keluar dari rumah untuk ke tempat kerja agak awal jika hendak dibandingkan dengan 2 3 minggu yang lalu dan aku bercadang untuk cari bekalan nasi lemak or paper je untuk ke pejabat. Yela mencari kelainan sikit, asyik-asyik makan benda yang sama je, budak pun tau boring inikan pulak orang dewasa. Namun bukan saje bekalan sarapan yang aku xdapat, tp aku terpaksa melalui jalan sesak pada awal pagi. Last-last aku sampai pejabat ngam-ngam macam waktu biasa. Aku lupa yang masa waktu persekolahan sudah bermula. Semua pun sibuk nak hantar anak-anak sampai ke pintu kelas.

Sebut pasal jalan sesak, sekarang ni aku tengok bas dan teksi, agak melampau ketika memandu. Sesuka hati hendak berenti dan dimana nk berenti. Aku faham mereke-mereka ini mencari rezki tapi kenalah hormat orang lain juga. Bas sesama sendiri akan bersaing merebut pelanggan. Sampai kekadang tu aku tengok tempat memang ada disediakn untuk bas berenti, tapi bas ni akan berenti ditengah-tengah jalan dan tetiba je berenti tanpa memberi apa-apa isyarat. Kalau bab memotong jangan cakap la, memang xpayah cakap, rasanya semua pun tahu. Tidak salah rasanya kalau diorg ni hanya gunakan laluan yang disediakn. Aku paham ada jugak yang suka mereke-mereka ni bawak laju sebab cepat sampai, tapi perlu diingat keselamatan lebih dari segalanya.

Lagi satu yang menurunkan mood aku pagi-pagi ni, aku dengar radio pagi tadi, harga minyak RON97 naik 10 sen lagi. Walaupun aku jarang gunakan RON97, tapi tetap akan menurunkan jugak mood aku. Yela sape tahu kan, mula-mula RON97 je yang naik, pastu maybe semua minyak pun akan naik. kekek harap-harap tak la kan. Tapi kalau gaji pun naik seiring dengan minyak, aku rasa ramai pun xkisah, betul tak???

Pape pun, hari tetap aku akan tempuhi dengan penuh bersemangat dan tabah. Marilah sama-sama kita berdoa supaya murahkan rezki pada diri kita dan semua umat manusia didunia ini, amin.

sumber : carian dalam google, thanks

6 comments:

athirahassin said...

sume org x ske minyak naik kan? haihhh

Danial Marzuki said...

tau xpa, kalau gaji naik xpa jugak la..

BRO_MONDAY said...

Salam bro dim!!!
salam pekenalan...
salam ari rabu jugak...
ai dah folo yu...
hope kite terus mesra ok...
adehhh~ ape² pun minyak naik malam tadi start jam 12.00 lansum x beri kesan pada ai, muto & kete ai x kan sesekali isi minyak mahal! kecuali kes² emejensi..buleh x? koh koh koh

Danial Marzuki said...

bro monday : thanks sebab sudi follow, setakat ni memang xda efek pape lg, mana tau xlama lg ROn95 pun naik?

Admin said...

slamat kmbali ke skolah..
ikhlaskan diri insyaallah
smuany mnjadi ^^,

Danial Marzuki said...

cik ahsfantasy : thanks sebab sudi komen, insyaallah sy cuba

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com