Geng-Geng

Monday, January 3, 2011

Dinner with Yuna....

Korang jangan terkejut pulak bila baca entri aku ini. Ingat aku ini xfemes ke?? Walaupun blog aku ni xramai pun follower, tapi kefemesan aku ni boleh tahan kan, sampai dinner pun dengan artis. Keke sebenarnya xda apa-apa yang special pun. Maksud dan kejadian sebenar tidaklah sebenar dan semenarik tajuk entri aku ni. Memang secara kebetulan kejadian ni and bukanlah aku kuar dinner dengan yuna pun. Masa tu kt restoran yang aku pergi tu, cik Yuna dan incik Qi (blogger boy)sedang ada pengambaran untuk jalan-jalan cari makan. Kebetulan lagi restoran tu memang ramai gila orang, yela malam tahun baru la katakan. 
Hah tu kan gambar Yuna tu.  Dia bergambar dengan adik bongsu aku. Dia agak baik sebab sanggup datang kat meja aku plus dia agak comel. Eh suma pulak ada agak kan. Bukan apa, sebab kalau dalam tv aku tengok dia macam biasa je, macam artis-artis lain jugak. Dia pulak sangat bersopan santun n lembut. Masa dia datang tu, dia siap minta maaf sebab kacau kitorang makan, padahal dia datang pun atas request my father.  
 
Adeh terlupa lak nk cerita restoran tempat kami dinner hari tu. Ni dia namanya rodeo Steakhaus. Restoran yang agak femes sebab pernah masuk dalam paper( kami g try pun sebab nampak sedap dalam paper itu hari) . Makanan n harga bolehla, xterlalu mahal n kuantiti makanan dia pun berpatutan jugak dengan harga. Lokasi restoran sangat senang dicari dan restoran sangat cantik . Keselesaan ok just ruang je macam kurang sebab orang ramai tapi tempat kecik. Parking sangat senang dan kalo lepas makan boleh jalan-jalan dekat kedai sebelah-sebelah.  Tokey dia lak sangat ramah, hari tu siap dia yang susun meja untuk kami. 
Ok ni bab paling best. Siap ada band lagi nyanyi. Diorg ni akan bertukar-tukar tempat dari satu meja ke satu meja. Kalo hendak lebih lagu boleh request dengan diorang. Time ni diorang nyanyi betul-betul kt tepi meja kami, tengok la adik aku yang berdua tu, sampai malu-malu nak makan.(tapi awek yg nyanyi tu comel la) haha. Kalo ada sesiapa nak romantik-romantik boleh la datang dinner sini time xramai orang, siap ada band lagi.
Ok pic yang last ni sengaja aku upload nk tunjukkan betapa jauhnya meja Yuan time tu. kunun jauh. Aku sebenarnya sangat terharu coz dia sanggup datang ke meja kami padahal orang lain suma pergi ke meja dia. So kepada Yuna teruskan begini, percayalah dengan sikap anda begini anda akan terus maju, n kalo boleh biarla artis-artis lain pun macam Yuna juga. Peramah dan xsombong. Incik Qi pulak, xsempat nk snap pic dengan dia, dia maybe kena balik awal kot sebab lepas shoot tu, dh xnampak dh dia.

3 comments:

beloghakimy said...

wah dinner ngan yuna tu.. mesti kipas susah mati yuna nie... :)

Danial Marzuki said...

haha kunun je sebenarnya, ala snap pic je pun, kipas susah mati tu xda la...

eni said...

toink2..
awk dinner dgn dia..
sy plak date dgn dia!
miawww~

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com