Asal sebut isnin je, mesti semua pun tak suka. Bukan apa, hari ni hari pertama kita akan memulakan segala aktiviti dan tanggungjawab kita. Sudah 2 hari bercuti, lepas tu isnin lak kena start balik, memang dah semulajadi malas kot. Sama jugak masa time kita belajar dulu, kalau kelas cancel or postpone mesti suka je, tipulah kalau tak suka, then bila ada kelas lepas tu, mest tak ada mood je nak sambung kelas betul tak??? tambah-tambah lak masa kelas cancel tadi kita berwifi, bukak fb, blog or sebagainya. Eh tapi bukan nak salahkan fb, blog dan sebagainya ye.
Hari ini aku masih lagi mood cuti dan masih lagi terngiang-ngiang pasal gathering Sb semalam. Tapi bukan aku nak cerita pasal Gath tu dah. Dah banyak sangat dah aku rasa. Btw kredit kepada penganjur sekali lagi. Alamak tersasar jauh pulak. Kembali kepada tajuk entri, isnin orang ketiga. Isnin tu bukanlah nama orang ketiga tu, tapi menunjukkan hari ini, haha jangan marah ye. Pernah tak korang terasa ada orang ketiga?? or anda sendiri pernah jadi prang ketiga?? ataupun anda kenal dengan orang ketiga?? Alamak korang mesti rasa aku ni suka bagi soalan dalam entri then tetiba jawab sendiri, macam syiok sendiri gitu . Sebenarnya aku pun baru je perasaan benda ni, maaflah sebab idea lari la, tu yang buat macam ni lak.
pic : carian dalam google |
Pagi tadi masa ondaway nak g kerja, aku ada la dengar sesuatu, sampai ke honeymoon pun mest bawak orang lain. Logik tak?? bagi aku biasa lah tu, untuk memeriahkan suasana namun kena jugak ikut keadaan. Masa honeymoon mestilah nak romantik-romantik, tak tau la pulak kalau ada yang g nak ganas-ganas or pape. Kalau masa bercinta, memang si perempuan kalau bawa seorang kawan or sedara untuk teman memang tak salah. Selain untuk mengeratkan silaturahim, dapat jugak menghindarkan seuatu yang buruk dari berlaku. Tapi janganlah bawak sekampung, koyak poket laki tu.Namun bagi sesetengah orang, memang tak suka benda ni, ganggu katanya. Kalau boleh, dalam dunia ni biar mereka je yang ada. Pelikkan, ragam manusia ni, bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati sape yang tahu. Betul ke ni? hentam je la kan. Last kata aku, nak buat apa pun, jangan sampai lupa diri sudah, dan yang paling penting, jangan ganngu orang itu pun sudah dikira baik.
1 comment:
aku malas nak keje hari ahad, sebab nak tengok kamen rider x dpt! cis!
Post a Comment