Ish selalulah intro merepek-repek.Sebut pasal sambung belajar, aku memang teringin sangat nak sambung. Sekarang main problem aku biasalah kos pengajian tu. Kalau boleh aku nak pakai duit sendiri je, tak mahu lagi nak susahkan siapa-siapa. keke buat ayat sedih pulak. Bak kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalannya (betul ke ayat ni). Pagi tadi ada la aku singgah kat UTM Jalan Semarak. Secara kebetulan ada seorang teman yang nak turun sana untuk amek keputusan exam, so kami pun pergi sama-sama.
Bila dah sampai sana, aku tengok banyak perubahan telah berlaku, yela dulu-dulu lain. Aku pun ada la skit-skit intiview member aku yang amek space kt sana. Boleh tahan jugak kos dia. Sampai je dekat admin, macam-macam risalah aku amek, segala yang ditampal aku baca. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak sedikit info. Antara syarat-syaratnya untuk sambung Sarjana Muda -Kejuruteraan Awam lepasan Diploma:
- min PNGK 2.70
- Kalau PNGK kurang dari syarat minimum, kena ada pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon selama 2 tahun. Itu je syaratnya, nampak macam senangkan.
- Muet kena amek
- Kelas hujung minggu secara bersemuka dengan pensyarah UTM
- ada 18buah pusat pembelajaran diseluruh negara termasuk Sabah dan Serawak.
- Para pensyarah yang berpengalaman dan profesional
- Pengiktirafan dari Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Juru Ukur bahan Malaysia, Pertubuhan Perancangan Malaysia, dan Lembaga Juru ukur Tanah Semenanjung Malaysia.
- Kemudahan maklumat yang terbesar iaitu PNZ dari segi koleksi dan keluasan fizikal.
Kesimpulannya marilah kita belajar, sesungguhnya belajar itu tidak merugikan. kekeke
ps : Kepada incik SPA, tolonglah panggil saya untuk intiview , bila gaji dah banayk bolehlah saya sambung belajar, saya akan buat yang terbaik.
2 comments:
i followww...hihi...
tq tice....
Post a Comment