Geng-Geng

Friday, January 7, 2011

Buat sesuatu kerja

Selamat kepada semua blogger, sebelum memulakan entri, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong blog aku ni dan kebelakangan ini waktu amat menceburui, cewahh ayat boleh tahan.Ok sekarang kita direct terus kepada tajuk entri. Sepanjang kehidupan aku sebagai seorang manusia, macam-macam karenah aku sudah jumpa. Tidak kiralah ketika aku masih belajar ataupun sekarang sudah berkerja.Pernah tak korang terdengar seseorang bercakap atau merungut macam ni "susah la benda ni, aku xboleh buat" ataupun "aku xsuka la buat benda ni" ataupun "aku xpernah buat benda ni, mesti susahkan" dan macam-macam lagi sebenarnya. Banyak sudah aku dengar dan jumpa orang yang berkata begini. Kalau nak diikutkan hati, aku ni pun jenis yang sangat gugup dan takut untuk mencuba benda baru, perkataan seperti diatas sering bermain dalam fikiran dan mulut aku. Namun semua ni hanyala fikiran semata.

Cuba bayangkan jika kita tidak mencuba sesuatu itu, macam na kita hendak tahu yang benda tu susah. Memanglah tidak dinafikan ada je cakap-cakap luar yang mengatakan benda ni susah dan sebagainya kepada kita. Tapi itu semua pun sengaja je nak bagi kita takut.. Aku bagi contoh disini yang mana aku sendiri pun pernah alaminya, ketika kita berkhatan, beribu-ribu orang akan memberitahu yang ianya sangat sakit dan macam-macam lagi. Ada budak yang bila dengar macam tu, meraung-raung nangis dan mengamuk xmahu dikhatankan. Bila tiba je masa tu, kalau sakit pun, kejap je, betul tak??

Jikalah sesuatu tugasan itu susah, mesti ada caranya untuk menjadikan ianya mudah. Fikir secara logik, kenapa orang lain boleh buat sedangkan kita tak boleh? Peliklah kan? Setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaiannya, itu lumrah. Contohnya, bercakap dalam bahasa inggeris. Sesetengah orang akan mengatakan ianya susah(macam aku). Sebenarnya tak la sesusah mana pun. Yang penting kita kena berani mencuba dan rajin belajar. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Ingat sape-sape yang pandai cakap orang putih tu, sejak azali ke dia pandai, tak da mananya, dia pun belajar and try-try jugak. Kalau aku dulu, aku amek cabaran dan bekerja sebagao customer service executives, dimana aku dikehendaki speaking dalam masa-masa tertentu. Mula-mula memang aku akan cuba lari untuk bercakap, kalau bercakap pun akan berterabur dan selalu digelakkan orang, aku xberputus asa, terus mencuba dan akhirnya ada jugak kemajuan walaupun tak banyak.

Kalaulah sesuatu yang kita kena buat kita tak tahu, kita boleh menanya, tak ada masalah. Tapi janganlah terlalu kerap sebab akan mengganggu pulak. Kalau boleh kita cuba buat dulu, kalau ada salah nanti, akan ada orang yang betulkan. Maybelah orang itu akan marah or pape, bagi aku tak ada masalah sebab dengan kena marah, kita akan ingat sampai bila-bila. Orang yang berjaya itu, kegagalan dan kesilapan diorg lagi banyak, sebab itu diorang boleh berjaya. Kalau boleh letakkan 'bench mark' untuk jadi berjaya.

Kesimpulannya sebelum memulakan kerja or pape pun, niat tu yang penting. Fikiran kita kena setkan tak susah, senang, seronok dan sebagainya. Baru la ia menjadi seperti yang kita fikirkan. Kekadang tu memanglah dah set semangat dan seronok tapi bila tengah jalan rasa tak boleh buat, jangan pulak cepat mengalah, teruskan lagi usaha sebab ada caranya setiap perkara.

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com