Alhamdulillah hari ini dah masuk beberapa bulan aku bayar bulanan untuk rumah tu, walaupun macam berat nak bayar sebab rumah belum siap, tapi tanggungjawab perlu juga dilaksanakan, dah namanya hutang kan...tapi takpa sebab rumah tu pun dah nampak rupa bentuknya, dah tinggi dah naiknya, makin terasa tak sabar nak duduk situ..pape pun alhamdulillah and syukur sebab sudah memiliki rumah pertama, bukan untuk aku saje, tapi untuk isteri tercinta..keke
Ok tempoh hari ada aku cakap nak cerita step pembelian rumah ni kan, so aku cerita secara ringkas la, kot kot boleh di jadikan sumber rujukan kepada yang lain kan...
Step 1 : Aku call pejabat SPNB Selangor, merisik khabar dan cara cara yang perlu dibuat untuk membeli rumah tersebut. Sebabnya aku taknak la terlepas peluang macam sebelum sebelum ni. Untuk rumah tu, perlu sediakan sejumlah wang deposit dalam bentuk bank draf dan beberapa dokumen untuk tujuan booking. So bila dah sedia, aku terus kesana, pilih rumah yang dikehendaki. Masa tu ada dua jenis pilihan la, yang pertama, pilih unit mana berkenan sama ada jenis A or Jenis B, then lepas tu tengok lah sama ada rumah tu ada diskaun bumiputra or tidak. So aku pilih yang bumiputra sebabnya duit diskaun tu boleh tolak kepada deposit kelak. Almaklumlah aku ni bukannya berduit sangat.
Step 2 : Bila dah booking, akan dapat time tu gak surat niat lah atau apa entah orang panggl, aku terlupa lak. Dokumen tu lah aku guna untuk apply loan perumahan. Cara aku, aku pergi kesemua bank penyedia pinjaman untuk tahu rate dan kelebihan setiap bank tersebut, Aku pilih dua tiga bank, aku hantar permohonan. Ada juga pihak spnb cadangkan bank mana patut mohon untuk memudahkan proses kelulusan. So sediakan dokumen semua, terus pergi bank submit.Di pendekkan cerita, pihak bank call selepas beberapa minggu untuk nyatakan aku berjaya. Dan selepas tu untuk sign surat setuju terima loan ( ini istilah aku panggil, if nak konfemkan, sila refer dengan yang pakar).
Step 3 : Lepas berjaya dengan bank, boleh terus jumpa pihak peguam yang dicadangkan. Untuk rumah tu, setiap blok telah ditetapkan peguamnya, So pergilah pejabat tu untuk buat persediaan untuk sign snp. Lepas dapat snp semua, tunggu je sebab pihak peguam akan uruskan untuk kita, so nanti kita akan dapat salinan snp. So bila dah dpt snp tu, konfemlah rumah tu dah jadi hak milik kita.
Haa bunyi macam payah kan, tp kena gak buat..aku bukan pandai pun, belasah je...tp xpa, leh tanya bank dan peguam yang dilantik tu macam na prosedurnya. Tapi perlu igt, wang pendahuluan perlu dijelaskan sebelum snp dikeluarkan. Kena stanby awal awal. Nasib beli rumah ni, kos peguam dan lain lain kos ditanggung oleh pemaju, if tidak, kenalah sediakan juga kos tersebut.
Gambar 1: Keadaan di tapak, aku snap dari luar je, tak tau blok mana