Geng-Geng

Sunday, April 29, 2012

Kisah A,B,C dan D

Ini entri sebelum tido, sekadar ingin mengosongkan minda yang asyik berfikirkan cerita ini. Dari dok bermain-main dalam kepala otak ni, aku terjemahkannya ke dalam blog aku ni. Sekurang-kurangnya masa masa akan datang, aku boleh baca balik dan boleh senyum sorang sorang lagi.

A = Sangat yakinkan dengan dirinya dan selalu memandang orang yang berjaya itu idola namun selalu di tindas di sebabkan berada di bawah. Selalu menjadi mangsa di sebabkan ke lurusan dia. Sangat aktif dan jenis yang bukan suka duduk diam, selalu bercakap tak henti-henti .Selama ini, kawan kawan memang penting buatnya, namun bukanlah seorang yang suka berkongsi cerita. Biasalah, kekadang jujur ni membawa padah. Disebabkan karektor dia yang suka bercakap dan bersembang, dia di tudoh pulak suka membawa cerita ke sana sini.

B = Kawan yang menjadi pendengar setia cerita cerita gembira dan sedih kawan kawan. Selalu memberi nasihat dan menjadi pemerhati. Tapi rupa rupanya dalang kepada semua kejadian. Cerita yang kunun-kunun di dengar rupanya di sebarkan pula kepada kawan-kawan sekeliling. Hasilnya, walaupun benda kecik, jadi besarlah sebab semua orang pun tahu. Namun semua itu berjaya disimpan ketat-ketat dan hasilnya dia kelihatan suci, ramai yang sukakan dia. Di tambah pulak skill skill yang tak seberapa tu, dia di puja dan di cari cari, kununnya orang penting.

C = Ini kawan jenis baik di depan, tapi di belakang habis di kondemnya. Kekadang, menjadi macam pencetus kepada pergaduhan di antara kawan-kawan. Jenis pendiam dan bukanlah penyibuk. Bukan juga jenis suka amek tahu kisah orang tapi biasalah, perkataan yang keluar dari mulut dia, cukup berbisa, kekadang tanpa memikirkan perasaan orang. Disebabkan dia ni jenis ckp lepas, makin ramailah yang menganggap dia ni ok di buat kawan. Yela kununnya jenis jujur, tak suka cakap xsuka.

D = Sangat baik dan jenis yang suka menolong. Tak ada satu pun tugas atau pertolongan yang tidak di selesaikan. Ramai yang sukakan dia disebabkan perkara ini. Namun disebabkan salah memilih kawan, akhirnya ramai yang makan hati dengan dia, mungkin terlalu mengikut atau mendengar kata kata kawan yang di pilihnya. 


hmmmm entahlah, orang sekarang ini pelbagai karenahnya, harap semua akan lebih berhati hati memebri kepercayaan pada orang..sekadar renungan dan pemikiran sebelum tido.



....to be continued





Friday, April 27, 2012

hobi je...#2

" aku bukan fotographer tapi aku suka amek gambar "

 

 Ini masa aku singgah di masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Sajalah aku snap secara spontan.

 Gambar yang kat atas ini aku snap masa aku bekerja, masa tu tengah lawat tapak projek di Parit.

 
Gambar ini pun aku snap masa aku bekerja, di tapak projek yang sama juga tapi pada waktu malam.
 

 Yang ini kalau tak silap aku, ini gambar masa aku berenti di R&R Tapah, masa ini tenghari, panas sangat tak dapat nk fokus elok elok ( bajet yang lain fokus elok je)


Gambar atas ini aku snap masa berenti kat masjid Ubudiah tu, sekali tengok kat balakang masjid ada bangunan ini. Selama ini aku punyalah cari rupa-rupanya di Kuala Kangsar rupanya.

Monday, April 23, 2012

Bila perempuan "moody"

Assalamualaikum pada semua, hari ini aku terpanggil untuk buat satu entry yang mana aku rasa keadaan ini sangat biasa terjadi iaitu perempuan/ gadis marah marah tak tentu pasal. Efek dia akan terjadi pada keadaan sekeliling, kekadang sampai bermasam muka dan sebagainya.Bukanlah aku kata lelaki tak ada yang marah-marah tak tentu pasal, cuma aku cerita base on pengalaman aku. Maaf kalau ada yang terasa.
Gambar sekadar hiasan (sumber : carian google)

.........Aku sendiri pernah mengalaminya dan rasa sangatlah sakit hati. Alasanya yang biasa diberikan, lelaki kena faham yang sebulan sekali pompuan akan jadi macam ni. Itu aku faham, dan kekadang tu, perkara-perkara macam ni boleh dikawal, sebab semuanya datang dari kepala otak kita. Aku selalu tegaskan, if we always think positive, then result dia insyaAllah akan jadi positive jua dan begitu juga sebaliknya.

Kenapa aku sakit hati sedangkan benda itu lumrah?? bukanlah setiap masa pun aku sakit hati. Aku boleh terima if perempuan tu datang bulan and not in the good mood. But in some situation, kenalah be professional. Contohnya di tempat kerja, if ada pertanyaan dari orang lain, tak perlu rasanya menjawab dengan nada dan keadaan yang kurang baik  sedangkan orang yang bertanya itu betul2 maksudkan apa yang di tanya. Ada sesetengah itu, diam tanpa memandang, itukan kurang sopan sekaligus medatangkan kemarahan pada orang yang menanya.

Kekadang aku tak faham, kenapa sesetengah boleh je mengawal keadaaan dan be professional dan sesetengah tidak. Sedangkan kita ni dijadikan sama je, yang membezakan kita ialah amalan dan usaha kita . Macam aku kata kat atas, semua tindakan yang kita lakukan datang dari kepala otak kita. Dari sana semua arahan keluar dan tidak mustahil untuk kita mengawalnya samaada baik atau buruk.

Penyelesaiannya mungkin untuk elakkan dari sakit hati, kekadang kita perlu beralah. Jangan dilayan sangat orang yang dalam keadaan begini. Buat je hal masing masing dan bersikap positive, kalau tidak, kita ni sama je. Bukan aku cakap pada lelaki je, pada perempuan juga, kalau orang tengah marah or moody, tak perlu rasanya kita nak pergi memanaskan lagi dia, tak perlu nak curahkan minyak pada api yang membara.Pada yang selalu marah2 or moody ni, cubalah berfikir sejenak dan jadi professional, janganlah bawak masalah sendiri ini merata-rata.

Thursday, April 19, 2012

Hobi jer...!!

"Aku bukan fotographer, tapi aku suka amek gambar "

Masjid kat area Klang
 Bangunan dekat Sri Kembangan kot..keke
 hmmmm Nikon vs Canon...which one better?? for me, same!!!

Wednesday, April 18, 2012

Sangat Prihatin!!!

Aku cerita direct je la, malas nk berbunga bunga. Kejadian ini terjadi masa aku drive balik dari pejabat ke rumah. Hari ini awal sikit aku balik dengan harapan untuk elak jam yang sangat sangat menyakitkan hati. Tengah sedap drive sambil dengar lagu Selena Gomez tiba tiba samapai ke kat area Sentul, jalan bertukar jadi sesak yang amat. Pelik gak aku selalunya kat situ jarnag jem awal awal macam tu. Cari punya cari baru aku tau apa sebabnya.

 
Ni hah asap keluar berkepul kepul. Dalam kepala otak aku satu je, ni mesti kebakaran berlaku ni. Bila macam ni, jalan jadi sesak yang amat. Yang peliknya, bukan jalan sebelah sana, tapi jalan yang sebelah sini yang sesak teruk. Biasalah rakyat negara ini, sangat perihatin dengan perkara perkara macam ni. So xdalah aku nak marah coz jalan jadi sesak.
  
So bila dh dekat ngan kawasan kebakaran tu, aku tengok tengoklah kot kot perlukan bantuan (kununlah). Lorr rupa rupa ada pembakaran terbuka berlaku. <<< ini aku agak je sebab walaupun api besar orang yang dekat dekat situ tengok je tak buat pape. Yang pelik, nape still lakukan pembakaran yang macam tu tak kira sengaja atau tak sengaja. Banyak efek dia nanti. Tengok asap pun dah tau. 
 
Oklah tak paa, kalau boleh next time janganlah ada yang macam 2, sama samalah kita jaga bumi yang kita duduk ni. 

Tuesday, April 17, 2012

Tanpa disedari

Setelah lama aku menjadi ahli, baru hari ini aku cuba untuk redeem hadiah dari point-point yang aku kumpul. Selama ini, tanpa di sedari ,point-point terkumpul dengan jayanya habis macam itu je. So hari ini walaupun dengan darah yang gemuruh dan sebagainya, aku memberanikan diri juga untuk buat transaksi. Aduh ayat bangang sebab paksa jugak untuk update blog walaupun tak ada idea, keke.

Eh lupa pulak aku nak bagitau apa yang aku sertai dan apa yang aku maksudkan.Sebenarnya apa yang aku maksudkan kat atas ini ialah aku telah menjadi ahli Bonuslink sejak tahun 2003 lagi tetapi aku tak pernah menebus apa-apa hadiah darinya, point-point yang terkumpul itu terhapus dengan sendirinya dan tanpa disedari. Betapa ruginya aku, memanglah aku gunakanya bila aku belanja untuk isi minyak kenderaan tapi dah berapa tahun plak tukan aku kumpul. Biarlah perkara yang lepas tu jangan di kenang. Ianya terjadi pasti ada sebabnya. Cewaaah...keke.

Korang nak tahu apa yang aku redeem?? biarlah ianya menjadi rahsia. hahaha. Barangan yang lelaki selalu guna. Bukannya mahal mana hadiah tu tapi sekurang-kurangnya aku tak perlulah keluar duit, untung jugalah tu kan. Sambil-sambil kita berbelanja, kita dapat hadiah juga kan. Sebenarnya ada lagi model lain yang aku idamkan dalam ini, tapi point yang ada hanya cukup tuk hadiah ni, so bersyukurlah dari tak ada pape. Jom tengok apa yang aku redeem.

Gambar1 : Panasonic Men's Shaver ES-3831


Hah tu dia canggihkan?? Aku memang pakai yang elektronik pun, senang nak bawak. Tak perlu setiap bulan nak beli shaver kan kan?? hanya perlu ganti bateri n blade dia je, itupun sebulan belum tentu lagi skali.

Gambar 2 : print screen web Bonuslink

Pape pn Tq lah Bonuslink!! Sayang anda ketat 2x...pinjam ayat teman kejap. Tapi xtau macam mana nak sayang orang ketat 2x. Kalau ikut aku yg otak kuning ni, dh lain plak maksudnya. Ish2, udahlah, korang join la, dapat gak hadiah. Nk join aku pun boleh, tolong aku kutip point..hehe

Monday, April 16, 2012

KTM oklah!!

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk menaiki keretapi tanah melayu (KTM) ke suatu destinasi. Bukan apa selain dapat jimat, aku tak perlu nak bersesak sesak menempuh jam di waktu tengahari yang panas ni. Lagipun semalam ada aku terbaca dari blog seorang sahabat, rasanya semua pun kenal. Beliau ni boleh dikatakan femes dan sangatlah ensem (walaupun tak pernah jumpa bersemuka, tapi aku dapat rasakan yang beliau betul-betul ensem. Beliau dikenali di alam maya sebagai Pak Cik Biola, nah ni blog dia, jom kasi terjah2 sikit ....http://kringg.blogspot.com.... petikan dari blog beliau  

Pada yang tak pernah naek komuter, ada beberapa tren komuter menampal beberapa lawak jenaka pada dinding komuter sebagai bacaan ringan untuk penumpang. kira nak kasi less stress la. Syabas atas effort ini buat KOMUTER!!

Disebabkan ayat-ayat beliau ini aku jadi lagi excited untuk cuba menaiki Ktm, tapi maybe belum ada rezki untuk bertemu dengan ayat-ayat yang Pak Cik biola maksdkan itu. Tak apa akan di cuba lagi untuk masa-masa akan datang. 
sumber gambar : carian google

Berbalik pada cerita KTM ok! memang sebenarnya ktm ni ok cuma....hahaha ada cumanya, biasalah manusia ni, mana pernah tak komplen. So aku tak terkecuali la ye. Satu je buat masa ini komplen dari aku, iaitu dari segi ketepatan waktu tiba dan bertolak. Aku faham apa pun yang dirancang pasti ada dugaan. Itu aku tak kisah cuma skrin yang menunjukan keretapi tiba tu haruslah di update secepat mungkin.  Contohnya macam tadi, aku nak menaiki keretapi Rawang, di skrin menunjukkan akan tiba jam 11 .40pm  macam tulah (xbrapa igt waktunya, sekadar cth), tapi jam disitu sudah menunjukkan dekat2 jam 12tghari. Dah lah tu, yang tiba pula, keretapi batu caves. Aish ini dah macam wrong information.

Nasib keadaan di dalam agak selesa, so wrong information yang tadi tu terus lupa. Walaupun sepanjang perjalanan aku berdiri, aku tak rasa letih atau tidak selesa, keadaaan dalam tren memang menenangkan. Di setiap stesen juga telah diletakan kipas bagi membantu pengaliran udara di dalam stesen, thumbs up!!.

ps : Just xbrapa nk syiok coz bila ada gerabak perempuan, kt gerabak biasa tu dh xda awek2, xdapat nk main2 mata n senyum2 mcm muda2 dulu. ;p

Sunday, April 15, 2012

Sahabat....

Selamat malam semua....disebabkan tak boleh nak tido malam ni aku update satu lagi entry walaupun tak berapa nak idea. Cari punya cari, inilah hasilnya. Korang pernah dengar lagu Sahabat nyanyian penyanyi comel loteh Najwa Latif. Masa kali pertama aku dengar terus jatuh hati, berulang kali jugaklah aku dengar. 

So lagu ini, aku tujukan kepada semua insan yang bergelar sahabat termasuk insan tersayang dan seluruh ahli keluarga. Jom kita enjoy lirik lagu dia kat bawah ni. Sangat bermakna ok dia punya maksud.

sumber: carian google

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

sumber : liriklagumuzika

Mansuhkan PTPTN!!

Huh powerlah cadangan ini. Cadangan macam inilah yang aku tunggu sejak kecik lagi. Memang aku kagum sangat dengan cadangan yang dimaksudkan. Yela alasan dia cukup menyanyat hati.Tak ada lah membebankan. Kena dengan pepatah lama, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Aduh macam-macam keadaan sekarang ini. Macam-macam karenah ada. Korang yang membaca ini jangan pulak tersalah erti, ayat kat atas tu sebenarnya sengaja di wujudkan. Pada pendapat aku, permansuhan PTPTN ini bayak buruk dari baiknya.Ini pendapat peribadi aku. Mungkin tidak terasa bagi sesiapa yang berada dan berkeputusan baik. Kenapa aku cakap begitu??

Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, memang kurang masalahnya untuk mendapatkan tajaan, tak kiralah dari pihak kerajaan atau sebaliknya. Bagaimana pula dengan yang mendapat keputusan kurang cemerlang?? Kalau dapat masuk ke IPTA mungkin kurang membebankan tp bagaimana yang tidak dapat masuk?? di luar sana yuran pengajian sahaja dah berpuluh-puluh ribu. Bagaimana nak bayar semua tu tanpa pinjaman dari PTPTN?? Dari pengalaman aku belajar dulu, ramai di antara yang aku kenal memang ambil PTPTN walaupun mereka di IPTA, sebabnya meringan beban keluarga.

Aku tak nampak kenapa mesti di mansuhkan?? sudah dinamakan pinjaman, haruslah bayar. Mungkin idea ini tercetus apabila ada sesetengah peminjam yang sukar membuat bayaran balik. Bagi aku tindakan tegas harus di ambil, dan jika ada alasan yang kukuh tidak dapat membayarnya, mungkin boleh di konsider dan tangguhkan bayran balik atau sebagainya.

Ini cuma pendapat peribadi aku, pinjaman seumpama ini sebenarnya banyak membantu para pelajar sekarang ini. Just mungkin penambahbaikan perlu di lakukan ke atas kesuluruhan pinjaman seperti proses bayaran balik dan sebagainya, tindakan tetap perlu di ambil pada yang susah membuat bayran balik.

Bergaduh sebab Entri?

Aduh naik pening aku di buatnya. Petang-petang macam ni ada pulak yang buat hal. Nasiblah beliau merupakan kawan aku, kalau di ikutkan hati bersepai dah gigi beliau. Jom tengok apa ceritanya di gamabr yang aku attach skali ini. Tak payah aku nak ceritakan segalanya kt blog aku ni, korang baca je kt gamabr tu.Orang lain baca pun aku rasa menyakitkan hati. Sesape yang duduk di tempat aku, mesti akan rasa nak menyepaikan gigi beliau ini. Nama dan gambar beliau terpaksa aku blur demi menjaga nama baik beliau.


Alamak jangan marah aku ye, sengaja aku buat entri ini khas tuk kawan aku ni. Rajin dia komen n baca blog aku. Beliau ni antara yang selalu ke blog aku, terima kasih ye kawan.

ps : ini entri saje2 mengusik, jangan marah ye..

Saturday, April 14, 2012

Antara syaratnya...

Salam malam...
Sebelum memulakan bicara, just nak berkongsi sedikit kegembiraan dan kelegaan yang dasyat. Team bola sepak Selangor yang turun menentang Johor FC di tempat lawan mendapat keputusan seri dengan jaringan 1 gol berbalas 1 gol. Oklah dari kalah, dapat jugak satu point dari tempat lawan. Hopefully next time akan dapat kemenangan dengan point penuh.

Kembali kepada tajuk asal, berkenaan dengan syarat. Macam suspen je tajuknya, sebenarnya ianya berkaitan dengan cinta. Syarat aku dari dulu sampai sekarang is apa sahaja problem yang kita ada ketika ada pehubungan tak kira masa bercinta atau dah berkahwin, jangan di ceritakan kepada orang ketiga. Tidak kiralah kawan baik ataupun sedara mara atau sebagainya.

Sebabnya aku ada pendapat aku sendiri, aku tak tahu orang lain macam mana. Bukan apa, dah memang lumrah orang suka bercerita dan sebab itu juga aku rasa tak berapa sesuai untuk bercerita dengan manusia. Memang aku akui bukan semua manusia macam tu, tapi biarlah aku amek langkah selamat. Sebab itu, aku selalu ingatkan pasangan aku, jangan sesekali nak berceritakan pape masalah yang berlaku walaupun sehalus dan sekecik zarah sekalipun. Kalau kegembiraan, insyaAllah boleh kita kongsikan.

Selain dari takut tersebar dan akan dapat ekspresi buruk, banyak lagi sebab-sebabnya, tapi cukuplah aku gtau sebab utama aku tak suka perkara ini. Sengaja nak konsikan dengan semua yang sudi membaca blog aku ni.

Friday, April 13, 2012

Jumaat

Salam Jumaat pada semua...

Lama rasanya tak update blog, tak leh nak buat apa pa la, tanggungjawab melebihi segalanya. Tp minat aku ke blog tak pernah luntur sikit pun. Ada la pernah aku macam tawar hati coz kawan-kawan yang sama-sama berblog dengan aku dah tak berblog lagi dah. Mungkin mereka-mereka ada sebab tertentu tapi tak apa, itu hak masing-masing, aku, macam biasa, akan teruskan macma biasa walaupun agak jarang nk update.

So kepada semua, selamat hari Jumaat ye, moga hari ini dan hari mendatang akan lebih baik dari hari sebelum2 ni..

Saturday, April 7, 2012

CINTA...

Diantara
7 Petala Langit
dan
7 Petala Bumi,
ada 7 Petala Langit...................................


#7Petalacinta

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com