Geng-Geng

Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Pengalaman Call centre

Petang-petang yang suram macam ni, tetiba aku teringat kisah lama dan masa muda-muda dulu. Dulu aku pernah menjadi salah sorang agen call centre. Kalau nak ikutkan dalam surat lantikan, jawatan aku customer services executive, wow dasyatkan. Banyak pengalaman yang aku dapat dari sini. Yang paling aku suka is keberanian untuk berbahasa inggeris. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku tak akan jawab telefon dalam bahasa inggeris sebab takut. Masa mengajar segalanya sehinggalah aku berada pada tahap yang agak memuaskan.
sumber:carian google

Rasanya semua pun pernah ada pengalaman untuk call servis ni kan, tak kiralah TM, streamyx, maxis, McD atau sebagainya. Apa reaksi korang?? rata-rata yang aku dengar, agen ni xtahu apa2, suka menipu, lembap dan sebangainya. Yang memuji tu adalah, tapi rasanya jarang kita dengar, betulkan aku kalau ada tersilap cakap. Aku faham kedudukan sebagai pengguna. Agen yang bekerja disitu hanya diberi tugas untuk menjawab telefon dan cuba membantu mana patut, namun keputusan bukan ditangan mereka. Apa salahnya jika kita hanya menyuarakan masalah dengan sabar dan sopan?? Perlu ingat setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bila dimarahi dan sebagainya, korang ingat boleh dapat penyelesaian cepat ke? xda maknanya. Tapi yang terjejas, agen yang angkat call tu, gaji dan elaun mungkin akan dipotong.

Aku sendiri pernah handle angry customer, mencarut bagai, kutuk sana sini, kalau ikutkan perasaan nak je putuskan talian, tp bila pikir tanggungjawab, aku bersabar, akhirnya masalah dia selesai dan puncanya datang dari diri dia sendiri. Akhirnya malu xbertempat dan terus blah macam tu je. Terukkan? Tapi aku teruskan macam biasa demi sesuap nasi. Ada suatu ketika aku digelar agen angry customer, sebabnya aku suka jawab call dari customer yang marah2. ada sikit tipu tp mksudnya benar.

Bukan pengalaman buruk je yang aku dapat, banyak je pengalaman manis. Yang paling aku suka, kenal dengan semua kawan-kawan seangkatan. Kami bermula dengan gaji dan pangkat yang sama, even ada kelayakan tahap tertinggi. Yang membezakan kami cuma kesabaran, masa dan kesungguhan. Macam-macam gelagat boleh jumpa. Even kami bekerja dalam jangka waktu yang pelik, tetap boleh pergi bercuti bersama-sama.
Akhir kata dari aku, cuba hargai mereka2 ini, mereka bekerja mengikut protokol yang ditetapkan. Setiap call dan masalah yang diadu, tak ada satu pun yang akan tertinggal, semua diketengahkan. Cuma masa je yang menentukan. Sabar itukan separuh dari iman.Perlu diingat bukan kita je yang ada masalah, ramai lagi sebenarnya.

Tuesday, February 22, 2011

Yang lama biarlah

Disebabkan beberapa minggu ni aku asyik terdengar dan terjumpa dengan orang yang tak dapat nak melupakan benda-benda yang lepas. Dasyat sebenarnya masalah ni, so terpaksa masa aku g bayar insuran+roadtax keta tadi, aku memikirkan hujah-hujah yang akan aku buat. Aleh-aleh apa pun xdapat. Eh iklan jap, sebut pasal insuran tadi, aku dari awal tahun dah bajet mesti insuran ni kena dalam seribu lebih. Memang menyimpan dan mengjimat dari awal tahun, tadi bila uncle tu kira, tak dekat langsung dengan apa yang aku bajet. Dalam hati memag gembira habis, terus buat payment serta merta. Ingtkan bila gaji nant baru nak topup. Syukur2. Alamak termelalut pulak.

Kembali kepada isu yang aku maksudkan kat atas. Aku sebenarnya sangatlah pelik dengan orang-orang yang memang tak leh nak terima kenyataan. Yang seksa diri sendiri. Ok dan baiklah, aku kecilkan sikit skop, ada 2 orang kawan aku ni, sekarang sudah tidak bertegur sapa. Kalau sorang ada, sorang lagi mesti tak mo join. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah disebalik kejadian tu. Apa yang aku nak tekankan disini, kenapa perlu bermasam muka lama-lama. Yang jadi susah bukan korang berdua je, kawan-kawan keliling korang pun susah, kalau nak beriadah or lepak-lepak, kena pilih pulak nak ajak sape? kan pening tu, cubalah fikir2 balik.

Kenapa mesti kita bermasam muka lama-lama? apa kebaikannya. Tak adakan. So demi masa depan yang lebih cerah, apa salahnya kita lupakan buku lama dan mulakan buku baru. Bak kata dari seorang pakar motivasi, (igt2 lupa) untuk mulakan hidup aman, maafkan semua kesalahan orang sebelum masuk tido, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Setakat sikit-sikit tu, xpalah, buang je tepi, bagi peluang kedua kepada sesiapa yang bersalah.

ps: lega sebab dh setel byr insuran & roadtax tahun ni..

Monday, January 24, 2011

Ruginya masa hari ini

Terasa rugi pulak hari ni, satu hari buat benda yang sama lak. Langsung tak sempat nak buat segmen2 anjuran geng2. Sori la bukan xnak join, tapi masa tak mengizinkan diri ku begitu berharga untuk mengupdate blog. Wah ayat iklaan tv.Aku sempat berblogwalking je, baca sekali je,  selalunya aku baca 2 3 kali, then tengok gambar banyak2. Tertipu lak.

Eh kat atas ni aku tak ada cerita pape lagi ngape aku rasa rugi n buang masa. Sengal betul la kan. Sebenarnya pagi-pagi lagi aku dah ada problem dengan blog, iaitu header aku.  Seharian aku dok try n errorr, last-last petang br la ada solution sikit. Baru ingat pagi ni nak bergaya ngan header baru. Lagipun tangan aku pun gatal jugak, slalu sangat kobek-kobek(try n error). Amek ko skali ada problem baru tahu. Alhamdullillah semua dh settle, tp aku still xpuas ati sebab guna cara altenatif. Nasib ada juga blogger yang sama masalah ngan aku, so ada la sikit-sikit klue n info. Kepada blogger yang buat entry mengenai masalah ni, thanks sangat2.

Besarkan masalah aku tu?? tak apa, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Betulkan? bila aku ada masalah cam ni, baru aku dapat belajar benda baru. So boleh tolong kawan-kawan yang ada problem sama, paling-paling pun sikit. Tak adalah pakai header yang kelabu je. Orang nak terjah pun boring.

Kata hati   : tadi aku sempat terjah ke SB group, sekarang ni ramai blogger yang       berbakat, yela mana taknya, baru berblog tak sampai setahun, tp meriah betul blog dia. Jelez betul aku, tp bukan dengki, just kagum sgt2 dengan diorg tu.

Kata Hati 2 :  Geng yang tinggalkan komen mengenai entri aku or nasihatkan aku or just nak bantu, thanks again.


Promosi : Korang semua ada facebook? Kalau ada meh la join kat page aku ni. Jom singgah SINI.Sangat menghargainya kalau anda semua support page aku

Thursday, July 22, 2010

Hari ini dan semalam mungkin.....

Sejak akhir-akhir ni aku macam malas nk update. Sebabnya banyak la antaranya xda masa sgt, xda aktiviti yg menarik aku wat n yang paling byk, aku xda idea langsung dh nk update..

Dont know why???? always think about about it. semakin lame semakin banyak lak masalah yang menimpa aku, ish2 sedih n susah ati. Banyak dugaan yang aku dpt akhir2 ni tp aku xkisah la mayb salah aku gak. Kawan2 or family jgn la rs pelik sebab aku memang nk nekad tuk selesaikan suma masalh aku dlm tahun ni.

Sekarang ni biasa la bg org yg dok kt kl kot, masalah kewangan yang dasat. Habis suma duit simpanan dh di gunakan tuk selesaikan masalah yang ada. Pastu dlm bulan ni roadtax keta nk mati, tp nasib aku dh ada simpan skit duit juz nk kena top up skit2 lg. dugaan dugaan. orang kata la, setipa masalah or dugaan semuanya ada hikmah disebaliknya, so aku kena sabar je.

Sekarang aku terpaksa carik kerja part time, xkisah la pape pun, asal dpt duit. Sebenarnya dh lame carik tp skg br la mcm dh ter desak sgt, so terpaksa la.....may b raya tahun ni pun aku dh terpaksa lupakan demi tuk masa depan aku, hope dalam tahun ni aku akan selesaikan suma masalah aku, bukan takat masalah kewangan je tp suma masalah yang aku ada skg ni, insyaAllah...
Sebut psal raya tahun ni, mayb aku terpaksa lupakan n xdapat nk balik kg. Harap suma org faham masalah aku. Bukan aku xnk balik beraya, tp keadaan memaksa aku memikirkan jalan ni. N kawan sori jugak coz pas ni xdpt nk join korang lepak2 or main futsal or pape, terikat ngan masa wey.Thanks kepada sesape yg membantu, jasa kalian suma tuhan je dpt balas.

Psal wishlist aku tu, terpaksa di lupakan kejap, pas suma ni selesai, aku akan berusaha ke arah itu balik demi kepuasan sendiri....so kawan2 sila doakan sy semoga berjaya mengharungi segala rintangan ye

Wednesday, June 16, 2010

not in d mood today bcoz of u.......


= Not in d mood today bcoz of u =
u
u
u
u
=
=
=
xcukup tdo coz gatal g tgk bola berjaga smpai pagi(***padan muke sape suh)
dh la xcukup tdo, semalam main futsal sepenuh hati, kekeke kunun hebak
line internet yang sememangnya lembab n sentiasa improve tuk lg lembab
+-
masalah peribadi yang memang xsettle2
wishlist yang xpernah dpt dipenuhi
tp dh hati mula resah coz sentiasa inginkannya
keadaan keliling yg agak 'bosan' kebelakangan ni

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com