Geng-Geng

Friday, August 12, 2011

Kepercayaan tu penting

Alhamdulillah, malam ni aku berjaya juga bersukan. Sengaja aku gagahkan juga untuk join mereka mereka main futsal. Bukan apa, sejak akhir akhir ni, aku kurang bersukan, kalau ada pun just main ping pong je. Berpeluh habis satu badan. Alamak intro termerepek pulak, tapi ada sikit kot kaitannya. Dalam futsal, kita kena saling percaya pada ahli pasukan kita, baru kita boleh main dengan jayanya.

Kepercayaan, apa sahaja yang kita buat perlu ada kepercayaan. Tapi sebenarnya susah untuk membuatkn orang percaya pada kita. Aku yakin, ramai yang sudah dengar akibat percaya pada orang, seseorang tu mudah di tipu, tersinggung, dan macam macam lagi. Ianya bukan berlaku di kalangan kenalan sahaja, di dalam keluarga juga ada. Macam kata aku dalam entri lepas, manusia ni pelbagai. Tapi itu semua mengindahkan perjalanan hidup kita.

Tak salah mempercayai orang cuma kena tahu caranya. Kena pastikan cara tu betul, ianya sangat penting. Jika tak, mungkin dengan hanya satu bisikan, habis semuanya musnah.

Sebelum mengakhirkan entri ni, aku nak cakap sikit, kepada yang mengenali aku, aku nak mohon seribu ke maafan di bulan mulia ni jika kepercayaan yang korang bagi pada aku, aku sia sia kan. Aku menyesal. Aku sedar dengan keadaan , cara dan perangai aku yang bising bising dan selalu tak serius, susah untuk letakkan kepercayaan pada aku. Aku terima seadanya. Dan jika ada yang mempercayai aku, terima kasih untuk itu, sangat aku hargainya.

Ps : gambar sekadar hiasan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

paie said...

betul betul betul.percaya itu penting..Tapi zaman sekarang susah nak cari orang yang boleh dipercayai.Banyak sgt kejadian kawan makan kawan.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com