Sekejap je masa berlalu, hari ni dah masuk hari jumaat. tetiba pagi ni rasa sunyi je. Rindu dengan sejarah-sejarah yang berlaku dulu dari zaman sekolah hingga sekarang ni. Macam-macam perubahan telah berlaku.Aku ni jenis yang suka beridah dan beramas beramah mesra dengan kawan-kawan. Memang ada sikit malu dalam aku ni, kalao orang tu tak kenal aku memang dia akan kata aku ni sombong bagai, tapi bila dah kenal, memang kecoh. Cakap pun susah nak berenti. Bak kata orang, mula-mula je pun, tapi lama-lama ok la tu.
Sebut pasal sejarah ni,aku teringat masa aku belajar dulu time amek diploma. Selama tiga tahun tu aku menyukai seorang gadis tu. Memang aku ni jenis setia la kot sebab mula-mula nak bercinta la katakan tapi si gadis tu pulak yang macam-macam. Memang banyak yang aku dengar dari orang tapi aku ni jenis susah nak percaya cakap-cakap orang kalao aku tak nampak sendiri. Sampai tiga tahun baru aku perasan yang dia sebenarnya macam na. Aku dah membazirkan masa aku selama 3 tahun dengan keadaan macam tu sehinggakan belajar pun entah kemana. Hasilnya aku grad pun dengan cgpa yang ngam-ngam je. Ramai je yang marah aku dan tegur aku. Sehingga sekarang aku memang menyesal gila sebab dah bazirkan 3 tahun macam tu je. Kesimpulannya, jangan bercinta ketika belajar, banyak buruk dari baiknya.
Itu semua sejarah lama, hidup mesti diteruskan. Setiap kejadian ada hikmahnya. Hari ni hari terkhir minggu ni untuk berkerja, esok lain cerita. Nak rehat sepenuhnya. Kalo blogger ada aktivit, jangan lupa heboh-heboh kan, manalah tau boleh join kali ni.
Itu semua sejarah lama, hidup mesti diteruskan. Setiap kejadian ada hikmahnya. Hari ni hari terkhir minggu ni untuk berkerja, esok lain cerita. Nak rehat sepenuhnya. Kalo blogger ada aktivit, jangan lupa heboh-heboh kan, manalah tau boleh join kali ni.
1 comment:
tol tu bro. mmg semakin cepat ms berlalu kan. tak lame lg dh half year..huhu
Post a Comment