Ingat tak korang semua, entri aku sebelum ini bertajuk terjawab sudah. Sekarang ni aku buat entri terkantoi sudah. Dah macam runner dah aku, berlari kesana sini, tapi aku puas hati sebab apa yang buat tu dihargai. Bukan aku je yang suka bila dihargai, semua orang pun suka dihargai. Tambah tambah lagi bila kita dah berusaha keras yang amat sekeras batu kerikil. Hah kan aku dah merepek.
Sebut pasal dihargai ni, aku petik sikit lah. Tak salah kot kalau nak bagi penghargaan pada sesiapa pun. Caranya terpulang pada diri sendiri dan jangan pulak nak kondem orang if orang tu buat penghargaan pada sesiapa. Pasal isu follow memollow plak, dah ramai kot buat isu ni, tak payahlah aku nak ulas lagi. Rasanya dulu pun aku ada buat entri mengenai ni. Bagi aku senang, ikutlah pada sesiapa, setiap orang ada pendirian dan cara sendiri.Tak perlu lagi rasanya nak menuding jari yang kununnya orang tu macam nilah, orang tu macam tulah. Biarlah orang dengan cara orang, kita dengan cara kita. Yang penting kita janganlah berhenti berblog dan kalau boleh saling support each other supaya kita akan sama-sama naik as blogger and friend. Alamak terlebih sudah.
Gambar : hiasan semata. Tolong jangan gosipkan aku dengan pasu bunga lak ye. Ni depan rumah aku
Kembali pada tajuk, cerita pasal kantoi ni. Pagi tadi masa di ofis, aku ada masuk bilik bos aku. Eh macam sama je dengan cerita sebelum ni. Tak sama cuma secara kebetulan jalan cerita sama. Korang ingat aku jumpa bos sekali je ke sehari, banyak kali ok. Ooooppss, marah pulak., sori2 Ok kembali lagi sekali pada tajuk. Tengah sedap sedap bincang pasal kerja, bos tanya aku psal blog aku ni. Mula-mula aku peliklah, macam na dia boleh tau. Memang suspen jugaklah, tapi nasib dia ok je, siap bagi galakkan lagi. Terima kasih bos. Aku sebenarnya sangat berharap blog aku akan menjadi bacaan untuk setiap orang termasuk bos aku. Dan aku jugak akan terus berusaha sehingga mencapai tahap tu. Bukan duit atau kefemesan yang aku cari, tapi kepuasan berblog tu yang aku cari. Oklah sekian dulu ye.
7 comments:
wah!kena wat elok2 la lepas ni.bos pon baca blog.huhu
kantoi bos baca blog ke?
hahaha..kena tulis lek lok tu..hahaha..mujur dapat bos spoting..hehee..cayalah bos..
~Rozuan Ismail
itulah, xpa boleh diperbaiki dari masa ke semasa
~balgis
bos dpt tau, sebab bos nak soh wat kerja yang lebih kurang mcm buat blog...
~bunga
itulah, setakat ni dah 3 bos, suma spoting2..
nanti sy akan forwardkan fb anda pada tn. hj.
Post a Comment