Alhamdulillah akhirnya ada juga masa untuk aku update blog picisan ini. Bukan sengaja tapi kerja yang aku lakukkan sekarang yang menghalang aku untuk update blog. Tengok alasan lagi yang aku bagi, biasalah tu kalau blog tak update, mulalah macam-macam alasan yang diberi. Biar apa pun alasanya, aku tetap aku.
Sekarang aku di tugaskan jauh dari kebiasaan aku. Walaupun agak jauh aku tetap gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang. Kerja yang aku buat sekarang memang amat aku ingin sejak aku belajar lagi. Aku sekarang berada di landasan yang betul, di bidang yang aku pilih dahulunya. Iaitu kejuruteraan. Walaupun jawatan yang aku pegang bukan lagi jawatan yang aku idamkan, tapi aku bersyukur sebab aku tetap mendapat pendedahan yang sama. Kenapa aku berkata begitu??
Semua sedia maklum, masa belajar di IPT, kita banyak diberi pendedahan didalam kelas, hanya tulisan dan gambar sebagainya, kalau ada pendedahan luar pun, itu pun tidak berada di situasi sebenar. Aku sekarnag berbeza, aku sendiri dapat melihat sendiri yang mana dulunya aku hanya dapat bayangkan dan dengar dari pengalaman orang lain. Memang kepuasan yang aku dapat tidak dapat aku gambarkan bagaimana.
Hari ini aku berdiri bangga sehingga menitiskan air mata. Bukan hanya kerana kepuasan yang aku dapat kerana tugasku, tapi kerana beberapa impian yang aku impikan telah berjaya aku tunaikan. Walaupun tidak semewah orang lain, tapi aku tetap bersyukur dengan usaha sendiri. Alhamdulillah sekali lagi kepada yang Maha Esa dan yang sentiasa memberi sokongan.
InsyaAllah, untuk masa akan datang, aku akan teruskan menulis diari kehidupan aku disini, bukan untuk berbangga tetapi untuk berkongsi. Mana tahu, anak cucu aku juga mampu membacanya suatu hari nanti. Hahah angan-angan di petang hari.Oklah samapi disini sahaja tulisan aku, insyaAllah akan aku sambung lagi.
No comments:
Post a Comment