Pagi ahad ni aku memang semangat gila bangun awal. Settkekan semua kerja-kerja rumah. Sidai baju bagai, masak air dan buat brekfast untuk adik-adik aku, semua tu aku settlekan pagi tadi. Biasalah bila parent tak ada ni, aku la kena amek tanggungjawab ini buat semua tu, kata anak sulung kan. Lagipun bila aku dah settlekan semua kerja-kerja, boleh aku berjalan-jalan kat alam maya pulak. Pagi ni hujan turun dengan jayanya, harap-harap cuaca yang sangat panas sejak akhir-akhir ni menjadi sejuk sikit. Semalam saje aku tak ingat dah berapa kali aku mandi.
Wah intro panjang gila, ingatkan tadi nak je aku tukarkan tajuk tu. keke. Berkenaan dengan tajuk, maaf tu susah ke? aku rasa tak susahlah. Senang je kot, "saya minta maaf", itu sudah cukup, tak pun gunakan bahasa inggeris "im sorry". Tak payah nak ulas or sebut-sebut perkara yang sudah lepas, hanya ungkapkan 3 perkataan tu sahaja. Sebesar mana pun masalah or kesalahan yang kita telah lakukkan, ianya akan terhapus jika kita dengan ikhlas mengungkapkan 3 perkataan itu. Ada juga antara kita yang memohon maaf hanya di mulut tapi keihklasan hati itu tak ada. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan. Itu terpulang pada individu itu sendiru tapi percayalah walaupun kita berlakon memohon maaf, hasilnya akan lebih baik dari tidak berkata pape.
sumber: cari kat google image
Aku sendiri ada pengalaman bertekak mulut disebabkan bagi aku perkara kecik. Ada suatu ketika dulu, aku ada buat entri yang aku bergaduh dan tak berpuas hati dengan seorang otai ni. Tapi akhirnya perkara ni setel dengan jayanya setelah aku memohon maaf. Mungkin atas dasar hormat dan frenship.Contoh lain, kalau korang bergaduh dengan awek/bf korang, paling senang korang mintak maaf dulu, lepas tu terpulanglah, insyaAllah masing-masing akan lembut hati. Mungkin kadangkala kita berasa kita ni dipihak yang benar, dan mungkin juga kita sebenarnya betul, tapi tak salah untuk kita memohon maaf dulu. Ataupun kita ni punca untuk perbalahan itu atau mungkin apa yang kita buat tidak disukai dan seterusnya menjadi isu hangat, apa salahnya untuk kita memohon maaf. Dari kita sibuk dok defend diri kita dan menuduh sana sini, baik kita memohon maaf, selesai semua perkara. Kadang-kadang memang perlu mendefend diri, tapi apa salahnya pada awalnya memohon maaf, sekurang-kurangnya ianya akan meredakan keadaan.
ps: entri aku tak ada kena mengena dengan sesiapa, tapi kalau terasa, selamat berfikir. Aku sekadar berkongsi pendapat. maaf ye kalau ada tersalah kata.
4 comments:
setuju.maaf itu cara penyelsaian. kita mengalah dulu.baru everything is settled,jgn nk tggu org mintak maaf.
Ok la kalau macam tu.. tak salah utk kita rendahkan ego.
tapi apa kena mengena entri ni dgn entri saya,
Siapa yang buat link?
Saya dah tak suka dia. Lantak dia la. Itu bukan kawan namanya tapi dia gunting dlm selimut, api dalam sekam.
~Rozuan Ismail
terima kash kerana bersetuju...keke
~Sha
buat link?? xpaham la, tolong jelaskan jap..
Post a Comment