Sejak akhir-akhir ini pencapaian yang di tunjukkan oleh pemain bola sepak negara kita agak memberansangkan. Hampir semua media memperkatakan tentang pasukan kita. Tahniah diucapkan kepada pasukan kita. Kalau hendak diikutkan perlawanan dengan Indonesia tempoh hari sangat menarik dan setiap pasukan berbalas-balas serangan. Namun kejadian tiba-tiba bertukar menjadi agak kontroversi disebabkan pancaran laser. Keadaan berlarutan sehingga kini dan hampir semua media melaporkan kontroversi ini. Ada diantaranya saling membenci dan mengutuk. Persoalannya adakah hanya pancaran cahaya laser yang sekejap dan lemah itu mampu mengganggu kosentrasi pemain??? Ataupun hanya lakonan semata-mata untuk menggangu emosi dan rentak permainan?? Ataupun mungkin kerana gawang anda sudah di bolosi?? Semua persoalan itu sekarang termain-main difikiran aku. Mana perginya semngat kesukanan. Ataupun mereka-mereka yang berkontroversikan isu ini tidak pernah bersukan dan tidak tahu langsung semangat kesukanan???
Secara jujurnya, dari dalam sudut hati aku bercakap, dan bukan memilih kasih sebab aku penyokong pasukan Malaysia, pada mulanya aku sendiri marah dan tertekan dengan kekalahan Malaysia pada peringkat kumpulan. Kalau diikutkan hati, memang hendak sahaja aku memaki hamun apabila keputusan pengadil tidak memihak kepada pasukan kita, tapi bila difikirkan secara matang, untuk apa aku berbuat demikian. Ini hanyala sukan, sukan sebenarnya dimainkan untuk mengeratkan hubungan bukan untuk bergaduh dan sebagainya. Pada mulanya aku sendiri malas untuk ambil tahu mengenai isu remeh ini, namun apabila dibaca komen -komen dan tuduhan dari penyokong pihak lawan , hati aku mula berasa kecewa. Tapi tidaklah sampai ingin mengutuk atau sebagainya. Cuma aku hendak jelaskan disini, jikalaulah ada diantara seorang daripada penyokong yang menyalah gunakan laser tu, tapi kenapa seluruh rakyat Malaysia yang dipersalahkan?? cuba anda ataupun lebih tepat lagi, orang yang mengutuk Malaysia itu fikirkan?? Tidak ingatkah semua dan segala bakti yang telah dilimpahkan kepada anda. Bukan mengungkit tapi sekadar mengingatkan sahaja. Aku dan orang lain tidak mengharapkan apa-apa balasan, cukuplah sekadar bersyukur kepadaNya. Sukan tetap sukan, jangan cemari sukan dengan macam-macam aktiviti tidak bermoral dan buang masa. Dan jangan sebabkan benda remeh, kita sesama manusia berbalah dan saling membenci. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya. Bola itukan bulat, apa-apa boleh terjadi, kena ada usaha baru menjadi.
Petikan dari perbualan Dj radio Hot.fm pagi td, AC Milan dulu dh lead 3-0 pun boleh dikalahkan( walaupun aku penyokong AC Milan) tapi itukan AC Milan, kita MALAYSIA, tidak mudah mengalah walau apa terjadi. Bila harimau mengaum, pastikan korang semua tidak datang dekat, maksudnya harimau itu lapar...haha
No comments:
Post a Comment