Geng-Geng

Thursday, February 10, 2011

perasaan itu pelik

Wah kemain jiwang lagikan tajuk. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab bab cinta or perasaan ni. Namun aku usahakan juga tapi ini dari perspektif dan pandangan peribadi aku. kalau ada yang tersilap atau tertingal, korang tambah lah ye. Sebenarnya banyak keadaan yang melibatkan perasaan pelik ni, antaranya apa yang aku nak kongsikan dalam entri kali ini.
 sumber : carian dalam google

Kenapa aku tak suka orang yang suke aku dan kenapa orang yang aku suka adalah hak orang lain. Pernah dengar tak or alami perkara macam ni. Kalau ikutkan pening pale dibuatnya. Sejujurnya, memang ada la satu dua kes pernah di alami aku lama dulu. Kesa zaman muda-muda dulu, sekarang dah ok. Sampai sekarang pun aku masih tak ada jawapan. Tapi bak kata orang, cinta tu buta, mungkin sebab ini kot terjadi perkara ini. Kalau celik mesti dah tau dah kan.keke

Sebenarnya sebabnya hanya kita je yang tau. Mungkin kita hanya menerima orang yang menyukai kita itu sebagai kawan atas sebab selesa, sekepala dan sebagainya. Selalunya bila macam ni, kita dan orang yang menyukai kita tu bermula sebagai kawan dan seterusnya kawan baik. So kalau jadi couple, susah pulak. Atau mungkin kita tak sedar apa kebaikan dan keistimewaaan orang tu. Ada juga yang aku dengar, kalu memilih orang yang betul-betul menyukai kita, insyaAllah akan bahagia sebab perasaan boleh bercambah dan bertukar.

Kenapa orang yang kita suka selalunya hak orang lain. Hmm yang ni susah, maybe sebab orang tu terlalu istimewa, baik dan sebagainya, mestilah dia menjadi rebutan n offcoz sape yang cepat dan kenal dia dulu dah masuk line. So masa je menentukan segalanya. Tapi biasalah, sesuatu yang hebat-hebat mestilah semua pun nak memilikinya. Tengok macam penyerang pasukan bola sepak negara, Safee Sali, kemain berebut orang nak kan khidmat dia, eh contoh lari dari tajuk plak.. Tapi kalau teror, rampas je lah dia. Keke selagi belum kahwin, tak salah memilih yang terbaik dalam terbaik. Betul tak??

Kesimpulannya, semua perkara sebenarnya telah ditetapkan olehNYA. Kalau ada jodoh tidak kemana, tp perlu ada usaha juga. Kembali padaNYA dan minta petunjuk, InsyaAllah akan dipermudahkan.

ps: maaf jika ada isu kemerepekan, entri dibuat waktu lunch

12 comments:

Rozuan Ismail said...

perasaan tu kan anugerah Allah..kalau tak de perasaan jadi macam mana plak nanti kan..huhu

padlie said...

Perasaan manusia ni unik. sebab tu kita tak boleh cipta robot yang ada perasaan. Sebab robot bekerja mengikut rules yang manusia tetapkan. Contohnya Asimov law, semua robot kena ikut. Tetapi manusia dikurniakan perasaan yang pelik. Tak ikut rules. Tak peduli hak orang ke tak. Tak kira masa dia nak datang.

Jadi amat penting bagi kita untuk mengawal perasaan dan nafsu. Sekian bebelan waktu lunch saya :D

Along Usop said...

heheh.. penah gak dulu2.. wiwit.. =p

bobiedanbad said...

pernah mengalami suatu ketika dulu...tp setelah bertahun2 berakhir juga dengan happy ending :)

Redbloodsnow said...

been in this situation before. tp pd masa zie suka kan dia. zie lom tahu dia hal org. but when zie dpt tahu dia tunang org n he lie to me...bye² lah jawapnya..hehe

Dim Benihana said...

@Rozuan Ismail - anugerah yang memang tak ada silih ganti

Dim Benihana said...

@padlie- betul dan sokong, sangat penting untuk mengawal nafsu dan perasaan

Dim Benihana said...

@Along Usop - ada juga ke, story la skit bro..

Dim Benihana said...

@bobbiedanbad-alhamdullilah sebab berakhir dengan happy ending

Dim Benihana said...

@redbloodsnow - bukan salah zie, tp kenapa mesti ada orang yg macam tu, pelik kan..

Along Usop said...

heheh.. yg lepas tu lepas la..
skarang dah ade "kaklong"nye.. hohoh. tunggu nak tuka status jadi sah je nih.. weheheh..

*blushing2..=p

Dim Benihana said...

@along usop- alhamdulillah....bila tu nk tukar status...

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z