Geng-Geng

Monday, February 7, 2011

Soal kenang budi

Kenang budi. Entah kenapa aku cukup berminat dengan topik ni sekarang. Selalu termain-main dalam fikiran. Kalau waktu tido, asyik terpikirkannya sebelum tido. Namun setelah difikir-fikirkan, baik aku updatekan dalam blog ni dari aku simpan je dalam pale otak aku ni. Sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi pendapat dan idea, moga dapat idea dan ulasan dari yang lain. Kalau ada la.

Sebut mengenai kenang budi, ramai je sebenarnya dikalangan kita yang memang mengenang budi, mungkin ada hanya segelintir yang aku sendiri tak tahu sebabnya masih keras kepala otaknya. Eh tapi aku bukan ckp mengenai iklan Ptptn ye, itu kes lain. Lupakan yang itu, kita fokuskan kepada kehidupan kita yang memang tidak lari dari memakan budi. Betul ke ni?? adehh risau la kalau tersalah cakap. Aku cakap ni berdasarkan kepada pendapat peribadi yang datang dari keihklasan hati untuk berkongsi dan idea yang mencurah datang dari pemikiran naif diriku ini. Wah kemain lagi aku bercakapkan.
sumber : google
Kembali kepada tujuan asal, apa tujuan sebenar bila kita menolong orang?? mestilah sebab untuk tulong orang tu kan. Apa da aku merepek ni. AKu sendiri pun sebenarnya tak tahu macam na terjemahkan idea aku kepada penulisan ni, so harap maklum jika ada unsur kemerepekan sikit ye. Aku percaya majoriti diantara kita jika menghulurkan bantuan pasti dengan niat yang ikhlas, kalau ada yang sebaliknya pun, sikit jelah.

Persoalannya, kenapa perkataan tidak mengenang budi itu masih lagi kedengaran???

Kadang-kadang atau biasanya, perkataan ini dikeluarkan oleh beliau yang sudahpun menghulurkan bantuan. Memang ada kes dimana orang yang ditolongnya, tidak menghiraukan, mempedulikan, dan sebagainya kepada orang yang memberi bantuan kepadanya dulu. Paham tak?? Atau dalam bahasa senang, masa susah dulu, ramai je yang membantu tp bila dah senang, lupa habis semua orang yang membantu waktu susah dulu.

Tapi perlu ke orang yang memberi bantuan mengeluarkan perkataan dia tidak mengenang budi?? kalau nk di ikutkan, memanglah dia tidak mengenang budi, tapi bukan ke dahulu kala memberi bantuan dengan ikhlas?? Tak patut sebenarnya kedengaran perkataan tidak mengenang budi, walaupun sayup2. Bila kita ikhlas memberi pertolongan, kita tidak sepatutnya mengungkit, menghebohkan atau sebagainya. Betul tak?? yang dah lepas biarlah ianya berlalu, kita sepatutnya tidak mengharapkan apa- apa balasan jika menghulurkan bantuan atau menabur budi.

Perlu ke wujud perkataan tidak mengenang budi??

8 comments:

A.s.t.i.n.a said...

biasanya bila kita menolong, kita tak terfikir pun pasal budi.. sampai satu ketika org yang ditolong itu menyakiti hati, di situlah kita teringat akan budi kita.. fitrah...

Dim Benihana said...

astina: memang betul ckp astina tu, tp 2 la, lumrah..

Imran nyambek said...

gua setuju dengan astina.bile time kita sakitkan hati orang tu...macam2lah nanti die mengungkit.

BRO_MONDAY said...

salam bro dim ('',)

ai tertarek ngan entry yu bab ni bro~ ai ada 1 kisah, kisah terjadi masa ai sendirian di lobi dewan bedah H.Putrajaya...masa tu waif ai nak bersalin...jam 9pm - 4 am ai bertapa di lobi tu..kejap² sap kok...kejap² sap kok walopun dalam kawasan larangan merokok! ai x peduli,,,ai ngah neves nak sambut anak 1st!!! femili ai jauh...metua ai jauh...x dapat teman kan ai sendirian di hospital! bayangkan lah betapa takut nye ai, betapa sepi nye ai soram² menanti waif ai sedam menyabum nyawa dalam dewan bedah! lantas secara tetiba ai dapat kol dari soram RAKAN...ai cakap ai kat spital...ai cakap waif ai dah nak bersalin! x lama kendian beliau sampai lenggang kangkung sambil bawak roti manis sepeket besar + air mineral sejuk petronas punye sebotol...kitoram lepak berburak depan lobi dari jam 1am-4am sehingga waif ai selesai dan selamat semuanye...ai ingat sampai skam kenangan tu...ai terasa ai sangat TERHUTANG BUDI dengan kebaikan yam beliau lakukan kepada ai...itu cerita hampir 2 tahun lalu!!!
hujum bulan lepas, beliau invite rakan² semua untuk tolom beliau cuci rumah baru...baru pindah di Bangi...teres 2 1/2 tingkat!!! katanye JOM MAIN SABUN DI PARTI BUIH!!! koh koh koh masa nye adalah dari jam 8pm-setel pada jam 11pm...yam datam dalam ramai² kawan adalah 2 oram saje...mana ntah yam lelain!! balik kampum atau ada urusan lain lah tu agaknye...ai dan soram lagi kawan...kami berhempas pulas cuci main sabun dari atas sampai bawah...sambil gelak²!!! waif nye masa tu sedam pregnen anak ke-2 ('',) waif nye masak dan buat nasik kerabu dan air sarsi ice sebagai hidangan dan jamu oram yam tolom!!! sangat pemurah...tu pasal doram se femili bahagia dan hidup senam dengan meniaga...
maksud di sini ai cuba sampai kan adalah "sekali kita buat baik ngan oram, oram akan kenang sampai bebila"...so skam ai kenang apa yam beliau dah buat kat ai...beliau teman kan ai di kala ai memerlukan!!! rasa nak menitis air mata ai waktu taip komen ni...hmmm~ maaf lah komen ai sangat panjam...meluahkan isi hati berhubung dengan bab "KENANG BUDI"...

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "# Y.E.S dapat PC baru !!! #"

Dim Benihana said...

imran : lumrah manusia, bila tgh marah, mula nk ngungkit dan sebagainya...

bro_monday :pjgnya komen, tp bagus2, tp perlu diigt berbudi biar betul2 ikhlas, jgn di ungkit tak kira keadaan

A.s.t.i.n.a said...

Disebabkan keterharuan saya, saya sambung balik sini.

Tapi bukan pasal budi.. pasal Bro Senin... Wah Bro, boleh buat satu entry yam bernas...

BRO_MONDAY said...

miss ASTINA : adehhh~ apesal disebabkan ai???koh koh koh
apa yam pentim dalam soal ni, keikhlasan diperlukan bagi setiap apa yam kite lakukan...selebihnye...wallahualam~ kita hanya insan biasa, ada cacat celanya dan ketidaksempuranaan...namun kita masih berpeluang lakukan apa saja sesempurna dan sebaik yam mungkin...('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "1st GA from Dmanja Penawar"
2. New Entry "# Y.E.S dapat PC baru !!! #"

jenny said...

jana 12,000 sebulan secara sampingan

http://bit.ly/ih2BeP

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z