Geng-Geng

Monday, January 30, 2012

AJL 26 I Tema Air

Hari ini mesti ramai yang buat entri bertajukkan AJL 26 kan?? Samalah aku tak nak ketinggalan juga. Eh jangan fikir bukan-bukan, aku update mengenai AJL 26 ni sebab aku kagum dengan efek dan kesan khas kat pentas AJL semalam. Hebat betul Stage Enginner dia. Walaupun aku tengok kat rumah aku dapat rasakan kehangatan pentas AJL tu, gempak betul efek-efek yang di tunjukkan tu.
 sumber : live.tv3
Semalam dah la demam dan sakit perut, aku usahakan jugak untuk tengok walaupun kekadang terpejam jugak mata aku. Yelakan efek ubat yang sangat dasyat tu. Seingat aku, persembahan terakhir yang aku betul-betul tengok is persembahan dari Najwa Latif, yang lain suma kejap-kejap terpejam mata. Keputusannya pun aku dengar sambil mata tertutup. Secara keseluruhan, AJL kali ini memang gempak dan keputusan yang telah dibuat juga hebat-hebat belaka.

Dalam banyak-banyak pujian dan keasyikan orang yang menonton tu, biasalah ada juga yang tak suka dan tak berpuas hati dalam sesetengah perkara. Bagi aku senang je, apa yang telah dilakukan semalam telah dilakukan dengan segala usaha dan penat lelah, why not kita cuba hargai. Ketepikan masalah peribadi atau sebagainya. Mungkin anda tak suka cara penyanyi itu menyanyi ataupun persembahannya, tapi tak perlulah mengutuk atau mengata if dia menang atau apa yang telah dia lakukan. Cuba kita fikirkan kenapa dia sebagai penyanyi boleh berada di pentas muzik paling berprestij di negara kita, pasti ada sebabnya. Mungkin bg kita tak sedap tapi bagi orang lain, dia best, begitu juga sebaliknya.

Aku setuju bila ada yang mengatakan kita ni ada hak untuk mengkritik. Perlu ingat, kita dianugerahkan akal untuk berfikir. Fikir dulu sebelum meluahkan kritikal sebab jika salah mungkin akan menyinggung perasaan orang. Untuk memberi kritikal, ada caranya bukan dengan hanya menyembur. Cuba sekali lagi kita letakkan diri kita di tempat orang yang kena kritik, pasti kita akan faham setuasinya.

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com