Piala Sumbangsih 2012 merupakan perlawanan pertama saingan bola sepak negara kita yang melibatkan 2 team hebat musim lepas iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan. Game bermula jam 8.45pm dan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penonton boleh di kira ramai walaupun masih lagi byk tempat kosong.
Alamak dah macam paper lak aku update blog. Kembali balik pada keadaan asal. Masa aku update ni, game separuh masa kedua baru bermula. Secara keseluruhan, game memang terbaik. Saling serang menyerang. Pemain import memang menyerikan lagi liga bola sepak kita. Pemain kita, aku tengok dari game malam ni, ramai yang dah improve dari pelbagai aspek. Mungkin sedikit masa lagi, liga kita akan menjadi sehebat liga liga dari negara jiran atau mungkin dari eropah.
Aku tetap dengan pendirian aku, mutu bola sepak kita telah meningkat. Aku tetap akan terus menyokong bola sepak kita. Biarpun masih ada di luar sana yang memperlekehkan pemain dan bola sepak kita, aku tetap takkan berganjak. Tambah tambah pulak kepada pasukan feveret aku iaitu Selangor.
1 comment:
yeyeyeye...musuh merana lg...
Post a Comment