Hari ini aku kat ofis macam biasa je. Tak ada apa yang menarik, kerja pun tak banyak. Aku just buat benda-benda yang berkaitan dan tertangguh je. Ada la juga aku menyibukkan diri dengan orang lain, kacau-kacau orang dalam ofis ni. Aku bukan apa, tak berapa berkenan dengan suasana ofis yang senyap sunyi then semua pun buat hal sendiri. Dalam sehari tu, ada la aku akan berjalan dari depan ofis sampai ke pintu belakang. kalau boleh memang semua pun akan aku tegur bila aku jalan tu. Antara yang selalu aku ungkapkan "muka ketat je, senyum lah sikit". Ayat yang tu aku selalu bagi pada sape-sape yang bila dok depan pc tu, berkerut-kerut dahi. Macam nak masuk dalam pc tu je. Lepas dengar tu, nampaklah sedikit senyuman pada muka diorang. Tak baik kerja tension-tension, banyak buruk dari baiknya. Boleh kata, setiap hari pun akan aku ucapkan perkataan tu. Kecoh sikitlah tapi tak pa, demi kebaikan semua. Bukan takat aku berjalan je, sesiapa yang lalu depan tempat aku, mesti akan aku tegur, demi mengeratkan hubungan sesama ofismate.
Hari ini aku makan sedap. Ikan bakar keramat, fuhh meleleh. Aku suka makan kat sana bukan apa, potion banyak tapi harga dia murah, dan yang paling penting, rasanya boleh tahan juga. Lepas kena ikan bakar, kami kena cendol pulak kat tasik titiwangsa. Memang penuh gila perut hari ini. 2 yang bila petang2 ni dah mula malas nak buat kerja, dok terbayangkan katil je. tambah-tambah pulak sekarang ni, nak hujan, suasana sejuk je.
Petang ni harap hujan yang bakal turun kejap lagi tak ler lebat sangat. Takut kang jalan jem teruk. Kepada yang kat luar or on the way balik, sila hati-hati. Ok la nak main game CS jap, jom menembak.
2 comments:
kt upm pon ujan lebat..nk tdo...hehehe
meronda kt sini bca entri :)
Post a Comment