Geng-Geng

Thursday, April 7, 2011

Inspirasi baru

Pagi ni, aku datang kerja macam biasa. Semalam aku tido lambat gara-gara nak tengok bola, pagi ini aku dah rasa mamai yang amat n selalu dok terbayangkan tilam kt rumah. Pagi ni aku terpaksa juga berkeras dan berkeras menyiapkan kerja-kerja tertangguh, yela dah 2 3 hari xkosentret buat kerja, dok sibuk dengan preparation untuk amek exam, blog pun update cincai2 je.

Kenapa aku buat tajuk entry inspirasi baru. Aku xsedar n xingat bila dan dimana aku dengar, tapi perkataan n nasihat ini selalu bermain-main dalam fikiran aku sekarang ni. Setelah difikir-fikirkan, ada betulnya juga, so dari situ, aku amek peluang untuk terus memperbaiki diri demi masa depan yang lebih cerah. Wah ayat xboleh blah.

Sejak aku masuk gomen ni, aku banyak mengharapkan aku dapat naik pangkat dan sebagainya. Bukan apa, sekarang aku bekerja tanpa menggunakan kelayakan yang aku ada. Ikut darah muda memang aku rasa macam membazir dan adalah terfikir untuk berenti dan kerja kt luar yang mungkin lebih menghargai aku. Dulu aku bekerja dengan gaji yang boleh tahan tapi sejak masuk gomen, boleh kata separuh dari dulu kurang, mula-mula memang agak teruk dan banyak merungut. Lama-lama jadi terbiasa pulak, kena ikut rentak sendiri.

Balik pada kata-kata tadi, ianya berbunyi macam ni, kenapa kita tidak dapat sesetengah jawatan atau kedudukan yang diimpikan? katanya mudah, mungkin kita belum layak duduk disitu walaupun sebenarnya kita ada kelayakan. Pening tak?? boleh la kot faham apa yang aku nak sampaikan. Cuba fikir balik, mungkin dengan jawatan aku sekarang ni, aku boleh belajar banyak benda, then bila tiba masanya, mungkin rezeki akan ada, n aku sudah benar2 berkelayakan untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, impian aku akan tercapai.

Tak pa, meh aku simpulkan, dengan apa yang kita ada sekarang ni, cuba buat sehabis baik, ada hikmah disebalik semuanya. Bayangkan jika kita terus berada di atas tanpa sebarang pengalaman, mungkin ada yang berjaya, tapi jika berlaku sebaliknya, macam na?? diri sendiri yang susah. Mungkin juga akan mendatangkan riak dsbgnya. So mulai sekarang, aku akan terus berusaha dan berdoa, aku akan terus maju kedepan. Berada dibawah tidak semestinya xbagus, dengan adanya bawah baru yang diatas boleh berdiri megah. Dan tanpa yang diatas, yang dibawah xkan boleh maju sbgnya.

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com