Adehh lama rasanya tak bukak blog, macam biasalah sibuk. Macam-macam nak kena buat dalam seminggu ni, sampai pening pale di buatnya. Dalam pale otak ni, memang dok teringat nak bukak blog tapi dok tangguh-tangguh, last-last langsung tak bukak. Kalo bukak pun just approve komen je. Ish banyak betul alasannya kan.
Pagi ni dengan mood baru, aku masuk kerja awal. Siap bukak abis satu pejabat. Fist skali terus baca paper. Yela walau sesibukmana pun, isu semasa jangan lak dipedulikan. Macam kata pepatah, jangan jadi macam katak bawah tempurung. Pagi ni aku sambar paper utusan je. Banyak tajuk-tajuk yang aku baca, antaranya pelaku seks dikenal pasti. Opps bukan aku nak ulas isu tu, aku just cakap aku baca je di paper. Banyak lagi sebenarnya yang aku baca antaranya Torres rugikan chelsea Rm370 juta setakat ni. Rasanya mungkin incik torres belum sesuai dengan corak chelsea or blum serasi dgn geng2 chelsea, yela dulu kan musuh.
Aku terfikir, hebatkan orang yang buat berita di surat khabar tu. Tajuk dia dah membuatkan orang nak baca. Aku teringin nak jadi macam diorang tu, banyak yang kena belajar tu. Bayangkan, blog aku ada gaya macam penulisan diorang tu, mesti meletup-letup. Tak pa xda yang mustahil, kena berusaha je, tengok blog yang hebat tu, ingat diorang bermula dah terus meletup ke, semua stat dari bawah.
Bagi aku tak salah aku berangan-angan. yela setengah orang ckp xpayah nak berangan, buang masa. Sebab semua kejayaan asalnya dari angan-angan, ada ke orang yang tetiba je berjaya tanpa angan-angan, pelik la tu. Pape pun, selamat hari jumaat pada semua..
ps: lari ke tajuk tu?? keke
ps: lari ke tajuk tu?? keke
2 comments:
ape arr along.. tajuk xde kaitan pon ngn entri..
hahaha
hihihi...layannZZ...^^'
Post a Comment