Selamat pagi pada semua, lama rasanya tidak bergiat aktif dalam ni. Bukan nak bagi alasan tapi itu hakikat. Kesibukan yang amat dasyat menyelubungi jadual aku, keke ayat macam apa je. Sebelum memulakan entri, aku nak bagi sikit semangat pada pasukan bolas sepak kita yang akan bermain dalam pusingan ke-2 2nd leg menentang Singapore di Bukit Jalil Khamis ni. Aku rasa korang boleh dan kalau boleh kasi tunjuk sikit taring kita yang di simpan tempoh hari. Jangan putus semangat sebab Malaysia is always Boleh!!!
Kembali pada tajuk, setiap hari isnin mesti rasa malas gila untuk buat pape, yang bestnya teruskan tidur tanpa buat apa-apa. Di pejabat aku ni, aku tengok keadaan amat lengang. Mungkin lambat atau masih lagi ada yang bercuti. Almaklumlah puasa dah dekat, macam-macam persiapan sudah di buat. Macam keluarga aku, tahun ini kami sudah pun buat persiapan awal. Tak mahu nanti jadi kelam kabut.
Tadi waktu bersarapan pagi, aku tengok semua datang dengan muka ketat termasuk aku. Mungkin sebab paksa untuk datang awal bekerja. Macam aku, pagi ini langsung tak dengar bunyi alarm, memang ke laut terus. Bangun pun dengan kelam kabut bagai. Hasilnya aku datang kerja dengan keadaan pening pale dan mata agak berat pagi pagi ini. Tapi aku cuba melawan sebab selalunya hari isnin ni memang kerja akan datang dengan sendirinya. Itu belum kerja-kerja yang tak boleh nak di settlekan minggu lepas. Oklah itu sahaja entri untuk pagi ini, ngantuklah. Nak sambung buat kerja untuk elak mengantuk.
2 comments:
sama la!! mls jer nak wat keje! asyik layan blog jer nie..mata pun dah kuyu nie..menguap jer dari td waaaaaaaa :(
meh singgah: Selipartoilet!
sama arr dim. aku semlm pun mls gak nk buat kerja. tp terpaksa gak rajinkan diri. sbb paperworks berdateline...adehhh :D
Post a Comment