Alhamdullillah aku masih mampu untuk mengupdate blog walaupun keadaan aku sekarang berada dalam keadaan yang amat sibuk. Memang sejak akhir-akhir ini aku semakin kurang untuk mengadap blog, kalau berblogwalking pun, cuma 2 3 blog sahaja. Itupun blog dengan entri yang menarik minat aku. Jangan risau sebab aku akan berusaha untuk merajinkan diri aku ini kembali. Doakan aku ye kawan-kawan semua, tanpa korang siapalah aku.
sumber: carian google
Bercerita mengenai tajuk, sekarang ini aku kembali terasa dengan perasaan yang sudah lama aku tak rasa. Amboi kemain pelik lagikan ayat, harap sape yang baca faham apa yang aku cuba maksudkan. Boleh dikatakan dulu masa muda-muda je aku dapat rasa perasaan yang macam ni. Siang malam aku terfikir. Bak kata orang,mandi tak basah, tido tak lena. tapi makan aku selalunya kenyang. Rugilah kalau makan tak kenyang. Baik tak payah makan. Setiap detik dan saat aku memikirkannya. Memang berdebar jantung dibuatnya. Setiap renungan aku tenung memang membawa seribu makna dan pertanyaan.Aku menjadi tidak keruan, semakin runsing menguruskan jadual. Maaf jika aku menduakan sesiapa. Tidak ada niat sebenarnya tapi di sebabkan aku tidak dapat mengawal hati dan perasaan, ianya terjadi jua. maafkan aku sekali lagi.
sumber: carian google
Eh korang mesti ada terfikir bukan bukan ni?? adehh korang ni aku cuma nak meluahkan perasaan aku saje. Sebenarnya meh aku ceritakan perkara sebenarnya. Aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengan semngat aku sendiri. Semangat aku untuk terus menyokong pasukan bola sepak kita untuk kempen kelayakan Piala Dunia ni. Walaupun kita tewas dengan jumlah bolos yang agak tinggi, semangat aku akan terus menyokong pasukan itu. Biasalah sebagai manusia ada juga aku marah, tapi itu untuk kebaikan. Haha poyo je. Memang sejak akhir-akhir ni pasukan kita menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. Tak apa yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia, jangan putus untuk menyokong pasukan kita. Jom kita serbu stadium nasional kita, kasi pecah dengan ngauuman harimau.
ps: maaf entri agak mengarut, special aku buat untuk Pasukan Harimau Malaya...Ngaaauuummm!!!
3 comments:
erkkkkkk... apeke..
Sudah laa.. ko... kejap itu.. kejap ini....
Sokong tetap sokong!!!!!
Malaysia Boleh... ! Mengaum>>>>
Post a Comment