Geng-Geng

Wednesday, July 20, 2011

Hari terakhir

Salam pagi dari aku...

Terima kasih pada semua yang masih setia mengikuti dan membaca blog aku ni walaupun sejak akhir-akhir ni aku kurang memberi perhatian kepada blog aku ni. Bukan sengaja tetapi dek kerana tanggungjawab dan komitmen aku kepada kerja yang telah di amanahkan kepada aku.

Kembali pada tajuk, entri sebelum ni aku ada nyatakan yang aku ada menghadiri satu kursus iaiut kursus photoshop. Alhamdulilah hari ini merupakan hari terakhir untuk aku di sini. Setelah dua hari berada di sini aku sedar yang ilmu sebenar tiada penghujungnya. Esok aku akan kembali kepada asal, menuruti segala perintah dan arahan yang dikeluarkan oleh bos. Kepada bos, harap bersabar ye, esok saya akan kembali masuk ofis, saya tahu yang bos banyak je arahan yang hendak di keluarkan. keke Jangan marah bos, saya main-main je, saya sebenarnya suka je menerima arahan. <-----ayat bodek.

Pagi ni hari aku di mulakan dengan bangun lambat. Pandai sangat bila loceng berbunyi, aku stopkan dan kunun nak baring kejap. Aleh aleh terjaga jam 7.30 pagi. Memang kelam kabut di buatnya pagi ini. nasib incik polis menjalankan tugas dengan jayanya mengawal lalulintas yang sememangnya akan jem teramat di waktu pagi ini. Tahniah buat mereka, walaupun aku still selalu marahkan polis bila jalan jem, ada kes dan sebagainya.

Sebut mengenai polis ni, semalam ada aku menyaksikan pergaduhan kecil di kawasan rumah aku ketika aku pulang dari kereta. Waktu tu waktu malam. Aku pun dapat lihat sekali imbas sahaja. Pak cik kedai di kawasan rumah aku tu menangkap seorang pemuda di hadapan kedai beliau tetapi pemuda itu melawan. Kesian pak cik tu, dah lah sudah lanjut usianya, tapi pemuda itu melawan bagaikan tiada langsung belas kasihan. Apa yang dapat aku gambarkan dari permerhatian aku, mungkin pemuda itu ada membuat kesalahan sama ada di dalam kedai atau di luar kedai beliau. Kalau tidak, tak akan pak cik kedai itu hendak menangkap pemuda itu sebegitu sekali. Motif cerita di atas, hormatlah orang yang lebih tua dari kita walaupun orang tu bersalah atau sebaliknya. Yang lebih berumur pula, jangan pula terlebih ego. Kita perlu saling hormat menghormati baru aman hidup ini.

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com