Salam dan selamat petang pada semua...
Rasanya dah banyak kali aku cerita dan berkongsi mengenai perkara ini, maaflah jika ada yang terasa ke pape. Bukan tujuan menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk melepaskan segala macam yang terbuku dalam fikiran. Sesiapa yang betul betul mengenali diri aku, aku rasa mereka memang tak ada masalah dengan aku. Biasalah aku pun manusia biasa, walaupun nampak dari luaran aku ni jenis yang happy go lucky, namun jauh di sudut hati aku masih ada kekurangannya. Mungkin disebabkan dugaan yang pernah aku alamai sejak kecil membuatkan diri aku kuat dan mereke mereka yang berada di sekeliling aku akan merasa yang aku ni sangatlah happy memanjang .Sekali lagi aku cuba tegaskan entri kali ini bukan untuk menuduh sesiapa atau sebagainya, bukan jugak kerana hati terguris atau sebagainya tetapi sekadar berkongsi. Macam yang aku pernah cakap dulu, aku berblog untuk mengisi masa dan kekosongan yang masih ada dalam hati aku ni. Tak ada tempat untuk aku luahkan maka disinilah semuanya akan berkubur. Bukan tak ada kawan, ramai sebenarnya cuma mungkin aku lebih selesa berblog.
Kembali pada tajuk asal, perangai manusia memang pelbagai. Biasalah tu barulah berseri hidup dalam dunia ciptaanNYA. Bayangkan kalau semuapun berperangai sama dan tak ada pape masalah, seronok ke macam tu. Mesti bosan je. Kita tengok balik semuanya, kita patut bersyukur kerana apa, kerana semua yang berlaku. Sebab semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak kira baik atau buruk. Yang penting kita redha je dan selalu berdoa kepadaNYA untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
sumber : carian google....gambar sekadar hiasan. Sebenarnya nak cerita jap lagi aku nak main ping pong, keke
Petik dari kursus yang aku hadiri semalam, sebelum pape kita kena betulkan fikiran kita. Kalau boleh cuba betulkan ke arah yang positif, kita ulang-ulang supaya minda kita ingat. Kita sahaja yang boleh ubah diri kita, orang lain memang tak boleh. Yang orang lain boleh tolong, ialah tolong bahan kita...keke silap tolong bagi semangat je, berubah tu atas pilihan dan usaha sendiri.
ps: maaf tajuk agak lari sikit...
2 comments:
tuan dim.. sabarlaaa..
malam ni kan malam Jumaat..
minta emel adress ke dygastina@gmail.com
sy mau menjemput ke blog
=)
Post a Comment