Geng-Geng

Tuesday, July 19, 2011

Kursus Photoshop

Bermula semalam sebenarnya aku dah mengikuti kursus anjuran pejabat aku ni. Boleh tahan juga kursus ini. Walaupun sebelum ini aku pernah menggunakan photoshop tapi banyak lagi sebenarnya basic yang aku belum tahu lagi. Sebelum ini banyak tools yang aku gunakan hanya untuk satu benda sahaja rupanya banyak yang boleh aku buat lagi sebenarnya. Bak kata cikgu dalam kelas ni "cara yang awak gunakan tu memang cepat dan mudah, tapi apa yang kita belajar sekarang, hanya untuk dapatkan skill". Tersentak sekejap, terasa baru je dalam penggunaan photoshop ini. Langsung tak ada skill.

Hari ini mungkin akan masuk bab yang lebih tricky atau kompleks. Semalam kelas ini cuma merangkumi bab-bab asas mengeditan gambar dan sebagainya. Tak sabar juga sebenarnya untuk meneruskan kursus hari ini dan hari hari berikutnya. Kira beruntung juga sebab pejabat aku ni ada menganjurkan kursus sebegini, bukan apa aku boleh menambah ilmu dalam bab-bab photoshop ni. Yela selama ni aku cuma menggunakan yang basic je tapi mana tahu selepas aku habis kelas ni, aku boleh buat lebih dari sebelum ini. InsyaAllah. Silap-silap boleh aku turunkan sedikit ilmu pada rakan-rakan, tak pun boleh jadi sumber extra pendapatan. Tak salah aku berangan mana tahu jadi kenyataan. Yang penting kita kena teruskan berusaha, tak guna juga rasanya kalau berangan tapi tak ada usaha yang di lakukkan.

Sebelum mengakhirkan entri ini, aku nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang menasihat dan terus terus memberikan semangat pada aku di entri entri lepas. Tanpa kalian semua siapalah aku yang kerdil ni. alamak ayat dah macam artis pulak dah.Maaf ye..

2 comments:

syaEYRA said...

kursus tak ajak aku!

A.s.t.i.n.a said...

pastni sure lebih terer..
gud gud slamattt kursus

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z