Aduhai pagi-pagi lagi aku dah buat tajuk entri yang sedih macam ni. Memang potong stim betul kan. Bukan apa lepas ni, blog ini akan kembali menjadi tempat untuk aku kongsikan segala macam perasaan aku. Mungkin lebih kerap dari sebelum ini memandangkan keadaan aku sekarang agak berada dalam keadaan yang tidak stabil. Mungkin lepas ini akan jadi makan ati sangat-sangat. Yeke, ikutlah mungkin ini hanya sebahagian dari perasaan yang melanda aku sekarang ini. Inikan bermusim, emosi la katakan, kadang ia gembira, kadang ia sedih dan kekadang langsung tak ada rasa pape.
sumber : carian google
Pagi ini aku kesiankan seseorang, dimata aku dia merupakan insan yang cukup baik, membantu di kala susah, dan membawa seribu erti dalam kehidupan aku sebagai insan di muka bumi ini. Tak kira sama ada di pejabat atau kehidupan seharian aku. Nasihat yang dia berikan membuat aku kembali bersemangat mencorak masa depan aku yang aku anggap kian pudar. Yela dulu aku rasa aku selesa berada ditempat aku sekarang, tapi dengan kehadiran beliau, aku kembali merenung jauh untuk majukan diri. Aku kembali sedar, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika kita rajin berusaha. Jasa dan nasihat yang beliau taburkan pada aku tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku janji aku akan terus berusaha untuk memajukan diri dan yang paling penting, buktikan pada asemua orang, aku juga mampu. Jasa beliau juga bukan hanya pada aku, tapi pada semua yang berada di sekeliling beliau. Banyak perubahan yang dibawakan, banyak perkara yang sebelum ini di abaikan kembali ter urus dengan jayanya.
Itulah bak kata orang, orang yang baik tidak akan kekal di satu tempat. Setelah di fikirkan, kekadang ada betul juga apa yang dikatakan orang itu. Pemergiannya aku pasti bukan kerana kecewa dengan keadaan sekeliling tetapi jasanya di perlukan di tempat lain. Aku pasti, kemana sahaja beliau pergi, pasti ada perubahan, bukan ke arah yang tak elok tapi ke arah yang baik.
Yang aku kecewakan pagi-pagi ini, perubahan yang di bawakan beliau tidak dapat bertahan lama setelah beliau berpindah. Adakah perubahan yang dibawakan tidak betul? atau mungkin salah? masakan begitu, sedangkan ramai yang selesa dengan perubahan itu dan hanya seorang dua yang kembali ke keadaan lama? pemikiran manusia memang susah diagak, ada yang begitu, ada yang begini, macam-macam.
Yang mengecewakan aku lagi, perubahan yang dibawakan beliau selama ini, diubah selepas tak sampai sehari permergian beliau. Jika perubahan baru yang lebih praktikal tidak mengapa, tapi kembali kepada keadaan asal. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau jika beliau mengetahui keadaan ini. Mungkin ini yang disebut sebagai jasa tidak dihargai. Perubahan yang dibawakan seolah-olah tidak membawa apa-apa makna. Aku sendiri dapat merasakan betapa kecewa dan sakitnya melihat keadaan ini. Apa nak buat, manusia memang dijadikan berbeza-beza. Apa yang boleh kita buat cuma doakan setiap dari kita dibukakan hati demi kesejahteraan hidup sama ada di dunia ataupun di akhirat.
8 comments:
Begitulah resam dunia.. Doakanlah kejayaan beliau..
adalah hikmahnya kenapa jadi macam tu..mungkin Allah nak menguji semua, sejauh mana tekadnya hati untuk berubah? skrg mgkin sudah ada jwpn. =)
bro dim : assalamualaikum sahabat, agak lama juga ai x masuk sini, anyway thanks tau sebab tag entry ni kat wall FB ai, so ada lah jugak peluang untuk ai datam sini..koh koh koh
"setuju dengan komen rakan di atas ni..." entry ni agak tersirat maknanya..mungkin bersabit dengan "seseorang" di tempat kerja seperti bos dan rakan² seperjuangan...semasa ai baca entry ni, ai bayangkan situasi ni berlaku dalam kehidupan ai sendiri..."
~tea
sama2 lah kita doakan beliau...
~Munnafendy
rasanya ini pertama kali ke sini kan? thanks sudi singgah..
dlm betul mksd komen anda, akan di renung dan dihayati hikmah dariNYA..
~Bro Monday
yela lama xdgr cerita dr u, blog pun masing2 senyap je..
i sengaja tag ke u...selamat kembali berblog ye..
lumrah kehidupan...gitu la bro
bykkan fikir mcm ne nk dekatkan diri ke pencipta kita,,,,kita x boleh ubah org tp kita blh ubah diri kita ke arah lbh baik,,,,insyaallah
Post a Comment