Geng-Geng

Friday, May 4, 2018

Percutian Yogyakarta : Iternari 4 hari 3 malam (Jogjakarta)

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku ke bumi Yogyakarta (Jogja) setelah hampir setahun merancang dengan banyak drama yang berlaku sebelum tiba masanya. Aku pergi kesana pada 22hb April sehingga 25hb April 2018, sangat hampir dengan tarikh pilihan raya umum ke 14. Cuti aku termasuk makcik aku hampir dibekukan tapi nasib baik, hasil budi bicara dengan pihak atasan, lepas juga aku ke sana. Aku pergi berlima kesana, so agak susah untuk planning pada awalnya tapi hasil kehebatan pak supir aku, berjaya gak mengharungi dengan penuh kegembiraan. HaHaHa

Perjalanan pergi
Aku drive dari rumah satu kereta dan park dekat Park n Ride Salak Tinggi. Memang pertama kali sampai sana, berpusing juga mencari jalan masuk nasib aku pergi awal. Parking memang banyak tak perlu risau. Ratenya seperti bawah ni :

RM 3 sekali masuk
RM 5 semalaman (Tambahan)
Rm50 if tiket hilang

Aku pergi sana awal sehari, so total parking aku dalam RM35 je kalau x salah. Lepas tu aku amek ERL terus ke KLIA2 dengan tambang RM4.90/Seorang. Seronok naik erl ni, teramatlah menepati masa dan selesa, jadual tren boleh google je. sampai sampai je nanti dah kat dalam KLIA2. Aku sampai je aku terus ke mesin print, untuk print luggage tag bagi menjimatkan masa untuk drop luggage nanti. Kalau tak, nak kena beratur panjang. Sekarang ni dah tak perlu untuk print tiket, boarding pass tu dah boleh guna as a tiket dah.

Tiket Kapal Terbang - Air Asia (RM 330/return)- Pergi flight Jam 930am, dijangka tiba pada 1130am. Sepatutnya tiket jam 630pg tp apakan daya, delaykan, redha je la. Seat pun jadi berubah terpaksa aku susun balik dengan charge minimum (RM4). Penerbangan dijangka mengambil masa 2 jam 30 minit. So kalau korang nak beli makanan, skg ni ada promo beli combo makanan (Nasi, lasangna dll) + air secara online hanya RM10. Kalau beli dalam kapal terbang, harganya berbeza sikit. Makanan sahaja dalam RM15 plus harga air lagi. Sampai je kt sana, proses macam biasa, beraturlah dengan penuh kesabaran.

Berikut Iternary lengkap trip aku kali ni. Ni trip yang agak rilex sbb mood nk rehat...

Hari Pertama 22 April 2018.(Sampai jam 12.30pm waktu Indonesia)

Sesampai je dekat airport, pak supir dah stanby dengan tulisan nama aku yang besar. Memang senang nk cam. Senyum aje beliau. Namanya Pak Bakthiar (pada asalnya aku deal dengan pak Erwin tp disebabkan dia agak sibuk, dia rekemen aku dengan kawannya.) So far not bad perkhidmatan dia, cuma biasalah dia pun ada family, kena faham fahamlah kan. Total harga Pak Supir Rp 2.4juta. Disebabkan simkad Simpati tak boleh orang luar amek, dia offer kitorg tak perlu beli simkad, pakai wifi dia je. Punyalah baik sampai macam tu skali.

Lunch
  • Makan di Restoran Satria Restu, makanan ala kampung dengan view sawah padi. Sambil makan angin bertiup, memang syok habis. Total harga untuk 5 orang  Rp 330K. Masa ni jenuh paksa supir join skali makan tapi dia tak nak.

Candi Prambanan
  • Tempat pertama yang kami singgah disebabkan berhampiran dengan homestay kami. Tiket masuknya kami beli harga combo sebab nak pergi candi Borobudur skali, lebih jimat. So total untuk seorang ialah Rp 540k (normal), Rp 337.5k (pelajar). Kalau tidak harganya satu candi sahaja Rp 337.5k.
  • Dapat air percuma skali, jangan lupa di ambil ye
  • Nak dapatkan harga pelajar tu, silalah bawak sekali kad matrix/student ye..memang berbaloi baloi.
  • Masa kami pergi tu, cuaca panas n perlu berjalan jauh dari kaunter tiket ke kawasan candi. Silalah bersiap sedia jiwa raga mental bagai..HAHAHA

Tebing Breksi
  • Tempat ni tak ada tiket masuk. so boleh pergi banyak kali
  • Kat sini masa aku pergi tu, punyalah ramai manusia. Spot bergambar tu kena tunggu turn. Kat sini lebih pada seni ukiran pada batu batu. Memang kemas habis ukirannya.

Candi Ijo
  • Tiket masuknya untuk orang tempatan ialah 5k, untuk pelancung 15k. Mulut manis dapatlah harga tempatan..HAHA jimat dah kat situ. gurau jeeee....
  • Sini candi kecil kalau berbanding dengan candi prambanan. View atas bukit dengan angin yang bertiup memang rasa nak tidur. Dekat tempat parking ada satu spot bergambar yang dibuat dengan bayaran seikhlas hati untuk kerja-kerja penyelenggaraan

Check In Penginapan & Makan Malam
  • Kami check in selepas semua lawatan selesai bagi mengelakkan membuang masa berulang alik. Kami msg dulu ke homestay untuk bgtau kami check in lewat sikit.
  • Untuk penginapan kami booking guna booking.com. Mudah n easy...klik klik je dah dapat.
  • Kami tinggal di Tiga Lima Homestay. Bilik dia superb dah macam bilik honeymoon. Harga dia total Rp 1185k (bilik berdua) & Rp 1575k (bilik berempat).
  • Disebabkan kepenatan, kami decide utk order makanan dari kedai berhampiran hotel. Pihak Hotel offer utk orderkan dan makanan dihantar terus ke bilik. Harga total makanan Rp130k


Hari Kedua 23 April 2018

Mount Merapi Tour ( Hiking tengok Sunrise, muzium mini merapi, Bunker)
  • Pak Supir ambil kami di hotel seawal jam 4 pagi sebab nak tengok sunrise katanya. Time ni punyalah sejuk sebab masing masing terlupa nak bawak jaket. So belasah je la. Bayaran tiket untuk jeep ke Gunung Merapi Rp. 450k. Biasanya satu jeep 4 orang je, tp supir kami ejas mcmna, boleh naik 5 orang. 
  • Sampai dekat spot nak tengok sunrise tu. Kena hiking sikit, yg ni terkejut skit sbb xtau kena hiking. Kami decide x naik sampai atas, just nampak semuanya sudah. Permandangan dia superb, sebelum matahari terbit tu, dapat lihat permandangan kawasan bandar jogja di waktu awal pagi. Tapi nasib kami tak berapa nak ok, sbb kabus banyak sgt, xnmpak pun matahari terbit. Just enjoy view bandar je n keadaan sejuk berkabus atas bukit.
  • Di sini jam 6 pagi sudah terang ye, gelap pun jam 6ptg dah macam jam 9 malam dah.
  • Selain melihat view dan keseronkan menaiki jeep, pak supir nanti akan singgah dibeberapa kawasan untuk bergambar bersama jeep dengan view gunung merapi. Tempat persinggahan yang terakhir ialah di kawasan peninggalan tempat yang terkena asap dari letusan gunung merapi. Dapat lihat sejarah ketika berlakunya kejadian tersebut.

Batu Alien 
  • Kawasan ini sebenar dalam laluan ke Gunung Merapi. Kat sini xda bayaran masuk cuma spot bergambar je ada harganya. Kalau tak silap Rp.10k. 
  • Kebetulan masa kami pergi tu awal pagi,  so penjaga semua tak ada lagi, so kami bergambar secara percuma..huhu
  • Batu ni kalau tengok secara mata kasar, agak sukar nak nampak tp bila kita snap, terus boleh nmpak macam bentuk alien.

Candi Borobudur
  • Selepas 2 jam lebih di Merapi, perjalanan seterusnya ke Candi Borobudur (+-1jam perjalanan dari Merapi)
  • Tiket dia Rp 337.5k seorang. Tapi kami dah beli combo, jimat seikitlah.
  • Perlu berjalan agak jauh dari kaunter tiket ke kawasan candi. Ada disediakan basikal n keretapi untuk pusing pusing kawasan sana  sebelum di turunkan dikawasan candi dengan bayaran minima. Basikal 100k kalau xsalah, keretapi tu pasti sangat.
  • Cuaca sangatlah panas, perlu berjalan jauh. Dan bila dekat kawasan candi, perlu mendaki tangga untuk ke dalam candi
  • ada beberapa jurugambar berbayar yang sedia berkhidmat.

Lunch
  • Kami singgah di rumah makan Bale Kambang
  • Kat sini keadaan nya makan di atas air gitu. Ikan kap merah penuh di dalam kolam. So far makanannya ok, paling aku suka ayam penyek terbaik...Total makan untuk 5 orang Rp 187k.

Kalibiru
  • ok yang ni kitorg cancel sbb dah kepenatan seharian. Sebab dikhabarkan tempt ni perlu mendaki lagi dan untuk bergambar perlu memanjat tangga yang sgt tinggi.
  • So kami cancel dan menuju ke destinasi seterusnya. So boleh balik awal ke hotel untuk berehat sambil mandi mandi kolam.

Jalan Malioboro
  • Kat sini kami sampai waktu petang, pun dah ramai orang. Kat sini yg seronoknya byk sgt barang leh beli. Kena pandai mintak kurang baru dapat harga murah. Tapi masa aku pergi tu, kawasan tu tengah renovate.
  • Kat sini lebih pada nak beli cenderamata untuk di bawa balik. Butik batik pun banyak dekat area sini.
  • Perjalanan balik tu, kami minta nak makan ala ala ayam penyet. So Pak Supir bawak kami ke kedai makan 32 jenis sambal. So kami pilih 4 jenis sambal dan lain lain lauk. So total perbelanjaan untuk 6 orang ialah Rp. 187k
Makan Malam
  • Hari kedua pun kami makan di hotel je. Sebab kepenatan yang amat.

Hari Ketiga 24 April 2018 

Bukit Pungok
  • Yang ni kami bertolak dari hotel jam 5 pagi, lewat sikit dari hari sebelumnya. Perjalanan lebih kurang 30 min untuk sampai ke bukit pungok ni. Bila sampai je, punyalah lawa tempat ni. Berkabus habis. Bila kabus mula hilang, kami ke lereng bukit, terasa berada di atas karpet awan. Punyalah superb. 
  • Yang ni takde duit masuk cuma duit parking je. Duit parking kitorg dah cover skali dengan duit supir. Huhuhuhu
  • Spot foto Rp3000 untuk satu. Ada banyak spot foto.
  • Lepas dah sejuk sejuk tu, aku cuba kedai yang berada di situ. Bajet nak cuba makanan tempatan. Total makanan n minum utk 6 orang dalam Rp.35k
  • Toilet /Tempat cuci kaki Rp.2k

Jurang Tembelan
  • Yang lebih kurang macam bukit pungok cuma spot bergambarnya berbeza. Lokasinya juga tidak jauh dari bukit pungok.
  • Byaran Entries Rp2.5k seorang. Spot bergambar tidak ada limit dan bayaran. 

Hutan Pinus Eres Mangunan
  • Yang ni destinasi seterusnya. Perjalanan dalam lebih kurang sejam lebih sikit kot..HAHAHA
  • Boleh tahan perjalanan menyusuri kawasan perumahan masyarakat setempat. Melalui bandar bandar (Lupa nama bandar tu).
  • Byaran masuk Rp.2.5k seorang. Tempat ni amatlah besar dan luas. So pakailah pakaiaan bersesuaian dan kasut yang selesa. Kena berjalan jauh untuk dapatkan spot spot bergambar yang viral tu.
  • Di hujung kawasan ni ada macam kawasan taman bunga dan ada spot ala ala dekat kalibiru. Cuma kena ada keberanian sikit untuk panjat tu. Aku macam biasa cuba juga tapi tak la sampai atas..hehehe
  • Biasa kalau hujung minggu, memang ramai dekat sini siap ada kedai kedai kecik menjual.

Goa Pindul
  • bayaran aktiviti Rp180k untuk dua aktiviti iaitu cave tubing dan river tubing.
  • kena pakai pakaian sesuai dan kalau ada sandal lagi ok sebab nanti ada kawasan kena berjalan kaki untuk ke satu satu tempat aktiviti. Dari tempat bayaran ke kawasan aktiviti kita akan naik lori/van, berdiri tau mengaharungi keadaan jalan yang agak mencabar..HAHAHA .Cave tubing tu kena berjalan turun dari atas bukit ke kawasan berair. River tubing tu kena berjalan mengharungi sungai skit lah, agak licin, so persiapkan diri..cewahhh so far bagi aku, ok je sebab bukannya extreme sangat.
  • Nasib aku kurang baik sbb masa aku pergi tu baru lepas hujan, so air tak berapa nak jernih..
  • Yang ni kena ingat ye, kawasan airnya boleh tahan dalam. So kalau tak tahu berenang tu, duduk je atas pelampung sampai habis. Kalau terjatuh pun, ada baju keselamatan.
  • Selepas balik tu, kami request tuk try bakso nasi. Pak Supir bawak kami ke kedai bakso ala ala kampung. Total untuk 6 orang ialah Rp.115k.

Pantai Timang
  • Perjalanan untuk kesini paling jauh. So sempat tido.HAHAHA....so sampai je bukan terus di pantai timang, tp di kawasan untuk menyewa jeep.
  • Untuk ke pantai timang perlu menaiki jeep dengan bayaran Rp. 450k sebabnya jalan nak kesana memang agak terok, kereta biasa memang tak dapat nak pergi, G sana ada je pilihan, sama ada naik jeep or naik ojek(motor). So pilihan di tangan korang lah. Cuma motor ni sewanya bersekali dengan penunggang. Nak bawak sendiri tu boleh, tp kenalah banyak bertanya dengan diorg.
  • Bayaran untuk naik gondola Rp.200k dab Jambatan Gantung Rp. 100k.
  • Perlu ingat ye, kalau pergi sana naik gondola, balik semula pun perlu naik gondola. Tak boleh tukar tukar sebab berlainan pengurusan. Tempat juga dibahagikan dua, setiap kawasan ada mercu tanda tersendiri.
  • Untuk jambatan gantung, setiap tiket group, akan di bantu oleh seorang pemandu pelancung. Bagi aku dari kedua dua ni, paling best naik jambatan gantung. Sebab kalau naik gondola ambil masa lebih kurang seminit lebih je, naik jambatan gantung, ikut koranglah janji jangan takut lebih. 

Makan lobster
  • Yang ni aku rasa paling wajib singgah. Bukan sebab apa, dekat Malaysia, kalau nak makan sebanyak makan dekat sini, harganya memang agak tinggi. Lobsternya bukan sejuk beku, tp fresh. Kita pilih dari dalam kolam lagi. 
  • lokasinya sebenarnya berhampiran tempat kita sewa jeep, berjalan sikit saje turun kebawah.
  • Total harga untuk 5 orang makan ialah Rp950k. Lobster size sederhana sorang dua ekor, ikan bawal besar, sotong goreng tepung, tempe goreng sambal, air jeruk, ulam dan sambal belacan.


Hari Keempat 25 April 2018 
Kami check out dalam jam 9 pagi selepas breakfast. Yang best hotel ini breakfast kita boleh pilih nak makan apa dari menu yang disediakan. Siap hantar ke bilik lagi. Hari hari lain dia bungkuskan supaya boleh makan dalam perjalanan.

Kraton
  • Desinasi pertama untuk hari last ni, istana lama, tiket masuk Rp.15k seorang. Kat sini tak boleh pakai topi, spec dan sebagainya sebagai tanda menghormati.
  • So far kalau boleh, amek sekali dengan pemandu pelancong dengan bayaran seikhlas hati sbbnya nanti masuk tak faham apa. Selain boleh tunjukkan semua tempat. So sape minat sejarah boleh je g sini.

Istana Taman Sari
  • Tempat mandi dan beridah istana. Tiket masuk Rp.15k seorang
  • Yang ni pun better amek pemandu pelancung dengan bayaran seikhlas hati sbb kawasannya besar. Selain boleh tengok swiiming poolnya, boleh gak tengok laluan bawah tanah. Yang ni kalau g sendiri, konfem tak jumpa jalan ataupun maybe terikut jalan jauh. Penat weyy...
  • Masa ni hujan turun dengan agak lebat, habis basah kasut kasut semua sbb memang xprepare untuk hari hujan pun.

Kilang Bakpia
  • Yang ni tempat buat bakpia iaitu makanan tradisional dekat sini. Ada juga dijual untuk dijadikan cenderamata. Ada banyak perasa tp aku rekeman kajang hijau dan coklat...HAHAHA. Ada dua saiz kotak, kecik Rp35k (15 biji), yang besar Rp.45k (20 biji). Dari segi ketahanan, katanya boleh tahan sehingga 5 hari.
  • Kalau beli banyak, kalau xsilap minimum 4 kotak, dia akan packingkan. Dan packing tu boleh terus bawak naik dalam kabin tanpa prasangka
  • Dalam flight balik tu, memang bau bakpia je la dalam kapal terbang.

Tugu Coklat
  • Kat sini bermacam coklat ada. Paling best coklat pedas. Kat sini boleh tengok macam na dia proses coklat tu. Lepas sini kami pusing pusing town sebelum ke airport. Sempat singgah makan nasi padang, total harga untuk 6 orang Rp.100k. 
  • Kami sampai awal ke airport, boleh jemur dulu kasut kasut basah dan persiapkan diri sebelum check in airport.

Gambar-Gambar kami dekat sana boleh ke next entri ye.. Klik SINI

Maaf di atas bahasa rojak, aku menulis untuk kenangan aku..bukan selalu dapat pergi travel jejauh. Maaf kalau banyak benda yang noob sangat, pertama kali pergi sendiri

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com