Geng-Geng

Friday, February 14, 2014

Ikut laluan motor tak rock aa???

Alhamdulillah syukur untuk segalanya...

Sejak akhir akhir ni jalan yang aku lalui untuk ketempat kerja, ada dua tiga kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal dan kereta. dan yang paling aku gerun, bila aku tertengok depan mata. Disebabkan itulah aku bila menunggang, biarlah perlahan dan ikut laluan yang sepatutnya demi keselamatan, kita berusaha demi kebaikan.

Tapi betul ke sape yang ikut laluan motosikal ni tak rock???

Kejadian ni berlaku suatu ketika dulu, bila dari highway guthrie aku perlahankan motosikal aku dan belok ke laluan motosikal, tapi dalam masa yang sama aku ternampak seorang penunggang ni senyum sinis pada aku (dia ikut laluan kereta). Eh tetiba aku terpikir, salah ke aku ikut laluan ni??? adehhh

Bagi aku, biarlah apa pandangan orang dan keadaan sekalipun, aku akan cuba sedaya upaya untuk ikut saje laluan yang dicadangkan, demi memaksimumkan keselamtan di jalan raya. Tak gitu?? 

Lepas kejadian tu ada aku tanya pada orang yang menunggang, macam-macam alasan aku dengar kenapa mereka tidak menggunakan laluan motosikal. So aku amek inisiatif kunun kunun hebat, aku servey sendiri beberapa laluan motosikal, so apa yang aku dapat (hanya pendapat peribadi), aku sharekan kat sini. Memang secara kesimpulannya, laluan motosikal kurang dari segi keselamtannya...

Kenapa aku kata kurang dari segi keselamatan???

Aku listkan dari pemerhatian aku...antaranya laluan motosikal tiada penyelengaraan dibuat, dimana jalan berpasir dan semak samun hampir menutupi laluan. Ini boleh membahayakan penunggang.

Selain itu, keadaannya juga gelap, tiada lampu jalan. So lubang or pape pun kalau x alert, pasti akan mengundang bahaya. Dan jika laluannya melencong jauh dari jalan kereta, mungkin kebarangkalian akan berlaku gangguan sosial dan sebagainya.

Jalan beralun dan berlubang. Ini masalah yang aku rasa sangatlah tak best. Dah la sempit, so kalau nak mengelak pun sipi sipi je. 

Itu belum amek kira lagi keadaan yang dibuat..hehehe dulu pernah skali aku dengar, orang sengaja tabur paku la bagai...

Dan macam-macam lagilah...So pape pun hati2lah tak kira di mana pun..



picture credit : carian google


ps : maybe bukan semunya teruk, ada gak jalan yang comel dan cantik

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com