Salam malam...
Sebelum memulakan bicara, just nak berkongsi sedikit kegembiraan dan kelegaan yang dasyat. Team bola sepak Selangor yang turun menentang Johor FC di tempat lawan mendapat keputusan seri dengan jaringan 1 gol berbalas 1 gol. Oklah dari kalah, dapat jugak satu point dari tempat lawan. Hopefully next time akan dapat kemenangan dengan point penuh.
Kembali kepada tajuk asal, berkenaan dengan syarat. Macam suspen je tajuknya, sebenarnya ianya berkaitan dengan cinta. Syarat aku dari dulu sampai sekarang is apa sahaja problem yang kita ada ketika ada pehubungan tak kira masa bercinta atau dah berkahwin, jangan di ceritakan kepada orang ketiga. Tidak kiralah kawan baik ataupun sedara mara atau sebagainya.
Sebabnya aku ada pendapat aku sendiri, aku tak tahu orang lain macam mana. Bukan apa, dah memang lumrah orang suka bercerita dan sebab itu juga aku rasa tak berapa sesuai untuk bercerita dengan manusia. Memang aku akui bukan semua manusia macam tu, tapi biarlah aku amek langkah selamat. Sebab itu, aku selalu ingatkan pasangan aku, jangan sesekali nak berceritakan pape masalah yang berlaku walaupun sehalus dan sekecik zarah sekalipun. Kalau kegembiraan, insyaAllah boleh kita kongsikan.
Selain dari takut tersebar dan akan dapat ekspresi buruk, banyak lagi sebab-sebabnya, tapi cukuplah aku gtau sebab utama aku tak suka perkara ini. Sengaja nak konsikan dengan semua yang sudi membaca blog aku ni.