Geng-Geng

Thursday, March 3, 2011

Asal ko kurus??

Tadi waktu lunch aku terserempak dengan ex ofismate aku. Memanglah happenning coz lama xjumpa. Tengah asyik dok sembang-sembang, tetiba dia bersuara dengan lantang. Dengan selamba je dia tujukan soalan pada aku, berbunyi macam ni " wey asal ko dah kurus sekarnag ni" .Terkedu kejap aku sambil dalam kepala otak aku macam2 aku fikir. Aku pun menjawab " aik bukan lagi gemuk ke sekarang ni". Masing-masing senyum je. Mungkin sebab dah lama xjumpa, diorang nampak aku makin kecik. Padahal aku ni dh macam-macam cara buat untuk tidak lagi membesarkan badan.

Sebut pasal kuruskan, rasanya korang semua pun dah tau kan, sekarang ni produk untuk kuruskan badan berlambak n tumbuh bagai cendawan. Ada la sorang member aku komen, aku dh try dh satu produk tu, cerita je lebih tapi xberkesan pun. Aku dah cadangkan pada dia, try la produk lain sebab mungkin produk tu xsesuai ngan ko, mana tau produk lain menjadi. Mungkin sebab kos dia agak mahal, kawan aku ni masih mencari-cari cara untuk kurus. Setengah orang cakap, ko disilpinkan diri untuk bersenam dan kurangkan makan. Memanglah boleh tapi ingat senang ke?? Xramai sebenarnya yang berjaya. Macam aku ni, pantang jumpa makanan sedap, memang terus terkam je. Tak kira waktu malam ke siang janji dia sedap, terus aku makan. Feveret aku pulak, nasi lemak lauk, fuhh memang sedap hingga menjilat jari. Aku ni jenis kalau lapar, buat apa pun serba xkena. Kekadang bila setan dah menghasut, mulalah nak marah-marah. Kuang aja betul setan ni. dari ko menghasut baik ko g masak pape, kan kan. lawak je.

Motif dari cerita aku ni senang je, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Kalau nak kurus, kenalah berusaha dan tetapkan pendirian. Jangan buat separuh jalan sebab apa benda pun kalau buat separuh jalan xkan menjadi. Sama macam kita buat blog, kalau nak berjaya kenalah buat betul-betul. Ingat lagi kata-kata Abg Ben Ashaari masa aku jumpa dia di gathering SB, buat blog kalau nak berjaya kena rajin. Samalah dengan nak kurus, dan semua benda yang kita nak, kena rajin baru boleh capai impian dan berjaya.

ps: pinjam jap kata2 dari Abg ben..

Segmen:Disebalik tabir blog

Setelah diteliti, bagus jugak segmen ini. Memang ada aku terfikir untuk buat entri sebegini,tapi sebab terlalu lama sangat fikir tu yang tak jadi-jadi. Nasiblah Abg Ben kita ni tersangat hensem, telah anjurkan satu segmen yang boleh tahan hebat. Bak kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sambil-sambil kenalkan diri, dapat jugak kenalan baru. Ok xpayah nak merpek banyak sangat, kita terus ke segmen ini.

Macam biasa letak header BEN ASHAARI BLOG dan tajuk DI SEBALIK TABIR BLOG.Syarat yang kedua agak payah sebab sekarang aku di ofis, baru tukar pc so xda satu gambar aku. Tapi xpa rasanya boleh tengok kat header aku. Itu tanpa segan silu aku kata gambar tu gambar sebenar. Tak caya?? Kena juga percaya sebab aku xkan letak gambar orang lain kat header blog aku. kan kan


Sedikit latar belakang aku. Kebanyakan kawan-kawan aku panggil aku dim. Aku suka nama tu. Tapi sebab apa?? sebab nama tu merupakan nama singkatan dari nama penuh aku. D.I.M . Masih baru melangkah ke alam pekerjaan, sedang berusaha mengumpul harta. haha. Jumlah follower sekarang lebih kurang 179, thanks kepada yang menyokong.

Soalan yang Abg Ben tanya....???

1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ? Kalau xda blog, rasanya mesti duduk berejam di laman sosial. Tapi dulu aku still suka baca blog orang, just masa xda blog dulu, susah nak carik blog2 macam sekarang ni. Jenuh meng google.

2.Ceritakan kepentingan blog kepada anda 
Kepentingan blog?? penting sangat sebab ia merupakan medium untuk aku meluah dan berkongsi segalanya. Selain itu, untuk bersosial. Maksud aku dengan kawan-kawan blogger, aku dapat saling kenal-kenal  dan gurau-gurau.


3.Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
Yang ni nak cakap pun susah. Aku biasanya hari-hari aku akan terjah blog yang update. Kalau ada yang tingglkan komen, lagi laju aku terjah.

Tuesday, March 1, 2011

Lipas itu geli

Lipas serangga yang paling aku geli, kalau jumpa mesti aku rasa nak pijak-pijak. Paling takut, lipas terbang coz dia bila terbang akan kearah kita. Time tu mulalah berlari tak ingat tempat. Aku ni nampak je ganas, tapi sebenar jauh dalam sudut hati, ada jugak yang aku geli. Biasalah tu kan.

Tu dia gambar pasport lipas yang aku dapat hasil carian aku dalam google. Dulu masa aku sekolah rendah, aku pernah tengok lipas bawah 'mickoskop', betul ke? Korang teka apa yang aku nmpak, penuh dengan kegeliaan. Cerita dulu lg, masa dok kt kg dulu, masa tido, aku pernah terselingkupkan tapak tangan aku pada seekor lipas, bayangkan dia gerak2 bawah tapak tangan tu? geli gila sampai xnak angkat tangan tu.

Ni lagi satu fakta yang aku dapat bila aku buat carian dalam google. Aku ingatkan sebiji telur lipas tu, ada seekor je lipas dalam tu, rupanya ada banayk. Dasyatkan, hebat betul ciptaanNya. Sengaja aku nak share gamabr ni, yela kot-kot ada jugak yang xtau macam aku ni.

sumber: carian google

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com