Geng-Geng

Wednesday, January 5, 2011

Hari Rabu yang biasa

Hari ni aku bermula dengan tenang. Segala masalah dan perkara semalam sudah aku tinggalkan. Lantaklah segala masalah ditinggal berseorangan kat belakang, apa yang aku nampak sekarang, aku akan terus ke depan biar apa halangan sekalipun.
 Nampaknya intro entri kali ni agak bersemangat sesemangat aku. Eh apa la pulak ayat ni. Hari aku bermula dengan menempuh jalan yang penuh sesak. Aku melalui jalan yg bukan kebiasaan, jalan yang agak jauh. Bukan apa hari ini aku keluar dari rumah untuk ke tempat kerja agak awal jika hendak dibandingkan dengan 2 3 minggu yang lalu dan aku bercadang untuk cari bekalan nasi lemak or paper je untuk ke pejabat. Yela mencari kelainan sikit, asyik-asyik makan benda yang sama je, budak pun tau boring inikan pulak orang dewasa. Namun bukan saje bekalan sarapan yang aku xdapat, tp aku terpaksa melalui jalan sesak pada awal pagi. Last-last aku sampai pejabat ngam-ngam macam waktu biasa. Aku lupa yang masa waktu persekolahan sudah bermula. Semua pun sibuk nak hantar anak-anak sampai ke pintu kelas.

Sebut pasal jalan sesak, sekarang ni aku tengok bas dan teksi, agak melampau ketika memandu. Sesuka hati hendak berenti dan dimana nk berenti. Aku faham mereke-mereka ini mencari rezki tapi kenalah hormat orang lain juga. Bas sesama sendiri akan bersaing merebut pelanggan. Sampai kekadang tu aku tengok tempat memang ada disediakn untuk bas berenti, tapi bas ni akan berenti ditengah-tengah jalan dan tetiba je berenti tanpa memberi apa-apa isyarat. Kalau bab memotong jangan cakap la, memang xpayah cakap, rasanya semua pun tahu. Tidak salah rasanya kalau diorg ni hanya gunakan laluan yang disediakn. Aku paham ada jugak yang suka mereke-mereka ni bawak laju sebab cepat sampai, tapi perlu diingat keselamatan lebih dari segalanya.

Lagi satu yang menurunkan mood aku pagi-pagi ni, aku dengar radio pagi tadi, harga minyak RON97 naik 10 sen lagi. Walaupun aku jarang gunakan RON97, tapi tetap akan menurunkan jugak mood aku. Yela sape tahu kan, mula-mula RON97 je yang naik, pastu maybe semua minyak pun akan naik. kekek harap-harap tak la kan. Tapi kalau gaji pun naik seiring dengan minyak, aku rasa ramai pun xkisah, betul tak???

Pape pun, hari tetap aku akan tempuhi dengan penuh bersemangat dan tabah. Marilah sama-sama kita berdoa supaya murahkan rezki pada diri kita dan semua umat manusia didunia ini, amin.

sumber : carian dalam google, thanks

Tuesday, January 4, 2011

Buat kerja orang lain

Entri kali ini aku buat atas dasar tidak berpuas hati. Aku diminta untuk buat kerja atau tugasan pihak/orang lain padahal kerja or tugasan sendiri tidak pernah pun orang lain nak tolong. Bila korang baca intro entri kali ni mest korang rasa aku ni orang yang berkirakan. Tak mengapa, sebab aku betul-betul rasa teraniaya sehinggakan kerja yang sepatutnya aku buat pun tertangguh dan seterusnya aku jadi malas nk buat sebab xda mood. Nasib aku ada blog ni, boleh jugak jadi tempat aku meluahkan segalanya. Korang yang baca boleh nilai sendiri.

Kawan-kawan semua mesti rasa keliru dengan apa yang aku ceritakan kt atas ni, tidak mengapa biar aku perhalusinya. Begini ceritanya apabila dipendekkan. Aku diminta untuk buat tugasan orang lain sedangkan orang itu ber'foya-foya' diluar dan tidak masuk untuk selesaikan tugasan. Tambah pulak bila 'claim' OT, dia nombor satu tapi dia xmasuk pun mengerjakan tugasan. Hah amek ko banyak kali aku ulang. Aku xkisah kalau sekali dua menggantikan beliau sebab aku bukannya jenis berkira. Tapi lama-lama aku rasa dia melampau la pulak sebab dah jadik menyusahkan orang. Yang sedap dia, keja xpenat then duit pun dapat ribu-ribu.

Kalau diikutkan hati, bukan aku seorang je yang sakit hati, tapi semua orang setempat marah. Dia bila xmasuk , dia akan menyusahkan orang. Orang pulak terpaksa buat kerja dia, dia pulak kemain gembira lg kat luar sana. Sakit hati pulak aku petang-petang ni...
Pihak atasan pun xboleh nak buat apa-apa lagi dh, bila dinasihat melawan pulak. Kang kalo tinggikan suara, takot dalam ofis tarik muka pulak. Adehh pening-pening. Macam-macam kan karenah manusia.

Moral of the story, kalau nak buat apa-apa pastikan jangan sampai menyusahkan orang. And kalau nak orang tolong, pastikan kita sendiri pun ringan-ringan tulang. Dan yang paling penting kalau nak minta tolong pun jangan la sampai orang menyampah.

Blogger-blogger semua

Salam semua blogger, Tahun ni seperti juga tahun-tahun sebelumnya cuma aku harap tahun ini aku dapat menambaikkan blog aku ni. Maksudnya apa? Maksudnya aku akan mempertingkatkan lagi usaha untuk belajar berbagai-bagai skill dalam penulisan blog. Bukan apa kalau la korang semua yang baca blog aku ni tengok, blog aku ni macam tak ada pape pun. Memang la konsep blog yang aku buat ni lebih kepada blog personel, namun mayb tahun ni aku akan tambahkan beberapa konsep lagi, yela mana syiok kalo orang nak baca kisah aku je, kalau menarik xpa, ni biasa-biasa je. Sape yang ada blog mesti nak orang singgah dan baca blog diakan??? tp mayb ada skit-skitla yang just buat blog untuk kepuasan sendiri. Perlaksanaannya aku sendiri xtau bila akan aku buat, keke. Aku still dalam proses nk belajar. Aku harap kawan-kawan blogger semua boleh bantu aku, tak kiralah sikit or banyak. Aku kena banyak berblog walking or kena banyak membaca baru dapat ilmu tu, ini apa yang aku pernah baca la dulu-dulu.

Secara jujurnya, aku sendiri kekadang tu malu dan segan nak join bloglist or contest or nak komen blog-blog yang femes lagi beribu-ribu follower. Yela blog aku ni apa pun xda kalo nk diikutkan. Memang ada jugak la yang aku follow, aku baca blog dia tapi segan nak komen. So sejak dari 1 Januari 2011 hari tu, aku dh mula mengorak langkah, xkan sampai bila aku nk duduk selesa, tak maju kalau macam tu. Perasaan malu itu still ada, just pelan-pelan aku lawan. Aku kena banyak membaca lagi. Kepada blog-blog otai mintak tunjuk ajar ye kalau ada silap mana-mana. Kalau nk komen or pape, komen je, pedas ke tawar ke semua aku telan.

Sejak aku start buat blog, 1st entri aku, banyak sebenarnya yang aku buat dan baca. Kiranya dari tak tahu pape, sampai la sekarang, pun masih tak tahu pape sebenarnya, aku masih lagi belajar. Kawan aku yang mula-mula banyak mengajar aku pasal blog ialah cik3zza . Dia sebenarnya orang yang mula-mula aku tanya pasal blog. Thanks banyak-banyak. Selain tu, kepada blogger yang wat entri tutorial, nice, banyak jugak yang aku belajar.

Mengenai entri, aku akan cuba update sekerap mungkin. Yela kalau xupdate macam na orang nak baca. Macam hujung minggu, Sabtu dan Ahad, agak susah aku nk update sebab sekarang aku hanya menggunakan berukband. Korang semua pun sedia maklumkan macamna keadaannya bila online hujung minggu. Alasan je kan semua tu, namun aku akan berusaha untuk lebih rajin. Sangat jeles sebenarnya dengan blogger-blogger lain yang sangat rajin untuk update, macamna la nak jadi macam korang-korang suma?? ada cadangan tak??

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com