Geng-Geng

Thursday, March 31, 2011

Bengang dengan Otai

Adehh terpaksa buat satu entri untuk menghilangkan kemarahan yang membuak-buak ni. Tapi bukan tujuan untuk merendahkan atau mengaibkan sesiapa, tetapi untuk berkongsi pendapat. Kejadian berlaku petang-petang ni pulak lagi la senang terbakar, semua dah kering.

Ceritannya bermula begini....adalah satu otai ni menegur aku buat satu tugasan yang diberikan oleh bos kami. Aku macam biasa buat mengikut arahan dan susunan yang diberikan kepada aku. Tapi bila otai ni tengok, dia kata aku buat salah, dengan bangga dia cakap dia dh buat benda tu berpuluh-puluh tahun lamanya. Siap cakap pada semua yang ada kat situ, kunun hebat. Tak apa dengan dasar hormat, bukan sebab aku ni jenis buat je apa orang kat n suruh, aku ubah balik kerja aku mengikut apa yang dia kata, mungkin ada kesilapan pada kerja yang bos mintak aku buat. Bila siap semua, aku bagilah pada bos aku, dia ckp nape ubah benda tu, naik malu aku. Untuk mempertahankan diri, aku cakaplah pada bos aku, ni aku ubah atas teguran si otai tadi, katanya sejak azali memang macam tu pun buatnya. Kemudian bos aku pun bagi penerangan kenapa dia mintak aku buat macam tu, aku faham dengan jelasnya. Nasib bos aku ni jenis memahami, katanya kalo dah buat xpala, nant sy tengok balik. Aku dengan bangganya g la ckp pada si otai ni dengan niat untuk membetulkannya. Tapi dia dok sibuk xmo ngaku salah dan kata ni la dia budak sekarang ni, xnk dengar ckp orang lama. Eh haloo sape yang buat silap ni, dia siap ckp aku yang buat salah dan tipu, padahal apa yang dia ckp tadi betul. Bengang betul aku, kenapalah dia xmo terima apa aku ckp padahal apa yang aku ckp betul. Tapi dari apa yang dia ckp, nmpak sgt kunun2 dia dh otai, dia always betul, adehh tulung la ye.

Kejadian kedua yang mula2 aku malas nk kecoh2, tapi jadi macam ni, aku ceritakan jela alang-alang. Si otai yang sorang ni salahkan aku sebab ilangkan fail projek yang aku pinjam 2 3 hari lepas. Padahal aku pinjam untuk tengok maklumat dalam tu n aku gunakan fail di tempat dia, habis je guna aku letakkan di tempat dia. 2 3 hari dia dok ulang soh aku cari. Last skali dia teringat sendiri yang dia sebenarnya yang simpan fail tu. Kan dah malu sendiri. fuhh lega sikit la. 

Maaflah jika entri aku kali ni macam nak malukan orang or pape. Aku just nak kurangkan geram aku je. Boleh??? sekarang ni aku macam dah ok sikit, lega-lega, kesimpulannya, xsemestinya pendapat otai-otai or orang lama-lama2 sentiasa betul, dan bukan jugak sentiasa salah, tapi apa salahnya sekali sekala menerima cadangan dari orang baru, kalo xbetul or salah, boleh dibawak berbincang. Yang baru pulak, jangan pulak membawa sebarang pembaharuan or idea pelik2 sebelum berbincang dengan orang lama. Pengalaman dari orang lama tu sangat penting, sapa la kita kalo bukan sebab adanya orang lama.

Asrama ada hantu

Asrama ada hantu..itulah perkataan or ayat yang aku dengar masa mula-mula nak jejak kaki ke asrama. Cerita ni dah lama berlaku, saje nak kongsi cerita dongeng. Sape yang pernah duduk asrama mesti pernah dengar macam ni, aku rasa cerita hantu la cerita yang paling femes sekali. Malam pertama aku kat asrama, senior aku kemain lagi ceritakan macam-macam, sampaikan semua tempat pun ada. 

Masa aku dok asrama, bukan takat cerita je, aku sendiri ada pengalaman yang menakutkan tu. Paling aku teringat, ada seorang teman aku ni yang bercerita, dia terjaga dari tido then dia terpandang cermin. Dia ternampak bayangan seorang perempuan lalu. Kawan aku ni memang antara yang berani dan lantang. Dia terus bangun dan terus ke tempat kejadian. Sampai je kat tempat tu, sebaik dia toleh je, terus lembaga dengan muka yang menakutkan di depan mata. Katanya wajah perempuan sebelah dan sebelah lagi memang ngeri. Tergamam dia dan terus berlari ke dalam bilik. Keesokan paginya, bila kami siap-siap nak ke sekolah, dia still dalam selimut sambil menggigil. Selepas 2 3 hari lepas tu, baru dia sihat. Sejak hari itu, kalo malam terjaga memang akan paksa jugak tido, kalau ada yang nak tebuang air, memang akan ajak kawan teman.

Sebut pasal buang air ni, ada satu cerita lawaklah, ini pun diceritakan oleh kawan2 aku. Ada satu malam ni, seorang lagi member aku tu terbangun sebab nak buang air kecik,dia pun gerak member aku yang seorang lagi. Jawapan diberikan oleh yg tido ni yang lawak tu. Kawan tu punyalah xtahan, dia selamba je ckp, " ko simpanlah dulu, esok je pergi toilet". Kesiankan kawan aku sorang tu, last skali dai guna cara alternative tuk buang air kecik tu. kekeke

Pengalaman aku pulak, ada aku terjaga tengah2 malam. Memang macam-macam yang bermain dalam fikiran. Aku ada juga paksa tapi xleh tido. Dalam dok paksa tu, tiba-tiba katil aku bergoyang, terkejut aku jadiknya. Aku marah terus kawan aku, tapi aku tengok dia sedap je tido siap berdengkur. Xlama pastu angin pulak bertiup kencang kt katil aku. Lagi la kecut perut aku. Tetiba bantai peluk aku terbang ke tengah dorm. Terus aku paksa jugak nk tdo, last skali aku bangun dh pagi. Lega rasanya, sepanjang setahun tu, memang xbrani nak cerita pasal ni.

Banyak lagi sebenarnya, tapi buat masa ni itu aja yang aku ingat. Maaflah kalo ada yang terlebih mungkin aku menambah untuk menyedapkan cerita. Ok itu saje untuk kali kali.

Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !


Nk Join klik SINI.

Kali ini aku join sebab bunyi macam seronok je, kata-kata beliau dalam blognya...

"ni segmen mudah .. Satu segmen khas buat blogger blogger baru ... Dan tugas blogger blogger lama untuk menilai blog mereka .. Tugas aku , yergh... kasi gegar !!"

dan 


"Sesudah itu , blogger blogger yang ada masuk sini , tugasnya gi jengok  blog mereka dan komen serta jadilah rakan kongsi di ruangan FOLLOWER mereka jika sudi ... ikhlas yer.. "

 itulah kata2 terakhir yang dipetik dari blog beliau.... menarikkan, terjatuh terus hati aku untuk join segmen ni.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com