Geng-Geng

Thursday, April 7, 2011

Dim Benihana, Bro_Monday.....ehem ehem

Adehh lega rasanya semalam berakhir sudah kepeningan. Semalam paper exam terakhir aku, harap akan lulus semuanya, so xpayah nak amek skali lagi. Memang gemurh habis, perut memang xyah cakap, kejap2 memulas. Maklumlah, dah lama xamek exam, kalo masa muda-muda dulu pun amek exam 2 3 kali masuk toilet, inikan pulak sekarang ni.

Semalam secara kebetulan atau dh memang jodoh, salah seorang kenalan dari alam maya bekerja kat tempat aku amek exam. Selalunya sembang-sembang dalam blog je, semalam dapat jumpa live. eh lupa nak gtau sape, Bro_monday, hensem orangnya. Nk ke blog beliau meh klik SINI. Nasib beliau ada, kuranglah sikit rasa nerves tu. Sampai je kat sana, bukan cerita pasal exam tu, semua pun psal blog. Ni lah dia, kalo sesama geng blog jumpa. Siap snap pic lagi nak letak dalam blog. meh tengok pic tu kat bawah ni.
Gambar diambil dari blog Bro_Monday. Kredit pada beliau.

Pic tu siap diedit lagi, rajinkan beliau ini. Tapi yang xbestnya, asal aku nampak gemuk sangat. Ke memang aku dah gemuk??? haha 2la dia soalan dari orang xsedar diri. Nampak sangat beza aku n bro_monday. Semalam xsempat nak beramah mesra sangat ngan beliau. Tengoklah nant, kalo ada masa leh lepak2, dh kenal senang.

Salah satu soklan yang ditanya oleh beliau, yang masih terngiang-ngiang dalam pale ini  "ko dah kawin bro?"...keke sengaja kongsikan, nampakkan beliau ni sangat peramah. Jom terjah blog beliau ramai2...

Monday, April 4, 2011

Yuyu Zulaikha, Astina, Bro_monday,Bunga...Aku delete!!

Bengang dan benci betul la, meluat aku tengok, korang xmeluat ke? Aku rasa korang pun sama kalo terjadi pada korang. Yang ni aku sendiri xtau nak buat apa, nak delete ke or nak biarkan je??? Xpaham ke? xpa meh tengok gambar ni??




Alamak sori sebab buat suspen. Korang mesti ada yang pikir bukan-bukan kan. Dah lama aku nak buat entri ni tapi xbuat-buat. Tak mo la bagi alasan lagi, dah memang aku malas. Benci betul la nape dia jadi spam, dh susah nak dapat. Nape? betul apa aku cakap, ingat senang ke nak dapat komen, setiap komen kita kena hargai.

Sebenarnya, aku nak tanya sikit pada semua, kalo terjadi macam ni, adakah ni betul2 spam or kita boleh declare ni not spam?? ada sape2 leh bantu??

Kepada yuyu Zulaikha, Astina, Bro_Monday, n bunga, korang jangan riso, aku xda niat pun nak delete2 korang. Adanya korang dalam dunia blog ni memeriahkan lagi suasana, itu kat dunia blog, tapi kalo kat dalam list dashboard aku ni, dah buat aku happy, kekadang tergelak, kekadang menangis (eh ada ke?).....keke terlebih bodek pulak.

Friday, April 1, 2011

[semalam] Bengang dengan Otai

Rasanya korang mesti ada baca kisah aku semalamkan, kisah aku bengang ngan si otai ni. Kalo ikutkan memanglah nak je memaki hamun dan sebagainya tapi atas dasar hormat aku sabarkan je. Eh ada yang belum baca, meh baca SINI .Sape yang kenal aku memang tau aku macam na, sabar sabar jugak tapi bila dah ada prove n sebagainya, tau la nasib dia.

Semalam pada hari yang sama, bos aku suh aku tukar balik pada yang asal. AKu bila tau aku dah menang, terus je g kat otai tu, aku cakap kat dia yang aku sebenarnya betul. Mula-mula aku ingat dia nak mintak maaf ke pape, dia siap ckp "sudahlah tu". Aik senang je dia ckp mcm tu kan, padahal ri2 dia yang lebih-lebih bising n cakap aku budak baru xreti nk dengar ckp la pape. Puas hati aku, last skali dia yang emo, aku ingat perkataan terkahir aku ckp pada dia " sy nk tanya Abg, apa salahnya dengar ckp n cadangan orang baru?? xsalah pun kan?" Lepas tu dia terus je diam.

Lepas je aku betulkan benda tu, aku sambung balik kerja aku macam biasa. Lega la sikit hati aku. Cukup je masa aku pun balik la. Sepanjang perjalanan aku balik rumah tu aku dok teringat kan kisah ni, memang puas hati gila. Malam tu sebelum tido, aku dengan rasa rendah diri, aku send satu msg pada dia, aku mintak maaf. Yela xsedap pulak kalo satu pejabat xbertegur sape. Yang aku pelik, dia langsung xmintak maaf balik pada aku. Xpa la, yang penting aku dah jalankan tugas aku dengan baik.

Bila aku fikir balik, mungkin cara aku tegur otai tu xbetul. Yela orang lama dan banyak pengalaman ni ego dia tinggi sikit, so kena guna akal untuk tegur. Ni tak aku semalam main serbu je, tapi xpa aku puas hati. keke.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com