Geng-Geng

Monday, January 31, 2011

Kes Jeles lagi, pening lah..

Kes jeles lagi, asyik-asyik kes ni je. Kita sebagai manusia memang tak lari dari sifat cemburu. Wah intro yang bersemnagat. Eh tapi bukan aku nak kata pada sesiapa yang tak dapat join gathering SB semalam. Yang tu memang diorang patut jeles sebab happening sangat time tu. Kredit lagi skali pada penganjur. Aku yang tak dapat dok lame kat situ pun rasa rugi, inikan pulak yang tak dapat datang langsung.

Semalam adalah aku bersembang dengan Miss Z, wah dah macam miss nina pulak. Tetiba dia ada gitau yang seorang kawan dia rasa kecewa dan malas nak tegur dia sebab dia takut aku cemburu. Hello tolong ye!!. hah amek ko. Ceritanya macam ni, adalah satu hari tu, aku n miss z jejalan kat shopping kompleks, terserempak dengan seorang teman lama. Lama jugak tak jumpa dia, tapi di alam maya memang saling membalas komen dan masej. Aku macam biasa je la, tegur je macam biasa. Kalau di alam maya, bila tengok banyak je orang komen, aku pun menyibuk je la skali, setiap kali pun aku macam tu. Hari tu berakhir macam tu je. Sehinggalah masa Gathering SB semalam, eh apa kena mengena ni, hmm tak apa la, aku terdengar beliau kata aku ni jelez sebab dia slalu beron9 di alam maya dengan miss z. Korang rasa panas tak bila dengar orang tuduh macam tu?? pandai-pandai je buat andaian tak betul??  satu lagi kejadian pelik yang berlaku. ataupun mungkin dia yang tak bagi aku join dia mengomen dan bermsg di alam maya? konfius jugak ni

Kepada sesiapa yang pikir aku macam tu, mintak-mintak la tarik balik. Aku sebenarnya bukan macam tu, tak kisah pun sebenarnya, tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Kalau takat komen or msg di alam maya, apa la sangat, tak ada luak pape pun.....

ps: mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, bukan untuk menuduh atau merendah-rendahkan sesiapa, tapi untuk menegakkan benang yang basah. Ok

Isnin orang ketiga

Asal sebut isnin je, mesti semua pun tak suka. Bukan apa, hari ni hari pertama kita akan memulakan segala aktiviti dan tanggungjawab kita. Sudah 2 hari bercuti, lepas tu isnin lak kena start balik, memang dah semulajadi malas kot. Sama jugak masa time kita belajar dulu, kalau kelas cancel or postpone mesti suka je, tipulah kalau tak suka, then bila ada kelas lepas tu, mest tak ada mood je nak sambung kelas betul tak??? tambah-tambah lak masa kelas cancel tadi kita berwifi, bukak fb, blog or sebagainya. Eh tapi bukan nak salahkan fb, blog dan sebagainya ye.

Hari ini aku masih lagi mood cuti dan masih lagi terngiang-ngiang pasal gathering Sb semalam. Tapi bukan aku nak cerita pasal Gath tu dah. Dah banyak sangat dah aku rasa. Btw kredit kepada penganjur sekali lagi. Alamak tersasar jauh pulak. Kembali kepada tajuk entri, isnin orang ketiga. Isnin tu bukanlah nama orang ketiga tu, tapi menunjukkan hari ini, haha jangan marah ye. Pernah tak korang terasa ada orang ketiga?? or anda sendiri pernah jadi prang ketiga?? ataupun anda kenal dengan orang ketiga?? Alamak korang mesti rasa aku ni suka bagi soalan dalam entri then tetiba  jawab sendiri, macam syiok sendiri gitu . Sebenarnya aku pun baru je perasaan benda ni, maaflah sebab idea lari la, tu yang buat macam ni lak.

pic : carian dalam google
Pagi tadi masa ondaway nak g kerja, aku ada la dengar sesuatu, sampai ke honeymoon pun mest bawak orang lain. Logik tak?? bagi aku biasa lah tu, untuk memeriahkan suasana namun kena jugak ikut keadaan. Masa honeymoon mestilah nak romantik-romantik, tak tau la pulak kalau ada yang g nak ganas-ganas or pape. Kalau masa bercinta, memang si perempuan kalau bawa seorang kawan or sedara untuk teman memang tak salah. Selain untuk mengeratkan silaturahim, dapat jugak menghindarkan seuatu yang buruk dari berlaku. Tapi janganlah bawak sekampung, koyak poket laki tu.Namun bagi sesetengah orang, memang tak suka benda ni, ganggu katanya. Kalau boleh, dalam dunia ni biar mereka je yang ada. Pelikkan, ragam manusia ni, bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati sape yang tahu. Betul ke ni? hentam je la kan. Last kata aku, nak buat apa pun, jangan sampai lupa diri sudah, dan yang paling penting, jangan ganngu orang itu pun sudah dikira baik.

Sunday, January 30, 2011

Terselesai sudah...gath SB

Alhamdulillah selesai sudah semua aktiviti hari ni, dari pagi kluar rumah sampai ke malam baru balik. Semua pun tanya mana perginya aku pagi-pagi buta tu. Hari ini sebenarnya tambah satu lagi pengalaman yang xdapat aku bayangkan.

Gathering Sahabat Blogger, td kul 930 pagi lagi aku dah terpacak kat Time Squre. Bukan  apa sebab belum kenal lagi so baik datang awal, boleh beramah mesra. Hari ini aku tak boleh nak join sangat sebab aku kan pemalu, kunun lah . Mula-mula aku ingat sikit je orang yang datang, tapi amek ko kemain meriah lagi. Banyak jugak yang bertegur sape, tp xtau blog dia yang mana satu. Kepada penganjur, tahniah untuk anda. Sempat jugak beramah mesra dengan Abg Ben kita dan bro borak kosong. Seronok kenal mereka walaupun mereka dah otai-otai, tp xsombong. Sangat selesa dengan diorang. Sempat jugak menuntut beberapa idea dan teknik berblog dari mereka berdua. Yang lain tu, xsempat sangat nak bertegur sape, just senyum dan salam-salam je. Eh korang jangan ingat aku ni sombong lak, aku ni pemalu sebenarnya, tp bila dh kenal, orang kata aku gedik. keke
pic kredit tu bloger N.I.R [dot] com

Tak sempat nak snap picture. Ingat tadi nak jugak bergambar dengan diorang tapi perasaan malu tu mengatasi segalanya. tapi xpa senarai kehadiran berjaya diisi, tu nampak tak aku no. 40. Sila lah ke blog aku ye, pape pun tinggalkan link ye nant.  

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com