Geng-Geng

Monday, February 28, 2011

Pelik dengan diorang ini

Salam,

Entri kali ini xnak cakp banyak-banyak. Just rasa pelik dan ingin tahu je. Rasanya korang pun perasan sejak akhir-akhir ni aku macam malas yang amat untuk berBW dan buat entri baru. Mungkin masa menghadkan aku, Tak tau la kan. Sejak akhir-akhir aku terpaksa mengfokuskan diri aku kepada exam yang akan menentukan hala tuju masa depan aku, mintak maaf kalau ada blog yang aku tak sempat nk singgah.

Sebenarnya aku  rasa sangat pelik n kagum macam nalah  blogger yang ramai follower berblogwalking?? Mesti diorang ada beribu-ribu blog yang diorang nak baca?? Macam aku sekarang ini, tiap pagi or setiap kali aku online, aku mesti blogwalking dulu. Kekadang samapai nak wat entri pun jadik tak sempat. Kalau aku ke luar n xsempat nak online, mesti ribu2 aku nak kena kejar. Boleh bagi tips sikit??

Setelah difikir-fikir, kunci kepada semua ni, hanyalah satu perkataan. RAJIN. Betul tak?? 

ps: akan kupaksa untuk menjadi rajin, setan hentikan untuk menghasut aku

Thursday, February 24, 2011

Keadaan KL sekarang


Tu dia keadaan sekarang kat Kl. Dalam gambar keadaan nampak macam hujan lebat yang biasakan, tapi keadaan sebenarnya hujan sangatlah lebat dan keadaan jadi sangat gelap. Siap guruh dan kilat bergantian. Boleh dikatakan semua yang kt dalam ofis aku ni masih lagi duduk diam di tempat masing2. Kalu hari biasa, memang suma dah siap-siap nak balik.

Teringat lak aku masa kecik-kecik dulu, masa tu aku dok ngan atuk di kampung. Bila hujan lebat dan kilat-kilat macam ni, ada je orang akan cakap "kilat ni, tutup semua tv dan lampu". Motifnya, ialah takut kalau-kalau tetiba kena sambar or pape. Memang kalau dulu kecik-kecik cukup takut keadaan ni, semua dok dalam gelap je. Tapi sekarang ni, kalo hujan lebat bukan reti nak tutup tv ke apa, diorang siap boleh lawan bola dalam ps2. ish perubahan zaman.

Tadi aku ada la kunun2 nk buat lawak kat ofis ni, bila skali ada kilat yang kuat aku ckplahj " dh-dah suma, tutup komputer suma, kang takut sambar". Nk tau apa reaksi diorang suma? tak ada pape, suma wat dek je. Malu kejap lah aku tadi. Last-last aku layan forum kat syoknyerblogging. Boleh layan sembang2 n lawak2.

Jatuh cinta sebab simple

Jatuh cinta sebab simple.....

Blog yang simple
aku sangat suka singgah sebab dia simple tetapi dalamnya padat. Tak berapa gemar untuk singgah di blog yang merewang-rewang, namun jika entri dia sangat mengguris, aku snggup je tunggu.

Awek yang simple
suka sebab xdalah rimas tengok. Kalo bab-bab make up, suka yang natural n kalo dia suka make up, boleh terima tapi biar simple or nampak simple.

Makanan
tak kisah kalo simple asalkan kenyang. tapi tak suka kalo makanan simple tapi mahal. Adehh

Kerja
yang ni aku suka wat simple tapi biar betul. Kekadang ada jugak bos yang xsuka kerja yang simple2,  katanya buat kerja sambil lewa. bagi aku kerja biar simple asalkan tercapai hasil dan tujuannya.

Gambar
mesti sesimple yang boleh tetapi penuh dengan kreativiti. Sebab tu aku suka efek white room(betul ke)

Gaya
yang ni memang stail aku, haha perasan. Tak kiralah bergaya dengan benda mahal or murah, janji simple. Aku xkisah pakai baju pasar malam pun, asalkan simple tetapi bergaya.

Banyak jugak yang aku suka sebab simple. kalau nak tulih kt sini semua, sampai malam karang pun xabis2.

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com