Geng-Geng

Tuesday, September 28, 2010

Rangkuman seminggu minggu

Dasatkan tajuk, sengaja menggunakannya coz rasanya entry kali akan merangkumi kejadian-kejadian yg berlaku 2 3 mggu sebelum hari ni. Biasa la sekarang ni macam aku terlampau tuk wat2 busy, ni la akibatnya, tak sempat nk update blog n seangkatannya. Padan muka aku kan sape soh wat busy lebih2, kan dh mendapat. So aku apa yg aku tulih rini juz apa yg aku igt je, keke

Futsal
sekarang ni aku sengaja melibatkan diri dengan aktiviti2 sport ni terutama futsal la. Juz nk kuruskan badan. Tengok aku sekarang ni dh semakin membesar tambah2 lepas raya ni. Sluar n baju semakin berkurangan. Kekadang pening jugak diwatnya tp bak kata pak cik aku "belasah je, janji hati senang". betul jugak kata beliau kan. Tapi aku ni pelik skit, aku akan makan xkira waktu asal makanan tu sedap n menggoda. Teruk kan. Tu yang duit habis kt makan je, kalo aku ni jenis yg kurang makan, sekarang ni dh pakai iphone 4 dh...cewaah

Jamuan raya
Sebut psal jamuan, memang xlain n xbukan, aku la peserta yg paling suka pergi. satu sebab mcm2 makanan ada n yang paling penting free. kekesetakat ni ada la 2 tiga kali gak g open house, ramai yang menjemput tp disebabkan jadual n masa yg agak ketat, so terpaksa tidak memenuhi beberapa jemputan. mintak sori kengkawan. Ada rezki lebih n umur panjang, jemput la lg n sy akan cuba datang. Minggu lepas, ada la kementerian aku wat jamuan raya bersama menteri. Punya la ramai manusia, mcm biasa la. Tapi kenangan yg aku paling syiok, aku dapat snap pic dengan bos besar, siap salam2 lg. Susah tu nk jumpa beliau.

Balik Ipoh.
Malam jumaat tu aku balik ipoh. Perjalanan yang agak lame coz aku mengantuk. ada la 2 kali gak aku berenti tdo. Aku bertolak dari kl dlam kul 8 lebih mcm tu then sampai kul 12 lebih, lame kan tp xpa coz ramai je yg teman aku kt highway tu. Aku balik pun sebab ada jamuan family besday tuk bulan 9. Tapi kali ini agak mengecewakan coz xbrapa nk mendapat sambutan, mayb masing-masing sibuk n ada kerja. Btw party tu, cewaah tetap happening. Kami buat kt hotel pa ntah kt ipoh tu. Siap ada band nyanyi lagi plus seksi2 sumanya. Memang semangat malam tu, haha Yang besday bulan 9 ada sorang dua je, jadik la. Masa band tu nyanyi2, malu abis org yg dirai tu sebab kami xgtau ada nyanyi2. memang special kan kan. Esoknya lak, open house rumah atok aku, aku jemput la suma kawan2 lama. Sempat la beramah mesra ngan kawan2 zaman kanak2 dulu. Masing2 dh ada hidup sendri. Tahniah wat mereka. Sama2 la kita mengharungi kehidupan ni.

Kampung Ipoh
Hmmm biasa la bila balik kg, masakan atuk la yg menjadi kegilaan. Time cuti2 pun boleh bangun awal sebab nk makan masakan sarapan pg atok. Ri2 atuk masak nasi goreng biasa je tp yang menyedapkan bila tambah ngan ikan pekasam n ikan masin atok. Wow memang menambah la. Kenyangnya sampai ke tghari tp...tetap xleh tahan. Masakan tghari atok lak menggoda. Terpaksa makan coz tewas dek godaan.So sepanjang di kg, memang makan n tdo je. Ada la cuba2 gak basuh keta n kemas2. Sori ye atok....;p

Bengang
Bengang????? xda pape pun. Ni baru terjadi pg td, yg aku igt la. Yang lepas2 aku dh xigt. Bukan apa, aku ni jenis yg kalo marah2 xlama, kejap je. Time tu je, membebel la kejap, esok dh lupa silap2 ptg dh lupa. Lagipun nk marah lame2 nk wat pa, wat penat je, betul tak??? Eh lupa lak nk cita kes yg pagi td, xda la ni kes sikap org drive keta. Bengang betul drive rini. Ni antara yg aku igt, jalan dh la tengah banyak keta, aku pun bawak keta mcm biasa, then tetiba ada la satu keta ni, dh la dari sebelah kiri, nk potong dari tgh kereta aku main masuk je. Aku lak yg terkejut. Apa lg kena la horn sekuat n selama hati. Memang kena maki la kejap.. Masuk wat xreti je, pas tu baru la sbuk2 nk bg signal, xda la sekurang2nya angkat la tangan ke? ye dak,

Pe-RASA-an
hah yang ni memang susah nk terangkan. Berbelit2, "kunun la ko ni dim"...said 1 of my fren, pinjam jap ayat dia. mekasih mekasih. Aku sangat HEPI ngan kehidupan aku sekarang walaupun beribu2 dugaan. Orang ckp dugaan xdatang kalo xda penyudah yang baik. betul ke tak ni?? n paling penting always bersyukur dgn apa yg kita ada. Janganla dengki dengan org lain yang mengecapi kesenangan sekarang, teruskan berdoa n berusaha, akan ada kesenangan n kejayaan akhirnya, insyaAllah. BERSYUKUR, yang ni memang xdapat dinafikan lg. Sangat terhutang budai kepada orang2 yang membantu aku selama ni. Kepada beliau-beliau, terima kasih sangat2, jasa kalian memang sampai bila2 pun sy xdpt nk balas, sy akan cuba balas mana yg mampu je. RINDU, sgt2 la rindu pada ..........ooooppss asal xleh nk tulih ni, ish2 xpa la, paham2 je la. Sejak dia dh memiliki kereta sendri n pindah balik rumah mak dia, kitorg dh jarang jmp. Ada la msg2 n call2, tp cukup ke?? keke tetiba jiwang lak kan. Xpa la mayb ni jalan terbaik tuk kami, kena simpan duit bayk2 tuk.....beli hp baru, sport rim, kekeke

Alamakk entry kali ribu2 lak tulih tp gambar satu pun xda, apa ni, mana menarik entry ni. Tapi xpa la, menarik ke tak, tetap blog aku, xda sape boleh ague n ubah, kan kan. Udah la tu kan, kang kalo lagi panjang, lagi banyak merepek. So kesimpulan dari cita kt atas ni, hmmm simpan la duit tuk hari mendatang..yeke??? boleh la kan, asal ada dari xda.

2 comments:

Unknown said...

wahaha,bkn men pnjg lbr lg ucapan en danial nie...he2...sonok dpt blk kg kn?huhuhu..

Anonymous said...

LEC LER PIC BERSAMA SHAZIMAN TU DANIAL..NK TGK2 !

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com