Hari ini macam kebiasaan, aku sebelum balik rumah aku bersukan dulu. Tapi hasilnya tak juga nampak, sama je dari mula bersukan sampai sekarang. Teknik bersukan pun bukannya bertambah baik tapi makin teruk lagi ada. Mungkin ada teknik-teknik yang aku cuba kuasai aku salah belajar ke macam na. Yela macam na nak pandai kalau dok amalkan benda salah, sampai bila pun akan duduk di takuk lama.
Itu bukan sebab atau tujuan aku update blog malam-malam ni. Biasalah aku bila meng update, ingin kongsikan apa yang terbuku dalam hati dan segalanya. Haha tergelak sorang aku dibuatnya, tambah-tambah pulak ada ofismate yang pasang lagu hindustan yang lama-lama dulu. Yela aku tak macam orang lain, kalau ada pape, boleh ceritakan pada teman baik atau sebagainya. Tapi bukanlah aku ni tak ada langsung teman yang baik, cuma aku lebih selesa macam ni. Setengah perkara bak kata orang tak boleh nak kongsikan tapi bagi aku semua perkara pun tak boleh nak di kongsikan. Haha gelak lagi. Melainkan dengan orang yang ada ikatan keluarga. Itu satu hal la, bukan apa zaman sekarang ini, payah sikit nak percaya insan yang bernama manusia, even family pun ada yang makan. Bunyi macam kecewa je kan. Bukanlah pape, cuma sekarang ini kita ada dengar macam-macam kes tipu lah, bohonglah..macam-macamlah. Lebih baik berjaga-jaga dari terkena.
Aisehman bila malam-malam sunyi ni, mulalah nak update yang emo-emo. Ok kita tukar pulak, cerita pasal blog lak. Sejak akhir-akhir ni aku semakin kurang untuk jengok kat sini. Kalau bukak pun just nak cek cek je. Paling menyedihkan bila aku perasan yang ada seorang pembaca (follower) dah tak ikut blog aku, un-follow. Aku tak tahulah selama ni dia ada baca or tidak blog aku tapi bila dia buat macam tu, sedikit sebanyak menurunkan semangat aku untuk berblog. Ada juga kawan blog yang kata semua tu tak penting, sebab banyak lagi sebenarnya yang masih menyokong aku. Terima kasih semua, ceh sedih lagi ayat ni.
Kembali lagi ke landasan asal. Sejak akhir-akhir ni aku terpaksa mengusahakan satu laman web cawangan aku. Sayangnya aku tak dapat nak share linknya kat sini, bukan apa, ianya cuma untuk kegunaan dalaman sahaja, intranet. Aku kena mulakan dari awal. Maksud aku dari aku langsung tak tahu macam na nak login, sekarang kira bolehlah untuk update. Aku terpaksa ketepikan blog aku buat sementara memandang laman web cawangan aku antara salah satu tanggungjawab yang terpaksa aku laksaanakan. Banyak lagi perkara sebenarnya yang membuatkan aku terpaksa mengetepikan kawan baik aku ni. Maafkan aku ye kawan. Sedih lagi ayat aku. Oklah aku berenti kejaplah, bagi ok sikit mood emo ni. Hahaha
1 comment:
Dim.. bagus coretan anda.. dapat dihayati.. Kuch kuch hota hei
Post a Comment