Geng-Geng

Tuesday, May 31, 2011

Terkantoi sudah

Ingat tak korang semua, entri aku sebelum ini bertajuk terjawab sudah. Sekarang ni aku buat entri terkantoi sudah. Dah macam runner dah aku, berlari kesana sini, tapi aku puas hati sebab apa yang buat tu dihargai. Bukan aku je yang suka bila dihargai, semua orang pun suka dihargai. Tambah tambah lagi bila kita dah berusaha keras yang amat sekeras batu kerikil. Hah kan aku dah merepek. 

Sebut pasal dihargai ni, aku petik sikit lah. Tak salah kot kalau nak bagi penghargaan pada sesiapa pun. Caranya terpulang pada diri sendiri dan jangan pulak nak kondem orang if orang tu buat penghargaan  pada sesiapa. Pasal isu follow memollow plak, dah ramai kot buat isu ni, tak payahlah aku nak ulas lagi. Rasanya dulu pun aku ada buat entri mengenai ni. Bagi aku senang, ikutlah pada sesiapa, setiap orang ada pendirian dan cara sendiri.Tak perlu lagi rasanya nak menuding jari yang kununnya orang tu macam nilah, orang tu macam tulah. Biarlah orang dengan cara orang, kita dengan cara kita. Yang penting kita janganlah berhenti berblog dan kalau boleh saling support each other supaya kita akan sama-sama naik as blogger and friend. Alamak terlebih sudah.
Gambar : hiasan semata. Tolong jangan gosipkan aku dengan pasu bunga lak ye. Ni depan rumah aku

Kembali pada tajuk, cerita pasal kantoi ni. Pagi tadi masa di ofis, aku ada masuk bilik bos aku. Eh macam sama je dengan cerita sebelum ni. Tak sama cuma secara kebetulan jalan cerita sama. Korang ingat aku jumpa bos sekali je ke sehari, banyak kali ok. Ooooppss, marah pulak., sori2 Ok kembali lagi sekali pada tajuk. Tengah sedap sedap bincang pasal kerja, bos tanya aku psal blog aku ni. Mula-mula aku peliklah, macam na dia boleh tau. Memang suspen jugaklah, tapi nasib dia ok je, siap bagi galakkan lagi. Terima kasih bos. Aku sebenarnya sangat berharap blog aku akan menjadi bacaan untuk setiap orang termasuk bos aku. Dan aku jugak akan terus berusaha sehingga mencapai tahap tu. Bukan duit atau kefemesan yang aku cari, tapi kepuasan berblog tu yang aku cari. Oklah sekian dulu ye.

Terjawab sudah.

Malam ni macam biasa aku on je blog terus terjah orang-orang yang ada tinggalkan komen. Kalau tak ada pun, aku baca blog sendiri je, keke. Selalunya aku akan jalan jalan kat blog kawan-kawan semua lepas aku update blog, tapi kalau tak ada idea, aku akan terus ke blog kawan-kawan. Pehh susahnya ayat ni untuk difahami. Tak apalah korang buat buatlah faham sudah.

Kembali pada tajuk asal, dah macam suspen je kan. Ok mehh sini aku ceritakan. Tadi masa kay ofis, aku ada perbincangan sikit dengan bos tingkat 15, then lepas habis semua tu, aku tersedar dan tertahu satu perkara. Seorang kawan yang memang aku kenal gtau satu benda yang memang memeranjatkan. Korang ingat tak entri aku sebelum ni mengenai entri pagi buta & Ron 95. Ada seorang yang komen tapi tak ada idea. Yang ada cuma dia tinggalkan nama sebagai budak tingkat 15. Akhirnya aku tau dah siapa dia sebenarnya.
 Korang nak tau ke?? Dia sebenarnya kawan blogger aku. Ni blog DIA. Dulu ada aku cerita pasal dia. Tak apa meh aku ceritakan sikit ye. Beliau ni antara cikgu aku masa mula-mula berblog dulu. Banyak jugak yang dia ajar dan beri tunjuk ajar. Dulu masa nak register nuffnang pun aku takut, sampaikan dia buat satu entry untuk aku rujuk. Terima kasih.

Ada aku tanya dia kenapa tak login blog untuk komen. Dengan selamba je dia kata, malas nak login. Tak apalah, janji nak jugak dia baca entry kat blog aku ni. Walaupun blog aku ni bukan blog retis or pape pun. Sebut pasal retis ni kan, aku belajar ayat ni bila aku join gath sahabat blogger. Diorang semua memang gila la. Memang best. keke. So lepas ni sape belum join, jomla try join skali dua, mesti akan gembira, selain tu boleh jugak tambah kawan dan korek rahsia kejyaan diorang semua.Ok sekian dari aku, blog islandofdim.blogspot.com.

Kejadian di LCCT

Pagi ni aku sarapan di LCCT sebelum memulakan tugas. Dasyat tak aku, korang mest ingat yang aku ni kayakan? Memang tak la, kayap tu ada la, harap korang semua doakan aku kaya cepat ye, amin. Tak pun korang ingat aku ni pramugara kan? Mentang mentang aku hensem. Apa korang ingat pramugara je ke yang hensem, orang keja gomen pun hensem tau. Tak caya? Korang tengok aku, hensemkan, aku keja gomen je kot. Dah setanding dengan pramugara2 kat airport ni.

Kenapa aku ada kat airport ni? Buat apa je kat sini? Sebenarnya aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Wah anak solehah gitu. Aku hantar mak aku, dia nak balik kampung. Ntahla ada kenduri kot kat sana. Tadi aku cabut kejap dari ofis, nampak tak antara kelebihan keja gomen ni. Bos jangan marah ye, kejap je saya kuar ni, jap lagi saya belikan nasi lemak dr sini, sedap woo.

Sebut pasal makanan, aku makan kat taste of asia. Punya la ramai org. Nak kata sedap tu, boleh la tahan. Tapi ayam dia rasa macam istant je pastu mahalnya. Keke sori ye Lcct. Ok nak g cek in. Bbye ye.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com