Hari ini sekali lagi aku datang awal ke pejabat, entah apa yang aku semangatkan. Suasana di pejabat ini macam biasalah bila hari isnin, senyap sunyi. Lagipun hari ini budak sekolah start bersekolah balik, tentu tentu kepada sesiapa yang ada anak bersekolah pasti amat sibuk. Jalan raya, se awal tadi, tak ada sesak pun. Kereta sudah mula banyak cuma belum lagi sampai ke tahap kebiasaan, polis pun sempat berchit chat lagi di tepi jalan.
sumber:carian google
Banyak yang berlaku 2 tiga minggu lepas, antaranya kemenangan team Bola sepak Negeri sembilan. Memang antara game yang best walaupun tahap bola sepak kita still jauh. Aku tetap puas hati dengan permainan. Dalam bola sepak apa pun boleh terjadi disebabkan bola itu bulat. Kalau luar negara, arsenal membelasah chelsea 5-3 pun antara game yang menghiburkan. Banyaklah benda yang berlaku yang membuatkan aku senyap dan tidak meng update blog. Tengok tu alasan lagi kenapa aku tidak update.
Kembali kepada cerita hari ini, aku dapat rasa hari ini tidak akan ada pape cerita menraik yang bakal berlaku ke atas aku. Mungkin mendapat arahan yang beribu dari pihak atasan. Itu biasa sangat memandangkan aku pun kuli hamprak je. haha. Sebut pasal kerja ini, hari ini aku nak memebebel lagi. Bukan apa, aku rasa lebih baik aku tuliskan dalam ni dari aku menjaja merata-rata. Nampak sopan sikit, kat blog ini sape je yang baca kalau bukan diri sendiri. Btw thanks pada yang sudi membaca.
Cerita ini berlaku baru-baru ini, aku mendapat arahan untuk membuat satu kerja dimana kerja itu sebenarnya telah pun ditugaskan dan di pertanggungjawabkan kepada orang lain. Aku memang tak ksiah kalau nk diikutkan, aku ni bukan jenis yang suka dok diam. Yelah dah namanya kerja, buat jela mengikut arahan. Tapi yang betul-betul menyakitkan hari aku ialah dah lah mintak tolong, nak cepat lak tu. Bukannya aku tak buat langsung, biasalah bila bukan kerja kita selama ni, kena lah amek masa sikit untuk buat. Then satu lagi, langsung tak ada sesiapa yang tolong memandangkan kerja itu memerlukan tenaga yang banyak. Orang yang sepatutnya buat kerja itu mula buat-buat sibuk, yang sorang itu sibuk dengan tidur kat atas meja dan yang sorang lagi tu, bawak anak-anak beriadah kat dalam pejabat. Adoyai, kemonlah, orang lain pun kerja juga. Tak kisahlah umur or jantina kita apa sekali pun, gaji dan tanggungjawab kita sama. Tak perlulah rasanya nak gunakan alasan jantina dan umur sebagai alasan untuk tak buat kerja.

Alamak kita lupakan kisah tu, aku harap hari ini akan lebih sempurna dan gembira buat aku. Doakan ye, sekarang, jom turun bekfes.
3 comments:
ooo patut ar dah lama tak update.. hehe
wahh lamanya tak online..
~kak nana
keke lama tinggal blog ni...
~Tea
kekek lama juga la..
Post a Comment