Alhamdulillah. Itu sahaja yang terbayang dan terkata-kata dalam hati aku. Bila difikirkan segala pengalaman hidup yang di tempuhi sepanjang tahun 2011. boleh menitis air mata. Banyak sangat yang telah dilalui, tak kira sama ada suka atau duka. Semuanya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Tanpa pengalaman ini, aku rasa agak susah juga untuk aku teruskan hidup seperti sekarang.Apa yang pasti sekarang, aku akan pastikan tahun ini akan lebih dihargai dan aku akan cuba memperbaiki diri dari segala aspek. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Tak akan kita hendak duduk di satu takuk sahaja, tak akan nak biarkan orang lain saje yang maju?
sumber: carian google
Sebut mengenai melihat orang lain maju ini, aku teringin berkongsi satu cerita. Mungkin juga ianya berkaitan dengan hidup aku dan mungkin juga tidak. Tetapi aku nak ingatkan, jika ada persamaan dengan kisah seisapa, maafkan aku, tidak berniat pape pun. Alkisahnya bermula begini, tatkala melihat kejayaan orang lain, kita merasa cemburu, bagi aku, ianya perkara biasa, siapa yang tidak mahu berjaya. Setengah pihak beranggapan ianya lebih bersifat dengki dan tidak berpuas hati dengan kejayaan orang itu. Disebabkan pemikiran begini, aku rasa banyak berlakunya perselisihan faham dan membuatkan silaturahim menjadi rengang.
Mulai saat ini apa kata kita betulkan sesama pemikiran kita, jangan menuduh atau mengata sesiapa. Anda berjaya, syukur kerana itu tetapi bila orang lain menyuarkannya kejayaan anda, bukan selalunya beerti dia dengki atau tidak berpuas hati, mungkin ianya lebih kepada gurauan, kalau tak pun, maybe ianya sekadar pembakar semangat kepada dia.
2 comments:
selamat tahun baru 2012!!
melihat kejayaan orang
memangkin semangat kita untuk terus berjaya
Post a Comment