Alhamdulillah pagi ini merupakan hari pertama aku dalam tahun ini bekerja. Syukur kepadaNYA aku masih mampu berdiri mencari sesuap nasi, dan aku bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang diberikan. Hari ini aku akan ke Pulau Pinang dan selepas itu ke Perlis. Biasalah untuk yang menurut perintah macam aku, bila di arahkan untuk menjalankan tugas, aku kena pergi walaupun hati perit untuk meninggalkan begeri kelahiran aku ini. haha. Mungkin juga blog aku akan kesepian kembali walaupun niat tahun ini untuk tidak mengabaikan penulisan dalam blog ini. Apakan daya, tugas dan tanggungjawab perlu di dahului.
Sebut mengenai tahun baru dan tanggungjawab ini banyak sebenarnya yang boleh dikatakan. Cuma aku rasa banyak kejadian yang berlaku pada atau selepasnya sambutan tahun 2012 tidak masuk di akal, mungkin disebabkan mereka-meraka yang terlibat lupa akan tanggungjawab masing-masing. Yela contohnya macam aku, yang bekerja buatlah kerja masing-masing, yang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, tak perlu nak merempit, beromen atau sebagainya. Pelik aku dengan sesetengah manusia ni, lupa dan lalai dengan tanggungjawab. Bak kata orang, manusia ni tak perfect, biasalah tu lupa sana, lupa sini. Aku akui ianya betul tapi janganlah sampai nak merosakkan masa depan atau sebagainya. Nape aku cakap macam tu, yela ada setengah itu kena tahan lokap la, tangkap khalwat la dan macam-macam lagi, semua tu merosakkan masa depan.
Tak apalah, yang penting aku tahu apa tanggungjawab aku sebenarnya. Dan aku pun yakin semua kawan-kawan aku tahu tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sama-sama kita berusaha untuk memajukan diri, jangan terpengaruh dengan minoriti-minoriti yang mencacatkan dan mentidak tenteramkan keadaan. Disambil sambil kita memajukan diri, tak salahkan untuk kita doakan mereka-mereka yang terlibat untk lembutkan hati dan sama-sama memajukan diri sepertimana kita dan majoriti lakukan.
2 comments:
semoga jalankan tanggungjawab tahun 2012 dengan sebaiknya
Selamat Tahun baru!!
Post a Comment